Connect with us

AGAMA

Niat Puasa Setiap Malam Atau Niat 30 Hari Sekaligus

Avatar of majalahilmu

Published

on

Niat Puasa Setiap Malam Atau Niat 30 Hari Sekaligus

Niat Puasa Setiap Malam Atau Niat 30 Hari Sekaligus

Alhamdulilah tidak lama lagi kita sebagai umat islam akan menyambut kedatangan bulan ramadhan tidak lama lagi. Umat islam yang sihat dan berkemampuan dari segi kesihatan akan di wajibkan berpuasa. Insyallah semoga perkongsian majalah ilmu kali ini menambah semangat anda untuk berpuasa penuh dan mengamalkan ibadah yang di terima Allah SWT dengan sebaik mungkin. Insyallah.

Bagaimana pemahaman anda tentang ibadah puasa ? pasti pelbagai persoalan bermain di fikiran anda. Seringkali persoalan utama muncul di fikiran kita adalah Niat Puasa Setiap Malam Atau Niat 30 Hari Sekaligus?  Sebelum menjawab persoalan tersebut majalah ilmu nak kongsikan terlebih dahulu cara lafaz niat puasa bulan ramadhan harian dan sebulan dengan betul. Insyallah.

cara lafaz niat puasa bulan ramadhan harian dan sebulan

67267135 734703650317273 6871876136624717824 n

Pengertian puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut

AL-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Hadis:

Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Mendirikan Sembahyang, Membayar Zakat, Puasa Pada Bulan Ramadhan dan Menunaikan Haji (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Niat Puasa Setiap Malam Atau Niat 30 Hari Sekaligus?

Bagaimanakan caranya untuk berniat puasa? Perlukah saya memperbaharui niat pada setiap malam atau boleh saya niatkan 30 hari sekaligus?

Tonton Jawapan ringkas daripada Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin :

Menurut penjelasan beliau,

Mengikut mazhab Shafi’i kita, Niat di malam hari merupakan rukun puasa tanpanya Puasa tidak sah. Hendak mengesahkan puasa Nak menjadikan puasa kita sah ? Dua perkara kita hendak jaga Niat di malam hari dan di siang hari menahan diri daripada perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa.

Waktu berniat mengikut imam Shafi’i antara magrib hingga ke waktu subuh. (cukup dengan satu niat).

 Mengikut pendapat Mazhab Imam Maliki, Cukup sekali berniat untuk sekali bulan ramadhan. Untuk sebagai contoh kita nak berpuasa hari isnin maka Ahad malam isnin kita berniat Jikalau mengikut mazhab maliki, kita berniat berpuasa untuk sebulan. Maka untuk malam-malam berikutnya tida perlu berniat untuk berpuasa lagi.

Namun Saya Suka ( pandangan Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin)  menggunakan satu pandangan yang terkandung dalam kitab mazhab shafi’i iaitu kitab yang bernama Kitab Zainul Talib.

Dalam Kitab Zainul Talib, kita harus bertaklik untuk mazhab Maliki dalam perkara ini. Sekali gus dalam malam pertama berpuasa, Contoh kita berpuasa malam isnin kita berniat mengikut mazhab imam shafi’i , berniat berpuasa esok hari. Ketika pada waktu yang sama kita berniat untuk ber puasa Sebulan penuh.

Pada malam-malam berikutnya kita masih berniat mengikut mazhab imam Shafi’i  untu berpuasa esok hari, tetapi jika kita terlupa,  maka puasa kita tetap Sah. 

Majalah Ilmu : Beliau turut berpesan agar umat islam berpuasa sebaik mungkin dan malam harinya kita jaga niat jangan berlebih-lebihan makan dan minum.  Insyallah.

Penulis artikal : Ferdaus Mohamed

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.