Connect with us

AGAMA

Nasihat Mufti KL, Hukum Ziarah Kub burr Di Hari Raya.

Avatar of majalahilmu

Published

on

kuu ber

Nasihat Mufti KL, Hukum Ziarah Kub burr Di Hari Raya.

Editor Majalah Ilmu Nak petik sikit Hukum Ziarah kub bur ketika hari raya yang kerap kali jadi amalan orang kita bila Aidilfitri menjelma. Untuk menjawab persoalan tersebut admin merujuk Jawapan daripada MUFTI KL.

Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, masih lagi dapat meneruskan acara ibadat puasa pada hari-hari terakhir ini. Oleh kerana terlalu banyak persoalan yang diajukan kepada kami berkenaan dengan hukum ziarah kuu bur pada hari raya, maka kami seupaya mengkin cuba menjawabnya berdasarkan pandangan para ulama melalui nas.

Asal zirah kuu bur adalah dituntut dalam Islam. Ia adalah sunat mengikut pendapat yang sahih. Ini berdasarkan kepada nas yang banyak walaupun pada awalnya Rasulullah saw melarang daripada menziarahi kuu bur tetapi diizinkannya bahkan menyuruhnya.

Ini berdasarkan hadith

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kuu bur, maka ziarahlah.”

Riwayat Muslim

Dalam riwayat yang lain menunjukkan illah atau sebab ziarah kuu bur untuk mengingati kemaa tian. Dalam hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A dia berkata:

“Nabi SAW menziarahi kuu bur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: “Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuu burnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kuu bur kerana ia boleh mengingatkan kepada kemaa tian”.

Riwayat Muslim

Begitu juga Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi SAW:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya: “Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripasa menziarahi kuu bur, maka (sekarang) ziarahilah kuu bur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat.”

Riwayat Ibn Majah

Di sini dengan menziarahi kuu bur sudah pasti akan membawa keinsafan dan juga semangat untuk beribadat bagi persiapan menuju alam akhirat.

Berkenaan dengan wanita pula,

Memang terdapat larangan menziarahi kuu bur dengan kalimah laknat. Tetapi telah dibahaskan dengan panjang lebar sebab kerana lemahnya semangat, meratap, meraung serta mengikut cara jahiliah. Untuk itu dikatakan dilarang menziarahi kuu bur tetapi saya menutup perbincangan ini dengan menukilkan pendapat al-Hafiz Ibn al-Arabi yang mensyarahkan hadith riwayat al-Turmuzi dengan berkata

“Yang benar adalah Nabi saw membolehkan menziarahi kuu bur untuk lelaki dan perempuan. Jika ada sebahagian yang menganggapnya makruh bagi perempuan, maka hal itu kerana lemahnya kemampuan perempuan untuk bersikap tabah dan sabar sewaktu berada dikubur, atau kerana penampilannya yang tidak menggunakan hijab (untuk menutup auratnya) dengan sempurna.”

Seterusnya, menziarahi kuu bur pada hari raya atau bulan Ramadan telah menjadi perbahasan para ulama. Ada dua pandangan dalam isu ini.

Pertama:

Hukumnya adalah makruh dan tidak dibenarkan dan tidak digalakkan bahkan ia dianggap bidaah. Ini kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kuub bur pada hari raya. Bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.

Kedua:

Hukumnya adalah harus. Ini kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kuu bur. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Antara ulama yang berpendapat hukumnya sunat adalah dalam Fatawa al-Hindiyyah yang menyebut: Sebaik hari ziarah kuu bur antaranya hari raya. Lihat al-Fatawa al-Hindiyyah (6/350) Ini merupakan fatwa dalam mazhab Hanafi

Begitu juga pendapat mantan mufti Jordan, Dr. Nuh Ali Salman al-Qudhah.

Imam al-Harawi dalam syarah sahih muslim berkata:

“Tidak ada hadis sahih yang menerangkan ketentuan hari untuk melakukan ziarah kuu bur dan tidak pula ada had berapa kali ziarah.”

Tarjih

Selepas meneliti pelbagai dalil, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya menziarahi ku bur pada hari raya, bulan Ramadan atau lain-lain. Ini kerana:

  • Suruhan menziarahi kuu bur bersifat umum
  • Menziarahi kuu bur dilakukan oleh ramai salafus soleh
  • Tidak ada nas secara khusus melarang ziarah kuu bur pada hari raya.

Justeru, dalil yang umum tidak ditafsirkannya.

Fatwa berkenaan dengan mengkhususkan ziarah kuu bur pada hari raya adalah bidaah. Ini kerana menganggap ziarah kuu bur hanya pada hari raya yang mesti dilakukan. Tetapi kerana ingin mengambil kesempatan ketika pulang ke kampung atau masa cuti adalah di bolehkan.

Kami suka menyatakan di sini sebahagian daripada adat orang-orang tua di Terengganu dan mungkin sebahagian negeri Pantai Timur di mana mereka menziarahi kuu bur selepas puasa enam.

Sebahagian Fatwa Syeikh Atiyyah Saqr

Bagi memberi kefahaman dengan lebih baik dalam isu ini, kami nukilkan pendapat Syeikh Athiyyah Saqr. Beliau merupakan salah seorang ulama yang terkenal di Azhar dengan kealimannya. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar. Beliau berkata: Hukum asal bagi ziarah kuu bur adalah sunat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kuu bur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah maa ti yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah SWT untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki. Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kuu bur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kitab fatwa ini (pendapat yang dipilih oleh sheikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).

Adapun jika menziarahi kuu bur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kuu bur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, ia ditegah. Ini kerana takziah selepas daripada mayat dikebumikan lebih daripada tiga hari adalah dilarang, sama ada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidak ditimbulkan perasaan sedih padanya. Lihat Ahsan al-Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, (6/646).

Semoga pencerahan ini dapat meredakan isu yang khilaf ini dan marilah kita berlapang dada pada hari raya ini dengan saling mengambil kesempatan untuk mempertautkan hubungan ukhuwwah Islamiah sesama kita. Saya ucapkan تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.