Connect with us

SEMASA

MySejahtera 2.0 | Fungsi Terbaru & Rekod Imunisasi Dikemaskini, Semua Lengkap!

Published

on

MySejahtera 2.0

MySejahtera 2.0 | Fungsi Terbaru & Rekod Imunisasi Dikemaskini, Semua Lengkap!

Untuk pengetahuan anda, Aplikasi MySejahtera 2.0 kini tampil dengan beberapa ciri baharu yang menawarkan perkhidmatan lebih baik bagi memudahkan penggunaannya serta memantau maklumat kesihatan individu.

Mari baca selanjutnya. 


MySejahtera 2.0 MySejahtera 2.0

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah memaklumkan orang ramai untuk segera mengemaskini (update) aplikasi MySejahtera (terkini MySejahtera 2.0) agar dapat memanfaatkan pelbagai perubahan baharu di aplikasi tersebut.

mysejahtera 2.0 3

Antara perubahan terkini ialah, segala rekod vaksinasi COVID-19 pengguna akan diletakkan di bahagian bawah aplikasi dan tidak lagi menjadikan status vaksinasi sebagai halaman utama.

Selain itu, rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk menyemak rekod kesihatan serta imunisasi anak mereka hanya menerusi aplikasi terbabit tanpa perlu bersusah payah. 

Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya dapat dilihat di MySejahtera selepas bayi yang baru lahir diberi suntikan imunisasi Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di fasiliti kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Buat masa ini, hanya rekod imunisasi untuk bayi yang lahir selepas 1 Julai 2022 akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

BACA JUGA: Pengeluaran & Bantuan Hilang Upaya KWSP RM5000 | Syarat Kelayakan & Cara Memohon


Tarikh Kemaskini (Update)

Anda boleh mula mengemaskini (update) aplikasi MySejahtera 2.0 anda bermula 16 Julai 2022. 


Cara Kemaskini MySejahtera 2.0

  • Caranya mudah sahaja, pergi ke Apps Store (iphone) atau Google Play (Android) di telefon bimbit anda. 
  • Kemudian, buat carian MySejahtera. 
  • Seterusnya, klik ‘Update’ atau ‘Kemaskini’ untuk mendapatkan ciri terbaru MySejahtera 2.0 
  • Selesai!

Jangan lupa login seperti biasa ya. 


Lupa Kata Laluan MySejahtera

Sekiranya anda terlupa kata laluan, sila rujuk langkah-langkah dibawah ini: 

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda.
  2. Klik pada ‘LUPA KATA LALUAN’
  3. Masukkan MySejahtera ID anda sama ada email atau nombor telefon yang telah didaftarkan sebelum ini.
  4. Untuk nombor telefon,masukkan kod negara yang betul.
  5. Untuk Malaysia,bermula dengan 6 sebelum memasukkan nombor telefon anda.
  6. Kemudian klik ‘SAYA BUKAN ROBOT’.
  7. Jawab soalan dan ikut arahan yang diberikan.
  8. Setelah selesai,tekan ‘HANTAR’.
  9. Apabila berjaya,anda akan menerima notifikasi melalui email atau nombor telefon yang telah didaftarkan.
  10. Semak email atau sms dan tekan link yang diberikan.
  11. Bagi pengguna email, pastikan anda menyemak di Recycle Bin juga.
  12. Masukkan kata laluan anda yang baru dan masukkan lagi sekali untuk pengesahan
  13. Tekan ‘SET SEMULA KATA LALUAN’.
  14. Anda akan menerima notifikasi ‘BERJAYA’ apabila kata laluan anda berjaya di set semula.
  15. Anda boleh menggunakan kata laluan anda yang baru untuk log masuk akaun.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila sila rujuk laman web MySejahtera dipautan berikut: https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/ 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

isteri Kehilangan Terjawab: Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia Di Jeddah, Anak Dedah Punca Sebenar

Published

on

Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia

Tanda Tanya Kehilangan Nadia Kesuma Terjawab, Disahkan Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Kehilangan pelakon terkenal, Nadia Kesuma, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah akhirnya terungkai apabila wanita itu disahkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya menerusi satu hantaran di Threads sebentar tadi, sekali gus menamatkan spekulasi dan tanda tanya orang ramai yang sejak beberapa hari lalu tertanya-tanya mengenai nasib pelakon berkenaan.

Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia

“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi,” tulisnya.

3405453

Dalam perkongsian sama, anak arwah turut memaklumkan bahawa ibunya meninggal dunia disebabkan sakit jantung selepas dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.

Namun begitu, perkara yang lebih meruntun perasaan apabila keluarga dimaklumkan mengenai pemergian arwah lewat, iaitu sekitar jam 11.10 malam, dan makluman tersebut disampaikan oleh pihak agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.

“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini,” katanya lagi sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan ibunya.

haji

Pemergian Nadia Kesuma turut disahkan oleh suami arwah, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, serta sahabat baiknya, pelakon Anne Abdullah, menerusi platform media sosial masing-masing.

Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 49, dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan rakan artis.

Arwah merupakan antara 21 jemaah yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan, dengan perjalanan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.

Pemergian mengejut pelakon yang pernah membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta ini nyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah seluruh peminat yang mengikuti perjalanan seninya selama ini.

Continue Reading

SEMASA

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah

Published

on

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95 Didenda RM9000 Oleh Mahkamah 1

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah

Seorang lelaki yang menetap di Singapura sebagai pemegang status Penduduk Tetap (PR) didenda oleh Mahkamah Majistret Kulai hari ini kerana mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya bagi membolehkan dia mengisi petrol RON95.

Menurut laporan The Star, lelaki berusia 64 tahun, Long Sa Kow, didakwa mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang bukan milik kereta buatan Jerman berwarna peraknya di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru–Air Hitam kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Januari.

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta

Didakwa menutup awalan plat Singapura untuk guna RON95 bersubsidi di Johor

Ditegur hakim kerana mengganggu prosiding

Semasa prosiding, Long meminta pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris kerana dia tidak memahami Bahasa Malaysia atau Mandarin.

Beliau kemudiannya mengaku bersalah di hadapan Majistret R. Salini.

Ketika fakta kes dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Long mula mempersoalkan butiran kes, menyebabkan hakim menegurnya sebanyak dua kali:

“Biarkan jurubahasa menghabiskan pembacaan fakta terlebih dahulu. Jangan ganggu.”

Apabila Long menyatakan beliau tidak bersetuju dengan fakta kes, mahkamah menangguhkan prosiding selama 30 minit bagi membolehkan penjelasan dibuat dalam bahasa Inggeris.

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95 Didenda RM9000 Oleh Mahkamah 2

Didenda RM9,000

Selepas rehat, mahkamah dimaklumkan bahawa Long didakwa mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya dengan menutup beberapa huruf supaya dia boleh mengisi petrol RON95, yang hanya diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.

Polis menjalankan siasatan selepas satu rakaman video perbuatannya tular, dan mendapati nombor enjin serta casis kenderaan tersebut didaftarkan di Singapura.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM20,000, atau penjara antara satu hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Timbalan pendakwa raya S. Thiviya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta

“Mahkamah juga perlu mengambil kira niat tertuduh yang mengubah nombor pendaftaran kenderaannya untuk menikmati hak dan keistimewaan yang dikhaskan kepada penduduk tempatan serta kenderaan berdaftar Malaysia.

“Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua dan peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya mengubah nombor pendaftaran kenderaan demi kepentingan peribadi,” katanya.

Peguam Long, Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, merayu agar denda diringankan dengan alasan anak guamnya seorang pesara, mempunyai tiga orang anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Long kemudian diperintahkan membayar denda RM9,000, atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar. Beliau membayar denda tersebut di tempat kejadian.

Continue Reading

SEMASA

Telur Dadar Cecah RM50 Lebih? Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong

Published

on

c1 3172785 260110103927 1200

Telur Dadar RM50 Lebih Undang Amarah, Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong

Pasar Terapung Damnoen Saduak di wilayah Ratchaburi, Thailand yang terkenal sebagai tarikan pelancongan kini terpalit kontroversi apabila seorang pelancong mendakwa dicaj sehingga 400 baht (sekitar RM50+) hanya untuk telur dadar kosong. Lebih mengejutkan, hidangan nasi goreng bersaiz besar yang hanya mengandungi telur dan sayur turut didakwa dijual pada harga 1,400 baht, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.

Aduan tersebut tular di media sosial apabila pengadu mempersoalkan kewajaran harga makanan yang disifatkan terlalu melampau, walaupun di kawasan pelancongan. Isu ini akhirnya menarik perhatian pihak berkuasa tempatan yang terus menjalankan pemeriksaan ke atas restoran terbabit.

c1 3172785 260110103927 1200

Pemilik restoran berkenaan mengakui harga yang dikenakan sememangnya tinggi, namun mendakwa ia berpunca daripada kos operasi yang besar termasuk sewaan, gaji pekerja, harga bahan mentah serta bayaran kira-kira 900 baht bagi setiap bot pelancong yang singgah. Walaupun menu memaparkan harga dengan jelas, pihak berkuasa menasihatkan restoran itu supaya menurunkan harga, dan pemilik bersetuju untuk berbuat demikian.

Difahamkan, restoran sama sebelum ini juga pernah menerima aduan apabila menjual pad thai pada harga 900 baht, sebelum menurunkannya kepada 500 baht selepas diberi amaran. Sepanjang cuti Tahun Baharu lalu sahaja, 14 kedai di pasar tersebut didakwa kerana gagal memaparkan harga menu. Kes ini turut mengingatkan orang ramai kepada kontroversi telur dadar ketam cef selebriti Jay Fai di Bangkok yang pernah didenda selepas pelanggan terkejut dikenakan bayaran sehingga 4,000 baht.

Continue Reading

Trending