Connect with us

SEMASA

“Satu Orang Nak Keluar Islam, Sejuta Orang Nak Masuk Agama Islam,” Viral Dakwah Nabil Ahmad Mengegarkan Wartawan & Media Yang Hadir

Published

on

dakwah nabil ahmad

“Satu Orang Nak Keluar Islam, Sejuta Orang Nak Masuk Agama Islam,” Viral Dakwah Nabil Ahmad Mengegarkan Wartawan & Media Yang Hadir

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak, pelakon, dan pengacara, Nabil Ahmad. Beliau berada dalam dunia hiburan tanah air ini sudah begitu lama sekali. Dengan daya tarikan semulajadi dan bakat tersendiri, beliau merupakan selebriti yang luar biasa serta mempunyai kelab peminat yang ramai. Kisah penghijrahannya secara tiba-tiba telah menyentak hati ramai pihak yang terkesan untuk berubah. Baru-baru ini viral satu video dakwah Nabil Ahmad secara spontan di hadapan media, wartawan, dan Pengurus Saluran Era di sidang media slot 3 Pagi Era.

Isu agama Islam perlu diambil berat oleh semua umat Islam

dakwah nabil ahmad

Melalui sebuah majlis sidang media Pengenalan Personaliti Baru Era yang berlangsung di Tiffin At The Yard, Sentul Depot Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, telah menyaksikan gandingan tiga penyampai popular iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin. Dakwah Nabil Ahmad di mana-mana. Siapa sangka dalam majlis tersebut Nabil sempat menyelitkan sedikit nasihat berguna kepada umat Islam tentang isu viral seorang pelawak wanita yang telah memalukan agama Islam.

Beliau menyeru semua umat Islam untuk ambil tahu tentang apa yang berlaku pada agama Islam. Isu penghinaan agama Islam bukanlah isu peribadi atau kelompok tetapi isu semua masyarakat yang beragama Islam. Kita mesti menjaga kesucian nama agama ini dari dicemari oleh orang lain.

“Baru-baru ini ada orang Islam yang tunjuk dia nak keluar agama. Hari ini kita tunjuk kita bawa agama masuk dalam diri kita,” katanya dengan bersungguh-sungguh.

Beliau yang kemudian terus mengeluarkan sepasang jubah hijau panjang dan kopiah putih lalu memakainya.

“Hari ini kalau kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu,” katanya lagi.

Terjemahan ayat ini sama seperti di dalam Al-Quran Surah Muhammad, ayat 7, Allah SWT ada berfirman:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Allah akan bawa sejuta lagi orang yang masuk Islam

“Tak perlu risau kalau ada orang nak keluar Islam. Sebab nanti Allah akan bawa lagi sejuta orang untuk masuk agama Islam,” itulah kata-katanya yang menyentuh ramai pihak.

Beliau juga meminta kepada pihak wartawan dan semua media yang hadir untuk viralkan usahanya untuk membantu agama seperti mana hangatnya isu viral pelawak wanita yang telah memalukan agama Islam itu.

Dalam masa yang sama, beliau turut memohon maaf kepada pihak Pengurusan Saluran Era kerana mengambil masa sedikit untuk menyampaikan nasihatnya tentang isu yang tular baru-baru ini.

Ramai netizen sokong usaha dilakukan Nabil

Apa yang disampaikan oleh Nabil Ahmad, mendapat reaksi yang cukup positif dari para netizen. Setakat ini video yang berdurasi 1 minit 17 saat itu, telah mendapat 113.8 K like, 1716 komen, dan 4341 kongsi.

“Bila keyakinan dah dalam diri dan kerana Allah. Allahuakbar!”

dakwah nabil ahmad

“Masha Allah bagusnya. Semoga kita semua istiqamah. Ada hikmah Allah pilih Nabil, banyak realiti show dia join mesti selit tazkirah.”

dakwah nabil ahmad

“Alhamdulillah Nabil. Harap dengan ayat Nabil ni  ramai yang terbuka pintu hati dia. Doa yang baik untuk perempuan tu. Idfaq billatihhi ahsan.”

dakwah nabil ahmad

“Tengok betapa hebatnya orang yang dah nampak jalan hebat dalam Islam. Jati diri kuat.”

dakwah nabil ahmad

Dakwah bukan hanya tugas Nabi, tetapi semua umat Islam

Perintah utama dalam agama Islam adalah menyuruh berbuat perkara yang makruf dan melarang berbuat perkara yang mungkar. Hal ini sangat penting kerana melalui perintah inilah diutuskan para Rasul dan Nabi.

Cuba bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya Allah membiarkan sahaja perkara yang mungkar berlaku di dunia ini? Pastinya pertalian agama Islam akan terputus dan lenyap.

Imam Ibn Qudamah berkata: “Ketahuilah bahawa amar makruf adalah perkara yang paling agung dalam agama. Ia merupakan tugas penting yang kerananya Allah mengutus para Nabi. Andaikan tugas ini ditiadakan, maka akan muncul kerosakan di mana-mana dan dunia akan hancur.” – (Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, hlm. 156)

Walaupun tugas berdakwah adalah tugas para Nabi dan Rasul tetapi kita sebagai umat Islam diwajibkan untuk berdakwah sesuai kemampuannya.

Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.” – (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Apa yang Nabil Ahmad lakukan dalam dunia hiburan memang banyak menyuntik hidayah atas kurniaan Allah SWT kepada rakan-rakan artis yang lain khususnya. Diharapkan usaha dakwah ini sentiasa berkembang dan beliau istiqamah mencari kebaikan atas jalan Allah.

Sumber: Astro Gempak

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending