Connect with us

INFO

Langkah Mudah Tukar Ke Status Biru Jika Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai

Published

on

uvoy

Langkah Mudah Tukar Ke Status Biru Jika Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai

Tentu ada antara anda yang pernah mengalami masalah status MySejahtera bertukar kuning ini. Mungkin jua ada yang dah habis tempoh kuarantin yang ditetapkan dan tidak bergejala, tapi status tetap juga berisiko. Jadi apa yang anda lakukan? Keadaan menjadi kalut apabila tidak dibenarkan masuk kedai atau premis awam.

Jangan panik…! Perkongsian ini membenarkan anda menukar sendiri status kuning kepada biru, tetapi ketahui terlebih dahulu apa maksud status kuning MySejahtera dan apa yang perlu dilakukan jika anda tak pernah ke mana-mana pun sebenarnya.

Apakah Maksud Status Kuning MySejahtera?

Status kuning MySejahtera bermaksud anda dikesan sebagai Kontak Kasual berdasarkan masa dan tempat MySejahtera Check-in. Ia boleh terjadi disebabkan sistem mengesan anda berkemungkinan ada kontak dengan mereka yang dalam kes Covid-19 melalui ‘check-in’ di tempat-tempat tertentu.

Usah bimbang! Kontak kasual bukanlah seperti kontak rapat, jadi sebagai Kontak Kasual apa yang perlu dibuat?

status mysejahtera kuning

 

  • Status Kontak Kasual akan berada dalam sistem selama 10 hari. Boleh keluar seperti biasa tak perlu lakukan swab test RTK/PCR.
  • Sesetengah kedai / premis juga masih menerima mereka yang mempunyai status kuning ini.
  • Tidak perlu kuarantin, boleh bekerja seperti biasa.
  • Dibenarkan hadir ke PPV untuk vaksinasi.
  • Update setiap hari penilaian keadaan diri di bahagian ‘Perlu Dilakukan’/ Things To Do’ untuk tempoh 10 hari.
  • Tak perlu lakukan ujian C19, kecuali apabila sudah mula bergejala.
  • Teruskan memantau keadaan diri untuk tempoh 14 hari.Status MySejahtera akan kembali kepada asal selepas 10 hari.Tapi, mungkin ada antara anda yang tak pernah ke mana-mana, atau terlupa check-out beberapa hari hingga ia mungkin menyebabkan anda dikesan sebagai kontak kasual. Perkongsiaan ini cara anda tukarkan semula status kuning MySejahtera kepada biru melalui reassessment di MySejahtera Helpdesk.

Status kuning mysejahtera

status mysejahtera kuning kkm 1024x907 1

Melalui perkongsian Nourra Khan melalui Facebook, di mana beliau berjaya mengembalikan status biru setelah 2 hari mendapat status kuning (Kontak Kasual) di MySejahtera.

Cara Tukar Status Kuning MySejahtera Kepada Biru

Inilah status kuning yang tiba-tiba muncul pada 21 September.

 

FB IMG 1632547929376 848x1024 1

 

Kalau diikutkan kita memang kena jawab soalan assessment selama 10 hari apabila status kita jadi kuning. Walhal anda jadi kuning sebab anda ada pergi ke lokasi si positif pada hari yang sama positif yang dilaporkan ada pergi ke lokasi tersebut.

 

FB IMG 1632547933707 598x1024 1

 

Jika anda tidak bergelaja atau merasakan anda mendapat status ini disebabkan kesilapan dan ingin membuat reassessment, boleh rujuk langkah di bawah.

Status kuning mysejahtera

LANGKAH 1:

  • Pergi Ke Helpdesk MySejahtera
  • Pergi ke bahagian Helpdesk dan klik START.
  • Ada dekat ikon warna coklat di atas tu.
  • Status mysejahtera kuning

FB IMG 1632547947472 633x1024 1

LANGKAH 2:

  • nKlik pada huruf K – I have questions about my risk category / health assessment.

IMG 20210925 144905 631x1024 1 1

LANGKAH 3:

Klik A- I would like to redo my assessment

 

IMG 20210925 145114 606x1024 1 1

LANGKAH 4:

  • Seterusnya pilih A- My health assessment (maksudnya untuk diri anda)
  • Kalau tanggungan anda yang dilabel sebagai kontak kasual, baru tekan untuk tanggungan dan sebagainya.

IMG 20210925 145133 633x1024 1

LANGKAH 5:

  • Pilih B – To redo your health assessment

IMG 20210925 145149 633x1024 1 1

LANGKAH 6:

Nyatakan sebab kenapa anda nak buat semula assessment ini. Bagilah alasan yang munasabah, contohnya anda

 

FB IMG 1632547947472 633x1024 1 1

LANGKAH 7:

  • Akhir sekali isikan maklumat anda beserta e-mel yang didaftarkan dengan MySejahtera.
  • Pastikan e-mail yang betul ya sebab sebarang maklumbalas nanti akan diberikan melalui e-mail tersebut.

FB IMG 1632547949479 631x1024 1 1

Status bertukar biru:

 

FB IMG 1632547931603 729x1024 1

 

Ni saya buat pagi, malam tu dah biru.

 

FB IMG 1632547951828 595x1024 1

Dengan langkah mudah ini status anda sudah bertukar menjadi biru, untuk mengelakkan terjadi begini, selalu semak status dan lakukan checkout selepas keluar dari premis.

Advertisement
1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260919 083115 0000

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

​Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!

​Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.

​Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.

​Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!

Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09

Continue Reading

INFO

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260916 184821 0000

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.

​Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):

​KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN

​Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!

​Ringkasan Majlis:

Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan

Hari: Hari Bekerja (Weekday)

Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)

Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)

Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)

​KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?

​Keindahan Senibina Masjid Sendayan

Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!

​Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang

Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.

Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)

Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.

​Penjimatan Bajet yang Ketara

Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!

​Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!

​Kredit: ainulamer

Continue Reading

INFO

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260915 154852 0000

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

​Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.

​Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.

​Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan

​Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.

​Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.

​Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?

Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.

Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.

Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.

​APA YANG PATUT KITA BUAT?

Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!

Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.

Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.

​Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah

Continue Reading

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.