Connect with us

Resepi Viral

Cara Buat Murtabak Ayam Kulit Popia. Tak Payah Dah Susah-Susah Uli & Canai Tepung

Published

on

Cara Buat Murtabak Ayam Kulit Popia. Tak Payah Dah Susah-Susah Uli & Canai Tepung

MURTABAK AYAM KULIT POPIA

(Oleh Zurina Kifli) Tak payah dah susah-susah uli dan canai tepung. Setakat nak buat murtabak mini, guna kulit popia pun boleh… Sedappp…

Biasa kita makan murtabak yang dijual dipasar-pasar malam khusunya pada bulan Ramadhan kan? Jika anda teringin makan murtabak anda boleh ikuti resepi perkongsian Zurina Kifli ini. Menariknya mutabak ini menggunakan kulit popia.

Jom ikuti perkongsian di bawah

CARA-CARA PENYEDIAAN INTI AYAM

1. Tumis bawang besar, bawang putih,lada hitam dan halia. Kacau-kacau hingga naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air panas. Kacau hingga wangi, tambah sedikit air dan kacau hingga rempah kering naik minyak.

3. Masukkan ayam,kacau-kacau hingga ayam kecut. Masukkan kentang dan kacau rata hingga hampir kering.

4. Masukkan garam, gula dan Hilal. Last masukkan daun sup. Kacau-kacau dan rasa sebelum tutup api. Kalau perlu, tambah sedikit garam.

5. Biarkan sejuk .Kemudian campurkan inti dengan telur mentah yang telah dikocok. Kacau rata..

INTI AYAM :

  • 2 labu bwg besar dipotong dadu kecik2
  • 3 ulas bwg putih,ketuk dan cincang halus
  • 1 cm halia ditumbuk halus bersama lada hitam biji
  • 3 keping dada ayam dipotong dadu kecik2)@boleh guna ayam Kisar Ramly
  • Sebiji ubi kentang besar, kupas kulit dan potong dadu kecik2. Rebus empuk dan toskan.
  • 2 sd makan rempah kari daging cap O
  • 2 sd Rempah Kurma cap O @lain2 brand
  • 1/2 sd makan lada hitam biji ditumbuk halus
  • Garam halus secukup rasa
  • 1 sd makan serbuk Hilal
  • Sedikit gula
  • Daun sup dihiris halus secukupnya
  • Kulit popia
  • 2@3 biji telur@secukupnya,ikut kuantiti inti. Tapi jgn cair sgt bancuhan inti lepas disatukan dgn telur

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

Sukatan inti ayam ikut sesedap selera

CARA BUAT MURTABAK

1. Ambik sekeping kulit popia, bentangkan kulit popia atas pinggan. Letak sedikit inti dan ratakan.

2. Lipat bentuk 4 segi,kemudian goreng dgn sedikit minyak dlm kuali nonstick hingga masak kekuningan.

3. Masak dgn api perlahan dan tutup kuali ketika masak supaya inti telur masak sepenuhnya. Siap… sedap dinikmati panas-panas bersama kuah jeruk bawang@sos cili. Makan macam tu pun dah sedap

Boleh tambahkan cili serbuk@cili kisar dlm bancuhan rempah utk masak inti ayam. Saya tak letak sebab takut pedas, baby tak boleh makan

Sumber: Zurina Kifli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!