Connect with us

Kisah

Muadzin, Sedang Duduk Membaca Al-Quran Dan Waafat Beberapa Minit Sebelum Azan Subuh Tiba

Published

on

dfnjgvb

Muadzin, Sedang Duduk Membaca Al-Quran Dan Waafat Beberapa Minit Sebelum Azan Subuh Tiba

Muadhin dari Masjid Al-Sulaimani di Jeddah telah mening’gal dunia ketika menunggu azan untuk solat Subuh. Kema’tian tidak pernah tahu bila akan datang, tetapi kebanyakan orang ingin mati dalam keadaan khusnul khotimah.

Seperti yang dikatakan bahawa, kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali, Abdul Haq al Halabi, 60 tahun sedang duduk membaca Al-Quran dan meninggal dunia beberapa minit sebelum azan Subuh tiba.

Beliau berasal dari Syria dan telah menetap di Arab Saudi selama 40 tahun dan beliau dikenali kerap ke masjid dan sering dilihat membaca al-Quran. Semoga Allah memberinya Jannah (Syurga).

Setiap orang akhirnya harus meninggalkan dunia ini dan betapa indahnya cara untuk kembali kepada Allah, berada di masjid sambil membaca Al-quran dan menunggu azan.

Cuba kita lihat kehidupan kita sendiri dan tanya diri kita apa yang kita buat untuk persiapan dunia akhirat? Adakah kita menepati masa dengan kesilapan kita dan sejauh mana kita terlibat membaca Al-Quran?

Sumber: ohviral

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.