Connect with us

Keluarga

Mengapa Perkahwinan Orang Dulu-dulu Tahan Lama, Walaupun Tidak Pernah Bercinta, Walaupun Tak Pernah Berjumpa Sebelum Bernikah, Hubungan Suami Isteri Tetap Kekal Hingga Ke Anak Cucu

Published

on

iavh9swhge

Mengapa Perkahwinan Orang Dulu-dulu Tahan Lama, Walaupun Tidak Pernah Bercinta, Walaupun Tak Pernah Berjumpa Sebelum Bernikah, Hubungan Suami Isteri Tetap Kekal Hingga Ke Anak Cucu

perkahwinan orang zaman dahulu nampak sangat sempurna. Bagaikan tiada jalan penyelesaian lain yang lebih baik, selain mempertahankan keluarga mereka. Mereka tahu bagaimana untuk mempertahankan perkahwinan mereka, tahan lama dan bahagia.

Bukan seperti perkahwinan zaman sekarang, kahwin dua tahun, tiga tahun, apabila sudah jemu, perpisahan dan penceraian adalah jalan terbaik bagi mereka.

cinta

Orang zaman dahulu, zaman ibu bapa kita, setiap perkara dititik beratkan, segalanya dijaga rapi dan paling yang mereka pentingkan adalah tanggungjawab terhadap suami tercinta. Sudah pasti tiada cacat celanya.

Cinta orang dulu-dulu bukan seperti cinta zaman sekarang yang lebih suka luangkan masa bersama, tidak jumpa sehari pun sudah menjadi satu masalah buat mereka, boleh menjadi isu pergaduhan. Tidak seperti orang dulu-dulu yang lebih suka bercinta selepas berkahwin.

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam-mana perkahwinan orang dulu-dulu tahan lama, walaupun tak pernah berjumpa sebelum bernikah. Walaupun tidak pernah bercinta, hubungan suami isteri tetap kekal hingga ke anak cucu.

Jika mahu bertanya khabar sekalipun, mereka akan menulis surat, bukan bersemuka.

ko4 592b68e2f552fc364440e968d7c2790c

Ini jawapan yang diberikan oleh seorang ibu Salbiah Wir, dari Kota Singa kepada anaknya ini mungkin anda dah selalu dengar.

Tapi renung-renung kembali jika anda ingin miliki rumahtangga bahagia hingga ke akhir hayat.

Tidak ada cinta monyet atau keluar berdua

cool
Ramai yang mudah jemu bila bercinta. Kebanyakan anak muda sekarang bercinta sebelum kahwin. Tapi sebenarnya bercinta selepas kahwin lebih indah dan rasa cinta lebih kuat.

Tak pergi honeymoon, tapi berkenalan dengan saudara mara

Jika mahukan rumahtangga itu kekal bahagia, kenali keluarganya, saudara maranya. Ianya adalah sangat penting. Bukan selepas ber

Kalau nak bahagia, mesti ada 3 perkara ini

kahwin.diarak
Tambah wanita berkenaan, nak cari bahagia rumahtangga bukan senang. Kena ada 3 perkara ini iaitu sakinah (ketenteraman), mawaddah (cinta), wa rahmah (kasih sayang). Tiga perkara ini kalau kita ada, insya-ALLAH aman rumah tangga.

Selalu ingat Allah SWT

doa
Anak muda sekarang lebih mengejar dunia dari akhirat. Ingat pada ALLAH kerana Dia yang memberi kebahagiaan itu. Kalau dah datang bahagia, jangan abaikan. Rumah tangga kita itu, jagalah baik-baik.

Tiada campur tangan ibu bapa

cinta dulu

Sekarang ni ramai ibu bapa jadi penasihat dalam rumahtangga anak-anak. Kalau boleh, ibu bapa hanya beri nasihat, tak perlu campur urusan rumah tangga anak-anak. Ia hanya memburukkan keadaan dan boleh menyebabkan perceraian.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Sumber: Hanasuva.com

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.