Connect with us

Petua

Lelaki Kongsi Fungsi 2 Butang Pada Pam Tandas Yang Ramai Tak Tahu

Avatar of kidin

Published

on

hycvub

Lelaki Kongsi Fungsi 2 Butang Pada Pam Tandas Yang Ramai Tak Tahu

Selalunya kita akan tekan butang pam untuk simbah sisa ‘kotoran’ lepas ‘buang hajat’ kan? Tapi korang perasan tak yang kebanyakan pam tandas ni ada dua butang?

Kalau korang nak tahu, ada sebab kenapa tangki simbah pada mangkuk tandas ni dibuat dua butang. Butang ini pula selalunya ada dua saiz berbeza, yang satunya kecil manakala satu lagi besar.

Menjawab persoalan tersebut, Jamban King Steve melalui akaun TikTok miliknya ‘membongkar’ fungsi dua butang jamban ni. Video yang dimuatnaik Jamban King Steve mendapat perhatian warga net dan ditonton sebanyak 445.8 ribu kali di TikTok setakat ini.

Melalui video unggahannya, lelaki ini menerangkan bahawa kedua butang pada tangki simbah mangkuk jamban ni berbeza fungsinya. Kalau korang tekan butang kecil, tangki simbah akan keluarkan tiga liter air ke dalam mangkuk jamban, manakala butang yang lebih besar pula akan keluarkan enam liter air.

Jadi, sekiranya korang buang air besar, disarankan untuk tekan butang besar. Kalau buang air kecil pula, tekan butang kecil dah memadai.

@jambanking_kongmee_oe

Jika jamban 2 pcs anda sudah bocor #jambanking #kongmee #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #jamban2pcs #repair #diy

♬ original sound – JAMBAN KING Steve🚽👑 – JAMBAN KING Steve🚽👑

 

“Selalu tekan dua-dua..”

Menjengah ke ruangan komen, rupanya masih ramai yang tak tahu dua butang pam tandas ni berbeza fungsinya. Lepas tengok video ni jangan tekan dua-dua pulak, nanti membazir air dan pam tandas korang boleh cepat rosak tau!

ab303766 5145 459f 9b83 a9a46d4589b3

2c979680 1d25 48b7 847e 0264ef2b6815

be041aab ad17 46b0 ab39 bc01adb8620a4e135b75 5ba9 4c7e 984a f64eae20953f

Sumber: TikTok Jamban King Steve

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.