Petua
Cara Menbuat Sos Umpan Memancing
Cara Menbuat Sos Umpan Memancing
Di pasaran sekarang sedia terjual pelbagai jenis, rupa dan bau-bauan umpan memancing. Jika anda seorang yang rajin dan kreatif, adalah lebih baik anda buat sendiri umpan untuk memancing ikan kolam. Bahan-bahan keperluan pun tak susah nak cari.
Bahan-bahan keperluan:
1 kotak air kacang soya (1 liter)
4 sudu besar Milo
3 biji telur itik
1 bekas taufufa kosong (banyak terjual di pasar malam)
1/2 paket yis segera
1 biji kelapa tua (diparut)
Cara-cara pembuatan:
(Semua bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar tanpa perlu mengikut aturan atau kuantiti. Yang penting kesemua bahan dikisar halus sehingga sama ada dikisar sekaligus ataupun diulang sehingga habis.)
Tempe dipotong kecil kemudian dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan sebaiknya setiap kali mengisar terdapat kesemua bahan.
Setelah kesemua bahan dikisar sehalus yang mungkin, masukkan sos ke dalam bekas seperti botol sehingga 3/4 penuh.
Sos ini perlu diperam bagi menjalani proses penapaian sekurang-kurangnya 5 hari sebelum boleh digunakan. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil yang boleh menyebabkan letusan berlaku sekiranya ia disimpan di dalam bekas bertutup dan akan melimpah keluar jika kuantiti terlalu padat di dalam bekas simpanan.
Sos umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti. Pada waktu ia digunakan nanti boleh ditambah sedikit perisa seperti pandan atau strawberi bergantung selera ikan di mana-mana kolam pancing.
(Oleh: Naz Damai)
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.