Connect with us

Kisah

“Mak Menangis Tak Henti Takut Kehilangan Saya”, Lelaki Hijrah Masuk Islam Setelah Membaca Tafsir Ayat 7 Surah Al-Fatihah

Published

on

lelaki hijrah masuk islam

“Mak Menangis Tak Henti Takut Kehilangan Saya”, Lelaki Hijrah Masuk Islam Setelah Membaca Tafsir Ayat 7 Surah Al-Fatihah

Hijrah adalah perpindahan Nabi Muhammad SAW  dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW telah mendefinisikan pengertian hijrah ini bukan sekadar secara fizikal sahaja bahkan ia sebenarnya adalah perubahan jiwa ke arah yang lebih baik seperti menjauhkan diri dari dosa, perkara yang dilarang, dan perbuatan yang ditegah.

Kisah lelaki hijrah masuk Islam setelah mendapat hidayah dari tafsir Surah Al-Fatihah

lelaki hijrah masuk islam

Perkongsiaan ini diceritakan oleh Farrell Jalang Anak Ningkan yang memeluk Islam pada tahun 2014 secara senyap tenpa pengetahuan mak dan ayahnya. Menurutnya, dia sama juga seperti mualaf-mualaf lain yang mengkaji tentang Islam sebelum menyakininya.

“Sebelum masuk Islam, saya juga seperti mualaf-mualaf lain. Kaji dan bandingkan agama semua itu. Saya baca tafsir surah Al-Fatihah (The Opening), dan bila sampai pada ayat ke tujuh surah tersebut saya mula gelisah, dan rasa takut. Ketika itu saya sangat takut jika mati dalam keadaan kafir sedangkan saya sudah diberikan hidayah.”

Farrell tidak tahu apa yang akan terjadi pada dirinya hari ini sekiranya tidak mengambil peluang yang Allah SWT telah jentikkan dalam hatinya ketika itu. Setelah memeluk Islam, beliau sudah bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan akan terjadi khususnya penerimaan ahli keluarga dan mak ayah.

Katanya, “Mak ayah mungkin dah tahu saya curi-curi masuk Islam, tapi mereka tak halau saya.” Hati seorang mak lebih kuat dari segalanya apabila berbicara tentang anak. Pada hari kedua memeluk Islam, rahsianya terbongkar dengan sendiri ketika mak dan ayahnya pulang ke Kelantan untuk berjumpa dengan beliau.

Pemuda mualaf ini memilih untuk jujur dari terus berselindung. “Saya dah ready kena tampar semua”, katanya pasrah.

Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, hanya air mata yang membasihi kedua-dua belah pipi mak dan ayahnya.

“Mungkin bagi mereka berdua, menerima saya masuk Islam sama juga seperti melepaskan tali ikatan dan persaudaraan keluarga antara kami. Walaupun saya masuk Islam, tetapi bangsa dan keturunan masih sama,” Farrell cuba menyakinkan.

Iban adalah keturunan beliau tetapi Islam pilihan agamanya sehingga meninggal dunia. Sesiapa pun akan terkejut untuk menerima pilihan kita apatah lagi berkenaan dengan agama yang dipilih.

Jatuh dan bangun kerana ada mak dan ayah di sisi

lelaki hijrah masuk islam

Namun seiringnya waktu dalam 2 hingga 3 bulan kemudian, mak dan ayah beliau sedikit demi sedikit dapat menerimanya. Hubungan anak beranak ini mula akrab. Malah ketika masih menuntut di IPG, mak dan ayah beliau menyediakan segala kelengkapan dapur seperti pinggan, kuali, sudu, pisau, dan alat masak yang lain kerana mereka hormat pendirian agamanya.

“Duit kawin saya pun mereka ada bantu untuk dipinjamkan kerana ketika itu saya masih belajar. Apa yang paling gembira adalah mak dan ayah dapat hadir ke majis tersebut. Bahkan hubungan kami bersama mertua juga amat baik,” Kata Farrell lagi ketika menceritakan kenangan semasa hari perkahwinannya bersama isteri, Nurul.

Adat dalam perniagaan, ada jatuh dan bangunya. Begitu juga yang menimpa Farrell apabila beliau mengalami kerugiaan yang besar di bisnes trading sehingga impak itu boleh dirasai kepada keluarga besarnya di kampung. Namun kerana kepercayaan, dan dorongan mak dan ayah beliau bangkit kembali.

Katanya, ketika zaman kejatuhannya barulah beliau sedar siapa lawan, dan siapa kawan yang sebenar. Orang pertama yang ada adalah ahli keluarganya sendiri termasuk mak dan ayah. Ujian kehidupan yang berlaku sebenarnya terselit banyak hikmah Allah SWT mahu tunjuk kepada kita.

“Saya yakin mereka ahli syurga,” Farrell meminta kepada rakan-rakan di media sosialnya untuk sedekahkan Al-Fatihah, dan doakan juga kedua-dua mak dan ayahnya akan diberikan hidayah suatu hari nanti. Sehingga mentakdirkan mereka agar kenal Allah dan menjadi seorang Muslim.

Hati kedua-dua orang tuanya sangat baik. Sekiranya jasa-jasa tersebut dapat digantikan dengan hidayah, ia adalah hadiah termahal yang tidak ternilai harganya.

Hidayah benar-benar milik Allah SWT. Tiada siapa sangka, bila dan bagaimana seseorang itu mampu untuk terbuka pintu hati kembali kepada fitrah beragama yang benar.

Sumber: Farrell Jing

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending