Kisah
Gadis Amalkan Solat Tahajud Sejak Usia 18 Tahun Untuk Terapi Anxiety
Gadis Amalkan Solat Tahajud Sejak Usia 18 Tahun Untuk Terapi Anxiety
Solat tahajud adalah solat sunat yang didirikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam, di mana ia waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Amalkan solat tahajud dalam kehidupan seharian bukan sahaja membina hubungan yang sangat dekat kepada Allah SWT, malah dari perkongsian seorang gadis yang mengamalkannya sejak usia 18 tahuan, solat tahajud mampu menjadi terapi untuk menghilangkan anxiety.
Apa itu anxiety?
Anxiety Disorder adalah salah satu dari penyakit mental yang menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan kebimbingan berlebihan sehingga menyebabkan kehidupan sehariannya terganggu.
Tidak semua individu pernah merasainya, dan mohon ia dijauhkan dari kita. Menurut seorang pesakit anxiety, katanya apabila seseorang diserang anxiety mereka akan berasa cemas, berdedar, panik, berpeluh, sesak nafas, menggeletar, dan mahu pengsan. Bahkan serangan ini berlaku berturutan setiap hari.
Kesannya, ia sangat menganggu kehidupan seharian sehingga takut untuk bertemu orang ramai, tidak mahu keluar bekerja, dan sebagainya.
10 tanda anda diserang Anxiety Disorder
Sekiranya anda mempunyai 10 tanda ini, berkemungkinan besar anda mungkin mengalami Anxiety Disorder. Antara tandanya adalah seperti:
- Gangguan tidur
- Berasa takut tanpa sebab
- Kekejangan otot
- Gangguan pencernaan
- Demam gementar
- Rendah diri
- Panik
- Trauma
- Overthinking
- Obsessive Compulssive Disorder (OCD)
Amalkan solat tahajud untuk merawat anxiety
Dari perkongsian seorang gadis, Fatin Nabila Zainuddin beliau mula amalkan solat tahajud pada awal usia 18 tahun lagi. Fatin yang masih belajar di IIUM, Gombak, dan dalam masa yang sama menjadi tutor pengajar untuk private tuisyen Bahasa Inggeris tidak melepaskannya dari bergelut dengan penyakit emosi ini.
Anxiety yang disangka hanyalah rasa debar biasa rupa-rupanya memberi kesan yang sangat mendalam pada gadis ini. Sepanjang bergelut dengan penyakit anxiety itu, kehidupan beliau menjadi lebih teruk, tidak bersemangat, banyak benda yang ingin dilakukan tidak menjadi, rasa tidak selamat, berpeluh di tangan, rasa panik yang terlampau, ketakutan, dan rasa berdebar-debar di dada.
Lantaran itu, beliau terpaksa berjumpa dengan Pakar Psikiatri untuk rawatan lanjut. Sepanjang rawatan, doktor beragama Buddha itu banyak memberikan beliau tips yang bermanfaat dari segi sains, dan kesihatan. Contohnya terapi mindfullness sebagai meditasi untuk mengeluarkan kekuatan negatif dari tubuh agar ia kembali tenang, dan rileks.
Ilmu yang diajarkan oleh doktor tersebut digunakan oleh Fatin melalui cara Islam iaitu amalkan solat tahajud.
Gunakan konsep terapi sains ke dalam solat
Teknik mindfullness adalah terapi untuk melatih diri seseorang untuk memusatkan perhatian atau fokus tentang apa yang dirasakan ketika itu.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Mu’minun, ayat 1 hingga 2:
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
Setiap perbuatan beliau dalam solat seperti mengangkat takbir, sujud, rukuk, atau sebagainya, beliau akan betul-betul merasakan kekhusyukkan dan fokus tersebut. Caranya adalah dengan kita tunduk, mentadabbur makna atau terjemahan dari setiap lafaz bacaan serta zikir dalam perbuatan solat yang kita lakukan.
Menurut beliau lagi, sepanjang melakukan ibadah tersebut beliau tidak berfikirkan apa-apa selain ingin sembuh dari penyakit tersebut. Fokus atau khusyuk dalam solat itu perlu dilatih dengan solat juga. Sekiranya tidak solat, bagaimana mungkin kita boleh membina khusyuk tersebut. Bahkan gadis ini juga turut berpendapat yang sama.
“Untuk menjadikan amalan itu terbaik, dan berfungsi untuk membantu kita, ia perlu dilakukan dari latihan yang banyak.”
Doa yang penuh pengharapan
“Setiap kali sujud saya akan mintak kepada Allah untuk bantu saya. Doa itu saya akan ulang banyak kali dengan penuh pengharapan, dan kepercayaan dengan izin Allah SWT saya mampu terlepas dari ujian sakit anxiety ini.”
Dengan kekuatan, dan kepercayaan semasa melakukan solat tahajud, kita sebenarnya mampu untuk merasai kasih sayang Allah SWT dengan lebih khusyuk, dan mendalam. Jika kita mampu untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat tahajud, sesungguhnya kita adalah hamba Allah SWT yang dipilih untuk merasakan kehebatan Nya.
Memetik kepada kata-kata Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa, “Apabila seseorang itu dipilih untuk menempuhi perkara-perkara yang melibatkan sakit emosi ia sebenarnya adalah ujian dari Allah SWT. Namun bagaimana untuk kita menempuhi ujian tersebut, iman adalah indikator yang memainkan peranan juga. Perkara-perkara yang melibatkan hati memainkan peranan seperti ilmu agama, ia berperanan untuk bantu diri kita capai ke tahap emosi yang lebih baik.”
Percaya & yakin adalah kunci kepada keajaiban doa
Tanpa kepercayaan, dan keyakinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara, kita sudah tentu tidak akan dapat merasakan keajaiban dalam doa-doa yang dilantunkan itu. Keimanan iaitu kepercayaan, dan keyakinan iaitu kesungguhan untuk sesuatu itu berlaku. Apabila kita tidak ada kedua-duanya, maka kita tidak mampu untuk menemukan solusi kepada masalah yang dihadapi.
Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba Ku terhadap Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati Ku.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber: Zayan My
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah