SEMASA
Lelaki Di R4suk Berjalan Tengah Malam Sambil Dukung Batu Nis4n

Lelaki Di R4suk Berjalan Tengah Malam Sambil Dukung Batu Nis4n
Beriman kepada perkara-perkara ghaib adalah kewajipan yang wajib semua umat Islam percaya, dan yakini. Tanpa kepercayaan tersebut, maka terkeluarlah kita dari rukun iman.
Firman Allah SWT: “Kitab al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Surah al-Baqarah: ayat 2 dan 3)
Banyak kisah kita dengar tentang gangguan makhluk halus dalam masyarakat kita. Kes kerasukan contohnya, sering terjadi pada individu tertentu yang mempunyai semangat yang lemah dalam jiwanya.
Pagi buta dukung batu nisan
Sebuah video telah tular di akaun Tik Tok @syed.muhammad.arif dan @wansun11 yang memuat naik tentang seorang lelaki misteri yang berjalan kaki pagi buta di kawasan yang gelap, dan sunyi. Seramnya, dia berjalan sambil dukung batu nisan yang dipeluknya dengan erat seakan-akan seorang bayi.
Cara jalannya yang seperti tidak siuman, tutur katanya yang bersahaja, dan tindakannya yang pelik telah membuatkan rata-rata pengguna Tik Tok lain yang menyaksikan video tersebut naik bulu roma. Apatah lagi yang menontonnya di waktu malam.
Kelihatan di sepanjang video ini, lelaki berkenaan tidak mempamerkan wajahnya dengan jelas sebaliknya hanya menutup dengan bendera Malaysia.
Pada logik akal mana ada orang yang sanggup melakukan aksi sedemikian. Berjalan seorang diri pada awal pagi di kawasan yang sunyi, dan gelap sambil mengendong batu nisan ke hulur-kehilir tanpa hala tuju. Itu memang sangat menyeramkan. Namun ada juga sebahagian komen yang merasakan lelaki ini hanya cuba untuk meraih perhatian warga maya dengan aksi “gila” nya.
Tubuh meronta-ronta ketika dibacakan ayat kursi
Video yang tular tadi bersambung dengan video lain, bila mana mereka yang ada di tempat kejadian cuba untuk membantu memulihkan lelaki misteri tersebut. Ketika ayat kursi dibacakan, dengan tiba-tiba lelaki yang membawa batu nisan itu jatuh, dan meronta-ronta ingin melepaskan diri.
Dia juga seakan-akan bingung setelah sedar dari dirasuk. Jawabnya “tidak tahu” sahaja setiap kali di tanya beberapa soalan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian soal dirinya. Reaksi lelaki tadi setelah dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran, makin menyakinkan lagi bahawa dia benar-benar dirasuk, atau mungkin mengalami gangguan jiwa.
Salah satu kapsyen di video tersebut, pengguna Tik Tok ada memberikan nasihat kepada orang ramai agar lebih berhati-hati selepas ini sekiranya mahu belajar silat, atau mengambil ilmu hitam kerana ia mungkin boleh memakan diri sendiri.
Walaupun komen tersebut tidak merujuk kepada video tular tadi secara keseluruhannya, tetapi dia tetap mendoakan agar segala urusan lelaki tersebut dipermudahkan lebih-lebih lagi apabila melibatkan masalah gangguan dari makhluk halus.
Gangguan dari jiwa yang kosong
Orang dulu-dulu selalu berkata, “Jangan duduk seorang diri. Pergi mana-mana berteman.” Jika kita fikir dengan mendalam, ada logiknya juga di situ. Mereka mahu kita membiasakan diri untuk bergaul dengan orang lain. Dalam masa yang sama juga, mengelakkan kita dari disukai oleh makluk halus.
Hal ini kerana, jiwa yang kosong kerana tidak mengingati Allah SWT mudak menarik minat jin, dan syaitan untuk menganggu kita. Malah tekanan hidup juga, menjadi penyebab yang cukup popular hari ini dengan isu gangguan jiwa.
Kita mampu bertindak di luar dugaan sebagai orang yang waras. Bukan itu sahaja, histeria, dan masalah kesihatan mental termasuklah halusinasi boleh terjadi atas pengaruh syaitan, jin, dan iblis yang menyerang, dan menguasai rohani seseorang yang lemah.
Firman Allah SWT: “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” lalu mereka sujud melainkan iblis; ia berasal daripada golongan jin, lalu menderhaka perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada-Ku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang yang zalim; pengganti yang mereka pilih itu.” (Surah Al-Kahfi, ayat 50)
Sehingga hari kiamat, syaitan, dan sekutunya akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam dan membawanya ke neraka. Oleh itu, kita sebagai seorang Muslim haruslah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan sentiasa mengimbangi kesihatan fizikal, mental, dan spiritual.
Sumber: syed.muhammad.arif
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












