Connect with us

SEMASA

Gadis Cina Pakai Tudung Walaupun Bukan Beragama Islam

Published

on

gadis cina pakai tudung

Gadis Cina Pakai Tudung Walaupun Bukan Beragama Islam

Islam adalah sebuah agama yang universal, dan mempunyai ajarannya meliputi seluruh perkara termasuklah muamalah, ibadah, adab, munakahat, dan lain-lain lagi.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulitkan urusan agama kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit). Maka hendaklah kamu betul dan bersederhana  serta hendaklah kamu bergembira. Hendaklah kamu mendapatkan pertolongan di waktu pagi dan petang serta sebahagian daripada waktu malam yang berlalu.” (Hadia Riwayat Bukhari)

Maka jelaslah, Islam amat mudah diaplikasikan walau dimana-mana, dan dalam keadaan apa pun kita berada. Dengan ciri-cirinya yang sesuai pada fitrah manusia, jadi tidak hairan jika ada segelintir orang bukan Islam minat untuk mempelajari, dan mendalami agama ini.

Gadis cina pakai tudung menjadi perhatian di Twitter

Kisah ini mengenai minat seorang gadis cina memakai tudung walaupun bukan beragama Islam. Kisah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Jia Qingg yang tidak segan silu memberitahu bahawa beliau gemar memakai tudung jika hendak ke mana-mana. Tudung adalah sangat sinonim dengan masyarakat Islam di Malaysia khususnya kaum wanita.

Hari ini, tudung bukan sahaja menjadi kewajipan semata-mata tetapi juga merupakan fesyen yang semakin maju melangkah sebagai trend masa kini. Gaya pemakaian yang menarik dan kualitinya yang diatas standard premium menjadikan ramai wanita mula tertarik untuk memakai tudung.

gadis cina pakai tudung

“Saya bukan Islam tapi saya suka pakai tudung,” katanya dengan penuh keyakinan.

Bagi Jia Qingg dia mula tertarik untuk memakai tudung kerana keadaan sekelilingnya yang banyak bergaul dengan rakan-rakan Melayu sejak dari sekolah lagi.

“Saya orang Cina, saya suka berhijab (bertudung),” tulisnya di Twitter. Hantaran yang dikongsi 4,900 warga maya setakat ini turut memuatkan beliau mengenakan tudung di tepi jalan raya.

gadis cina pakai tudung

“Mungkin sebab saya dah berkawan lama dengan orang Melayu kot, bila saya tengok kawan bertudung nampak ayu saja semua. Saya tertarik dengan Melayu sebab bila tutup aurat rasa tenang saja,” kata gadis berasal dari Kedah itu.

Tahun 2018 adalah momen pertama beliau cuba untuk pakai tudung rakannya. Sejak itu, beliau tidak berhasrat untuk membukanya lagi.

Screen Shot 2019 10 22 at 2 06 28 AM

Dalam Islam tiada halangan untuk bertudung dan sangat digalakkan bagi penganut agama lain untuk berpakaian sopan memandangkan ini negara Islam. Tindakan gadis itu mengambarkan yang agama Islam mengangkat martabat kaum wanitanya dalam cara berpakaiaan.

Cara memakai tudung dengan betul mengikut syariat

Dalam bertudung khususnya bagi wanita Islam, ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi agar pemakaiannya berada dalam landasan syariat yang betul. Antara tips atau cara memakai tudung dengan betul mengikut syariat adalah seperti:

1. Labuh melepasi, dan menutupi dada

Firman Allah SWT, dalam Surah al-Ahzaab, ayat 59:

Maksudnya: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka.

Tuntutan pakai tudung sehingga melepasi paras dada bukanlah pilihan sebenarnya tetapi ia adalah sebaik-baik pemakaian yang telah dinyatakan dalam Al-Quran. Hal in kerana, kaum wanita itu mudah untuk menjadi perhatian orang lain khususnya kaum lelaki.

Oleh itu, dengan melabukan tudung kita boleh menjaga diri, dan tidak menonjolkan apa yang ada pada tubuh badan.

2. Melindungi keseluruhan aurat

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA, beliau berkata yang bermaksud: Ama Binti Abu Bakar pernah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Maka Rasulullah pun berpaling daripadanya lalu berkara; “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila sudah haid (baligh) maka tidka boleh terlihat dari dirinya lagi kecuali muka, dan kedua telapak tangan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Aurat wanita Islam adalah seluruh anggota badan kecuali muka, dan kedua-dua tapak tangan. Sedangkan anggota yang lain, wajib untuk ditutup.

3. Longgar

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang hal ini. Maksudnya: Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan).” (Hadis Riwayat Muslim)

Lambakan tudung yang dijual di pasaran menyebabkan kita rambang mata untuk memilih yang menarik, dan cantik apabila dipakai. Sebaiknya, pilihlah kain tudung yang longgar, dan tidak melekat pada kepala sehingga boleh menyebabkan orang lain melihat bentuk aurat kita.

4. Tidak jarang

Pilih juga kain tudung yang tidak jarang, dan tidak terlalu nipis. Tudung yang nipis sebenarnya sukar untuk kita gayakan mengikut kelesaan diri.

Kisah gadis Cina yang menjadikan tudung sebagai pakaian hariannya ini banyak mengajar kita tentang nilai, dan harga diri wanita yang sebenar. Wanita yang menjaga keperibadiaan diri, dan maruahnya adalah wanita yang dihormati.

Sumber: ohinfokini.com

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending