SEMASA
Jutawan Muda Umur 9 Tahun Miliki Bentley, dan Jet Peribadi Sendiri

Jutawan Muda Umur 9 Tahun Miliki Bentley, dan Jet Peribadi sendiri
Miliki kereta, aset, dan barang-barang mewah adalah impian setiap orang yang ada di dunia ini. Bila sebut sahaja pasal impian, ia perlulah dilakukan bersama-sama usaha juga untuk memastikan yang angan-angan bakal menjadi kenyataan. Tanpa usaha mana mungkin kekayaan jatuh di atas riba dengan tiba-tiba.
Namun bagi jutawan muda, Muhammed Awal Mustapha atau lebih dikenali dengan gelaran Mompha Junior, dia tidak memerlukan usaha sama sekali untuk mendapat segala kemewahan yang diinginkan oleh semua orang.
Di usia 9 tahun sahaja, jutawan muda dari Lagos, Nigeria ini sudah mampu memiliki kereta Bentley mewah yang berharga jutaan ringgit dan jet-jet peribadi sendiri.
Menurut laporan, kanak-kanak itu mendapatkan hadiah kereta pertama iaitu Bentley dari ayahnya, Ismailia Mustapha atau Mompha Senior, 42 tahun yang juga merupakan usahawan berjaya.
Malah di usia Mompha Junior enam tahun, dia turut menerima sebuah rumah agam pertama yang besar dan indah bagaikan istana.
Di saat kanak-kanak lain seusianya sedang sibuk bermain bersama rakan-rakan, dia sebaliknya lebih suka melancong ke merata dunia.
Mengembara ke seluruh dunia dengan menaiki jet peribadi sendiri, bukanlah satu perkara asing dan mustahil bagi Mompa Junior. Tambahan lagi, hobi itu juga telah melebarkan kekayaannya dengan mempunyai beberapa rumah besar atas namanya sendiri di banyak negara.
Walaupun belum cukup tinggi untuk mencapai pedal, ditambah usianya yang masih terlalu muda, kanak-kanak itu bangga dengan koleksi “super car” yang hebat.
Jauh berbeza dengan kanak-kanak yang lain yang lebih gemar mengumpul koleksi kereta mainan atau robot elektronik berwatak kartun.
Jutawan muda ini mempunyai pengikut dan peminatnya yang tersendiri seramai 27,000 orang yang sentiasa mengikuti perkembangan dan gaya hidupnya yang mewah.
Dalam pada itu, dia turut mempamerkan koleksi keretanya dengan ucapan “Selamat hari lahir untuk saya” dan “Terima kasih Ayah”.
Hantaran di media sosialnya penuh dengan gambarnya di hadapan kereta-kereta mewah seperti Lamborghini Aventador merah dianggarkan bernilai £300,000 (RM1.6 juta). Selain itu, dia juga berkongsi gambar dengan Ferrari kuning, Bentley Flying Spur, dan bermacam-macam lagi.
Sesetengah kereta sport itu diletakkan di kediaman mewahnya di Dubai. Semuanya jika dipandang pasti buat ramai orang melihatnya berkali-kali kerana tidak percaya.
Kemewahannya tidak terhenti dengan aset mewah sahaja. Anak kecil ini juga sering dilihat menampilkan pakaian berjenama dari hujung rambut hingga hujung kaki. Antara jenama yang biasa digunakan termasuklah Versace dan Gucci.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitulah pepatah yang tepat untuk mengambarkan kehidupan Mompha Junior. Hal ini kerana, kehidupannya yang sekarang jelas mewarisi cita rasa mahal daripada bapa, Mompha Senior yang dilaporkan terkenal dengan gaya hidup mewah.
Kisah pemberian hadiah mewah berupa kereta itu mencuri perharian ramai setelah Mompa Senior memuat naik foto menerusi instagram.
“Ada anak lelaki seperti kamu menjadi sebab kenapa saya teruja untuk meneruskan hidup, senyuman kamu merupakan kegembiraan kami.”
“Selamat hari lahir anakku. Muhammed Awal kini berusia 10 tahun.” tulis bapanya kepada 1.2 juta pengikut.
Sebelum Mompha Junior dikenali di media sosial, Mompha Senior sudah terlebih dahulu mempamerkan kehidupan serba mewahnya di Instagram. Seramai 1.1 juta pengikut Instagram, Mompha Senior terus dikenali di seluruh dunia.
Walaupun sebagai usahawan dia terpaksa membahagikan masa berulang-alik di antara Lagos dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), namun lelaki itu sering memuatkan foto bersama anak-anaknya.
Dalam satu hantaran dia menampilkan Mompha Junior dan adik perempuannya, Fatima berpakaian Versace dengan kapsyen “kanak-kanak mahal”.
Dalam hantaran lain, dia turut memuji anak-anaknya.
“Tuan muda memakai Gucci dan telah memiliki rumah. Dia layak menerima beberapa pujian kerana dia telah membayar hutangnya sepenuhnya,” titip si bapa.
Sumber kemewahan keluarga Mompha ini adalah dari Mompha Senior yang menjalankan perniagaan pertukaran mata wang di Lagos sebelum beralih ke bidang pelaburan.
Ketua Pengarah Eksekutif Lagos Bureau De Change itu dilaporkan mempunyai nilai kekayaan berjumlah AS$15 juta atau bersamaan dengan RM63 juta.
Sumber: Sinar Plus
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah

















