Connect with us

SEMASA

Doktor Pelatih Hampir Bvnuh Diri Kerana Kemurung4n di Buli Senior

Published

on

doktor pelatih

Doktor Pelatih Hampir Bvnuh Diri Kerana Kemurung4n di Buli Senior

Kes buli tidak hanya berlaku pada pelajar-pelajar sekolah atau golong remaja sahaja. Malah golongan yang berpendidikan tinggi seperti doktor pelatih tidak terkecuali dari mendapat tkanan buli ini dari kelompok individu yang lebih senior lagi.

Baru-baru ini seorang bekas doktor pelatih, Muhammad Farhan Mohamed telah berkongsi cerita pengalaman hit4m yang dilaluinya sepanjang menjadi m4ngsa buli di tempat kerja.

doktor pelatih

Dua kali kemlangan dalam masa sebulan, dan cubaan beberapa kali untuk membvnuh diri sudah cukup menggambarkan jiwa Farhan yang kosong pada ketika itu.

“Setiap hari saya berfikir kenapa saya perlu hidup. Disebabkan tek4nan yang terlalu tinggi, saya berasa amat penat dan berfikir bagaimana nak menamatkan riw4yat saya. Saya hanya ingin mel4nggar sesuatu dan cepat m4ti sahaja.”

doktor pelatih

Punca beliau terlibat dalam kemlangan pada 2012 yang lalu, adalah kerana beliau mahu mel4nggar pembahagi jalan. Walaupun begitu, beliau tidak mengalami sebarang keceder4an p4rah sebaliknya hanya luka dan leb4m sahaja.

“Pernah ada ketika saya beli motor besar dan menunggang selaju yang mungkin. Saya dah tak berfikir, kalau m4ti, biarlah. Cuma saya tidak berfikir untuk membvnuh diri dengan terjun bangunan.

“Saya hanya terfikir nak bvnuh diri ketika sedang memandu. Apabila bekerja, keinginan untuk bvnuh diri itu tiada. Ramai cakap suruh membaca al-Quran dan sebagainya, namun apabila kita berada dalam situasi itu, kita tidak sedar kita dalam kemvrungan,” katanya.

Sudah jatuh lalu ditimpa tangga, bukan sahaja menjadi mangsa buli oleh doktor-doktor senior malah beliau turut didiagnos menghidap bipolar tahap dua.

Kesan daripada tek4nan dan kemvrungan juga, telah menyebabkan perkhidmatan beliau diberhentikan kerana g4gal untuk menamatkan latihan dalam tempoh yang telah ditetapkan pada tahun 2015.

doktor pelatih

Sebagai anak sulung dalam keluarga yang sepatutnya menjadi contoh kepada adik-beradik lain, Firdaus tidak mungkin mahu mengecew4kan kedua-dua orang tuanya dengan mudah.

Katanya, “walaupun cita-cita untuk menjadi seorang doktor telah lama terpahat di hati, tetapi Allah SWT sebenarnya sudah memberi petanda bahawa doktor bukanlah kerjaya yang terbaik untuk dirinya.”

Rasa kecew4 itu masih menebal sehingga ke hari ini. Penat lelah belajar perubatan masih jelas terasa kerana hanya perlu beberapa langkah lagi untuk berjaya menjadi seorang doktor. Namun takdir Allah lebih baik dari segalanya.

Dengan hanya modal sebanyak RM 300, kini Farhan sudah menjadi usahawan berjaya dalam perniagaan menjual aksesori telifon di Pahang. Dari idea melihat seorang lelaki menjual aksesori telifon tanpa mempunyai ilmu yang cukup, beliau bangkit untuk berniaga dengan bisnes yang sama di pasar malam.

Bermula meniaga kecil-kecilan di pasar malam, Firdaus sudah mampu membuka lima cawangan kedainya dan mengajikan kira-kira 20 kakitangan. Hidupnya lebih bahagia dan terisi selepas berumah tangga dan memiliki dua cahaya mata.

Kes buli dalam kalangan doktor pelatih bukanlah masalah baru yang sering menjadi tajuk utama di dada-dada akbar. Malah setiap tahun ada sahaja laporan yang diterima sama ada secara terang atau tidak.

Bagi individu yang dibuli atau pernah dibuli di tempat kerja, jangan sesekali pend4m perasaan tersebut. Hal ini kerana, perasaan dan emosi yang disimpan boleh mem4kan diri sendiri dengan meros4kkan ment4l dan fizikal tubuh seseorang.

Lebih baik laporkan sahaja kepada pihak yang bertanggungjawab atau berkuasa. Bunuh diri bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap enteng. Apabila seseorang itu sudah mengalami kemvrangan dan tek4nan yang srius, banyak tingkah lakunya diluar batas kesed4ran.

Bagi si pembuli pula, sedarlah suatu saat nanti perbuatan bvruk yang dilakukan itu akan terkena pada diri atau keluarga terdekat juga.

Farhan sempat meminta pihak berkuasa untuk lebih telus dan srius dalam menerima setiap aduan yang telah dilaporkan oleh doktor-doktor pelatih. Walaupun mereka ini hanyalah pelatih, tetapi mereka juga makhluk Tuhan yang mesti dilayan selayaknya sebagai seorang manusia.

Jika pihak berkuasa peka dan boleh memberikan b4ntuan awal kepada mereka, pasti lebih ramai ny4wa doktor boleh diselam4tkan.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending