Kisah
Lelaki Berusia 76 Tahun Yang Memegang Gelaran Ketua Keluarga Terbesar Di Dunia Mening’gal Dunia, Beliau Meninggalkan 38 Orang Isteri, 89 Anak Dan 36 Orang Cucu
Lelaki Berusia 76 Tahun Yang Memegang Gelaran Ketua Keluarga Terbesar Di Dunia Mening’gal Dunia, Beliau Meninggalkan 38 Orang Isteri, 89 Anak Dan 36 Orang Cucu
Seorang lelaki berusia 76 tahun yang dipercayai memegang gelaran ketua keluarga terbesar di dunia telah mening’gal dunia di Mizoram, India. Lelaki itu meninggalkan 38 orang isteri, 89 anak dan 36 orang cucu. Mendiang dikatakan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Ahad.
Ziona Chana, pemimpin mazhab agama yang mengamalkan poligami itu dipercayai menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Menurut BBC, keadaan lelaki itu semakin memburuk sebelum dikejarkan ke hospital pada petang Ahad lalu. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di sana.
Mendiang sebelum ini pernah dilaporkan mempunyai 39 isteri, 94 anak, 33 cucu dan seorang cicit oleh akhbar tempatan. Angka itu sekaligus menjadikan jumlah ahli keluarganya seramai 181 orang.
Bagaimanapun, laporan Ziona memiliki keluarga terbesar dunia oleh media tempatan tidak dapat disahkan secara jelas kerana masih ada individu lain yang mendakwa pemegang gelaran tersebut.
Pun begitu, keluarga itu tetap menjadi sensasi penduduk tempatan termasuk para pelancong yang datang melawati kampung mereka di timur laut India bagi melihat sendiri rumah agam keluarga berkenaan.
Keluarga besar itu dikatakan tinggal bersama di bangunan empat tingkat yang dipanggil “Chuuar Than Run” atau Rumah Generasi Baru yang memiliki 100 bilik.
Isteri-isterinya dikatakan berkongsi asrama berhampiran bilik peribadi Chana, tulis BBC memetik laporan media tempatan.
Lelaki itu dipercayai telah bertemu isteri pertamanya ketika dia berusia 17 tahun sementara wanita itu berusia tiga tahun lebih tua daripadanya.
Keluarga tersebut merupakan pengamal mazhab Kristian Chana Pawl yang mempunyai sekitar 2,000 pengikut. Mazhab yang membenarkan lelaki berpoligami itu telah diasaskan oleh datuk Ziona pada 1942.
Sumber: BBC
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah