Connect with us

AGAMA

Kunci Rahsia Anak Dengar Kata, Lepas Wuduk Sapu Lebihan Air Di Wajah Anak.

Avatar of majalahilmu

Published

on

klj

Kunci Rahsia Anak Dengar Kata, Lepas Wuduk Sapu Lebihan Air Di Wajah Anak.

Rohamiah Muda ibu kepada 7 orang anak berkongsi tip mendidik anaknya yang ramai. Inilah zikir dan doa malah amalan yang boleh ibu lakukan bila-bila waktu.

Lagi-lagi bila ada anak ramai, cabaran ibu semakin berganda. Itu orang fikir, pandangan ibu ini yang telah melalui nyata berbeza. Anak ramai semakin memudahkan kerjanya.

Haa.. macam mana ibu ini buat. Dengan amalan, doa dan zikir yang ibu ini catatkan.
Macam Mana Saya Handle Tujuh Anak..

Ada yang tanya saya macam mana saya handle anak tujuh orang. Ada yang anak baru dua pun dah kelam kabut. Rumah tak siap, nak buat sarapan tak sempat, terkejar-kejar dengan masa pula.

Saya hanya senyum mendengar komen daripada kawan dan sahabat tentang perkara ini.

Sebenarnya, ketika saya anak dua dahulu pun begitu juga. Saya kagum dengan ibu-ibu yang dikurniakan anak yang ramai.

Tetapi, apabila saya sendiri dikurniakan anak yang ramai, terasa mudah. Dan, hakikatnya ketika anak pertama hingga ketiga masih kecil terasa agak susah dan agak penat

Namun, apabila anak pertama, kedua dan ketiga semakin membesar, urusan saya sebagai ibu semakin mudah.

Kenapa?

Kerana anak pertama sudah boleh diharap untuk menolong kita apa yang patut.
Kemudian, anak kedua dan ketiga semakin besar, mereka dapat adik lagi. Urusan juga semakin senang.

Hinggalah sekarang, apabila semua anak semakin besar, mereka sudah pandai urus diri dan berdikari.

Saya sebagai ibu memberi tunjuk ajar dan arahan sahaja.

“Baju sekolah jangan lupa gosok!”
“Baju lipat sendiri!”
“Kemas ruang tamu!”

Ibu Perlu Jadi Teladan Yang Baik, Baru Anak Mudah Ikut Arahan

Alhamdulillah, jika kita sebagai ibu memberi contoh teladan yang baik, anak-anak mudah mengikut arahan yang diberi

Mudah, kan?

Jika kita fikir mudah, ia akan menjadi mudah. Jika kita fikir susah, ia akan menjadi susah.

Begitulah cara mendidik anak yang seterusnya.

Bahkan, anak ramai ni mereka sudah ada kawan bermain di rumah. Tidak perlu keluar rumah lagi untuk mencari kawan.

Seperkara lagi, ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai mesti ada satu sifat iaitu sabar, sabar dan terus sabar. Itulah yang Islam ajar.

Setiap hari, ibu-ibu berhadapan dengan karenah anak-anak yang sama seperti bermain, bergaduh, bergurau dan juga usik-mengusik. Sekejap ketawa, sekejap lagi menjerit.

Telinga yang mendengar pun rasa sakit. Lama-lama ibu juga bertempik.

Itulah rutin saya setiap hari. Saya angggap ia sebagai suara-suara yang sedang menyanyi. Kerana saya fikir, tanpa mereka, pasti rumah akan sunyi. Itulah dunia untuk mereka nikmati.

Semakin anak membesar, semakin mudah diurus.

Amalan, Doa Dan Zikir Agar Direzekikan Mudah Urus Anak

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip dalam pendidikan anak:

  • Selepas berwuduk, lapkan air basahan wudhuk pada wajah dan kepala anak-anak sambil membaca selawat.
  • Mengulang zikir ‘Ya Latif Ya Latif ketika membuat air dan memasak.
  • Memeluk dan mencium mereka ketika mereka bergaduh.
  • Ucapkan mama sayang ….(sebut nama anak)
  • Doakan anak-anak dan sebutkan nama setiap anak.
  • Sebelum mereka ke sekolah atau ke asrama, bacakan surah Ar-Rahman ayat 1-4 ke ubun anak-anak. Kemudian zikirkan “Ya Hafiz Ya Muhaimin”. Boleh juga letakkan tangan di kepala mereka sambil membaca ayat dan zikir di atas.
  • Setiap hari, sedekahkan al-fatihah untuk setiap anak.
  • Sentiasa berkata yang baik dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
  • Jika anak-anak bergaduh, sama ada di dalam rumah atau di dalam kereta, ibu boleh laungkan azan di hadapan anak. Kerana anak yang sedang bergaduh, sebenarnya sedang diganggu syaitan. Apabila azan, syaitan akan lari. Tapi, dengan syarat lafaz azannya mesti betul ya.
  • Ilmu ini saya dapat daripada seorang ustazah di sekolah anak saya. Ketika anak tidur, bacakan ayat Qursi dan surah Al-Insyirah serta tiupkan pada ubun-ubun anak.

Insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita dalam menjaga anak-anak. Sebagai ibu, kita bukan sahaja menjaga fizikal anak, bahkan rohani dan jiwa mereka perlu diberi keutamaan.

Sumber/Foto : Rohamiah Muda
, Kisah mama anak tujuh

Sekian.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.