Kisah
Kisah Seorang jutawan Mesir dan bernama Solah Atiyyah, ALLAH SEBAGAI “ SHARE HOLDER”

Kisah Seorang jutawan Mesir dan bernama Solah Atiyyah, ALLAH SEBAGAI “ SHARE HOLDER”
ALLAH SEBAGAI “ SHARE HOLDER”.
Seorang jutawan Mesir dan bernama Solah Atiyyah.
Pada permulaan ceritanya, ia terjadi di suatu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf, pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri Daqahliah di Mesir.
Kisahnya bagi saya amat menarik.
Ia bermula apabila ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan ternakan di Mesir.
Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengkam hidup mereka.
Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan membuat suatu pekerjaan.
Maka mereka memilih untuk menternak ayam yang sesuai dengan kemahiran yang mereka ada.
Tetapi, mereka mencari orang yang ke sepuluh untuk dijadikan rakan kongsi yang boleh mereka kongsikan.
Tunggu punya tunggu orang ke sepuluh masih belum ada.
Mereka bersembilan ini mula mengumpulkan modal setiap seorang sebanyak 200 pound Egypt.
Ada yang menjual gelang emas rantai isteri. 200 pound (RM50) atau junaih Mesir ini teramat amat sedikit sebenarnya.
Tetapi bagi mereka amat besar untuk pertama kalinya mereka memulakan perniagaan.
Tiba tiba.
Datang salah seorang dari sahabat yang 9 orang ini yang bernama Ir. Solah Atiyyah.
Solah Atiyyah ini berasal dari keluarga Faqir Miskin yg hidup dlm keadaan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Diceritakan semasa kecilnya dia tidak pernah memakai baju baru. Bapanya hanya mampu membelikan baju “bundle” utk keluarganya.
Beliau berkata, aku sudah temukan orang yang ke sepuluh yang bakal join syarikat kita. Maka sahabat-sahabatnya bertanya, siapa dia ?
Maka Solah Atiyyah pun berkata;
” Dia adalah ALLAH..!!”
Allah akan jadi yang ke sepuluh yang akan campuri urusan perniagaan kita.”
“Jika ada keuntungan, 10 % peratus kita beri pada Allah SWT dan kita sepakat untuk biarkan Allah uruskan syarikat kita.”
“Menjaga, melindungi, dan berikan keamanan daripada dugaan dan keuntungan.”
Maka semua bersetuju dengan janji ini dan surat perjanjian pun ditanda tangani.
Dengan menjadikan Allah yang sebagai “ Share Holder” kesepuluh dalam syarikat ini dan 10 peratus dari keuntungan ini adalah hak milik Allah.
Sebagai ganti, Allah menjaga segala apa apa yang berkaitan dengan keamanan keuntungan syarikat, maka selesai ditanda tangani di bulan itu.
Maka bermulalah misi perniagaan mereka.
Mereka mulakan dengan ladang ternakan Ayam secara kecilan2. Pusingan modal yang pertama itu menghasilkan keuntungan yang sangat besar dengan izin Allah.
Masuk pusingan modal yang kedua, semua bersepakat untuk menaikkan peruntukkan hasil keuntungan sebanyak 20 peratus untuk Allah.
Sehinggalah semakin hari semakin bertambah keuntungan.
Suatu hari mereka menaikkan peruntukkan untuk Allah sebanyak 50 peratus dari hasil keuntungan.
Di sini ada persoalan, bagaimana caranya mereka menggunakan keuntungan yang di beri kepada yang kesepuluh itu iaitu Allah?
Dengan cara.
- Mereka membina sekolah agama untuk peringkat tadika iaitu taska untuk kanak-kanak lelaki.
- Kemudian mereka membina sekolah agama tadika untuk kanak-kanak perempuan.
- Kemudian mereka membina maahad Al Azhar untuk peringkat rendah bagi lelaki.
- Kemudian mereka membina sekolah maahad Al Azhar rendah bagi perempuan.
- Kemudian mereka membina maahad Al Azhar peringkat menengah untuk lelaki dan juga perempuan.
Kemudian, disebabkan keuntungan yang berlipat kali ganda.
- Mereka pun mula membangunkan Baitul Mal untuk membantu orang-orang susah.
- Kemudian mereka mula memikirkan untuk membina sebuah cawangan Universiti Al Azhar di dalam kampung itu.
Pada mulanya mereka mula membuka peluang kerja bagi yang memerlukan.
Tetapi ramai yang menolak kerana kampung itu tidak ada pengangkutan yang mudah dan tiada stesen keretapi untuk menghubungkan mana mana tempat dengan mudah serta kebiasaannya kuliah Universiti mestilah di bandar besar bukan di kampung.
Disebabkan tiada orang yang mahu berkerja di universiti yang di bangunkan.
Mereka pun berfikir untuk membina sebuah station keretapi yang memudahkan orang untuk datang ke kampung itu.
Dan mereka pun membuka peluang kerja ini kepada sesiapa yang mahu.
Dan untuk pertama kalinya, dalam sejarah Mesir terbinanya sebuah cawangan Universiti Al Azhar di dalam satu kampung yang kecil.
Dan Universiti daripada satu bertambah besar jadi dua, tiga dan empat.
Kemudian mereka membina Asrama untuk pelajar yang memuatkan seramai 600 orang pelajar dan mereka membina asrama pelajar yang memuatkan seramai 1000 orang pelajar.
Mereka berjaya pula membuat stesen keretapi. Sehinggakan para pelajar boleh mendapatkan tiket percuma untuk mereka pulang ke kampung.
Mereka berjaya membina Baitulmal sehingga tiada seorang pun yang fakir di kampung itu.
Kemudian mereka cuba untuk buat perkara yang sama di kampung-kampung berhampiran.
Sepanjang kerja ini berjalan, sekali pun Syeikh Ir Solah Atiyyah tidak menziarahi kampung ini melainkan ia hanya ziarah di Baitulmal yang di cipta oleh mereka.
Syekh Solah berkerja di situ.
Maka mereka dapat membantu orang fakir, janda janda dan orang-orang yang tiada pekerjaan, diberi peluang kerja.
Kemudian.
Mereka dapat mengagih-agihkankan makanan berupakan sayur sayuran, bijirin-bijirin hasil dari keuntungan.
Di beri kepada masyarakat yang memerlukan atau yang tidak memerlukan.
Pada bulan ramadan, mereka membuat iftar majlis berbuka puasa secara beramai ramai di bawah khemah besar yang diberi kepada sesiapa sahaja yang datang.
Kemudian mereka berjaya mengahwinkan perempuan-perempuan anak anak yatim.
Dan ini adalah sedikit sebanyak kebaikan yang di lakukan oleh mereka bersembilan antaranya adalah Syekh Solah Atiah.
Penghujungnya semua bersepakat yang syarikat mereka adalah milik Allah.
Yang mana Ir. Solah Atiyyah ini telah menukar daripada asalnya Allah adalah rakan kongsi yang kesepuluh.
Akhirnya,beliau telah meletakkan jawatan sebagai salah seorang pemegang Saham , dan bekerja sebagai pekerja biasa yg mendapat gaji bulanan seperti pekerja yang lain.
Saham yg beliau miliki selama ini telah diserahkan 100% pada Allah.
Akhirnya mereka menyerahkan sepenuhnya jiwa mereka untuk berkhidmat pada Allah membantu ummat tetapi mereka meletakkan syarat pada Allah, supaya Allah tidak memberikan mereka kefakiran.
Kisah-kisah ini tidak diceritakan dalam media-media tempatan.
Beliau mening gal du nnia pada hari Isnin 12hb January 2016 ketika berumur 70 tahun.
Beliau dan rakannya2 telah menginfaqkan puluhan Juta pound Mesir untuk masyarakat setempat.
Dan inilah gambar jen azah Ir. Solah Atiyyah yang telah pun kembali ke rah matullah.
Bilangan yg hadir utk solat Jen azah beliau hampir setengah juta manusia.
KERJA KUAT SAHABATKU DEMI AGAMAMU DAN AKHIRATMU
Majalahilmu: sokong dan beli la produk keluaran muslim, kerana mereka muslim kaya akan membantu perjuangan agama islam kita insyallah.
Kredit : muhammad marwan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Kisah
“Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur” – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dalam kesibukan dunia hari ini, kisah seorang ibu muda dari Melaka ini menjadi bukti bahawa kasih seorang ibu dan semangat mencari rezeki demi keluarga tiada tandingan.
Baru berusia 23 tahun, Noryani Syakira Yaakob tidak pernah menjadikan kemiskinan alasan untuk berputus asa. Setiap hari, beliau menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak kecilnya yang berusia antara 10 bulan hingga lima tahun, demi mencari rezeki sebagai penghantar makanan.
“Saya tak ada pilihan, tiada siapa nak jaga anak-anak”
Kata Noryani, dia tiada pilihan lain kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak-anaknya sementara suami bekerja di bengkel dengan gaji sekitar RM1,200 sebulan.
“Kadang-kadang kasihan tengok mereka, berpanas atas motor. Tapi kalau saya tak kerja, macam mana nak cukup belanja?
Sekurang-kurangnya bila saya hantar makanan, dapatlah RM20 atau RM30 sehari untuk beli susu dan lampin,” katanya.
Beliau yang menetap di Bukit Lintang, Melaka, kini sudah dua bulan bekerja sebagai penghantar makanan (p-hailing). Biasanya, beliau bekerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pulang untuk menguruskan anak-anak.
Dapat RM5 pun rezeki besar
Noryani turut menceritakan detik di mana gambarnya bersama anak-anak tular di media sosial — sebenarnya dirakam dua minggu lalu, ketika dia menghantar pesanan nasi goreng dari Bukit Katil ke Hospital Melaka.
“Upahnya cuma RM5, tapi saya tetap bersyukur. Dapat beli sedikit barang dapur pun dah cukup.”
Anak sulungnya, Muhammad Rayyan Iskandar (5 tahun) dan Rayyan Rayfal (2 tahun) duduk di bahagian belakang motosikal, manakala si bongsu, Rayyan Maleeq (10 bulan) dikendong di bahagian depan.
“Saya lebih tenang kerja sendiri”
Sebelum ini, Noryani pernah bekerja di kedai ayam gunting, namun terpaksa berhenti kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak di rumah.
“Kalau hujan saya tak keluar, risau keselamatan mereka. Tapi bila cuaca baik, saya gagahkan diri.
Sekurang-kurangnya mereka depan mata, saya pun lebih tenang,” katanya.
Warganet sebak, ramai mahu bantu
Tindakan berani Noryani menarik perhatian ramai di media sosial. Netizen memuji ketabahannya sebagai ibu muda dan menyeru agar pihak berwajib turun padang memberikan bantuan sewajarnya.
Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN 0299541000567835 (Noryani Syakira Yaakob).
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA6 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA6 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah







