Connect with us

Kisah

Andai kalau semua orang di Malaysia Malam semalam Allah bagi RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank. Apa Terjadi?

Avatar of majalahilmu

Published

on

Andai kalau semua orang di Malaysia Pagi ini semalam Allah bagi RM 10000000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank. Apa Terjadi

Andai kalau semua orang di Malaysia Malam semalam Allah bagi RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank. Apa Terjadi?

Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank.

Bangun pagi nanti, kita cek akaun melalui Maybank2u , punyalah terkejut sebab ada RM10 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi melancong dan Umrah.

74605580 2985718091444663 3650789873104715776 o

Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.

Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan Lambo Avantador. Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke sana.. Kita pun call tuan kereta sewa untuk sewa kereta.

“Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan.”

Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan.

Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan.

Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin Atm juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.

Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangla juga sudah jadi jutawan.

Kita melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 Eleven. Buat kali pertama kedai 7 Eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan.

Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan.

Jadi, bagaimana dengan kita?

Majalahilmu : Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu seadil2 dan sempurna.

Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki, jawatan besar, kedudukan yang tinggi, pengaruh yang besar, pangkat, kejayaan, kemewahan, kemasyhuran yang lebih, jangan sesekali sombong, berlagak dan memandang hina kepada orang yang serba kekurangan Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.

Sumber asal : بورهانيزام اوڠ ڠه

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.