Connect with us

Pendidikan

Kisah Penuh Inspirasi, Puan Nurul Huda Mengenai Caranya Mendidik Anak Mengikut Panduan Islam, Apa Yang Membanggakan, Sebelum Usia 5 Tahun, Anak Perempuannya Dah Pun Berjaya Khatam Al-Quran Sebanyak 4 Kali

Published

on

DFHBRG

Kisah Penuh Inspirasi, Puan Nurul Huda Mengenai Caranya Mendidik Anak Mengikut Panduan Islam, Apa Yang Membanggakan, Sebelum Usia 5 Tahun, Anak Perempuannya Dah Pun Berjaya Khatam Al-Quran Sebanyak 4 Kali

Kita sebagai ibu bapa sudah pastinya mengharapkan dikurniakan anak-anak yang baik, soleh dan solehah. Apa yang kita tunjuk dan lakukan untuk anak-anak, semua itu akan menjadi pegangan buat mereka hingga besar.

Kisah penuh inspirasi seorang ibu ini, Puan Nurul Huda mengenai caranya mendidik anak mengikut panduan Islam sangat hebat. Apa yang membanggakan, sebelum usia 5 tahun, anak perempuannya dah pun berjaya khatam al-Quran sebanyak 4 kali. Tanpa p4ksaan tetapi semua itu dilakukan dengan cara yang menyeronokkan.

5652

Mengenal al-Quran seawal usia 3 tahun

Atas permintaan ramai Mommy nak share sedikit pengalaman Nur Madeena dapat mengenal Al-Quran seawal 3 tahun dan dapat khatam sebelum umur 4 tahun. Semua ni dengan izin Allah jua.

Tiada lain yang mampu melainkan Dia. Alhamdulillah.. Tapi apa-apa pun bermula dari kita sebagai mak ayah. Kita nak anak mengaji jadi kita pun kena mengaji. Kita hadkan masa kita dengan hp, tapi kita banyakkan masa kita dengan al-Quran. InsyaAllah anak pun akan ikut kita.

Itu pengalaman Mommy, Mommy kurangkan pegang hp. Lepas tu kenal dia Allah, sayang Allah, ajarkan dia menutup aurat seawal mungkin, ajar dia bab malu, ajarkan dia s0lat. Nak ajar s0lat jangan kita ajarkan tapi ajak dia s0lat sama.

5651

Mula soIat seawal usia setahun setengah

Nur Madeena s0lat seawal setahun setengah. Ikut dia la s0lat macam mana pun. Tapi lepas dah pandai ngaji, ajar dia bacaan dalam s0lat. Biar mak ayah orang pertama ajarkan anak-anak s0lat sebab dia s0lat insyaAllah kita pun akan dapat ganjaran.

Jadi kalau dia s0lat sampai akhir hayatnya, insyaAllah ganjarannya sampai ke akhir hayatnya juga. Rugi kita sebagai mak ayah kalau s0lat tiang agama kita harap guru yang ajarkan. Alhamdulillah sekarang Nur Madeena dah tak tinggal s0lat.. Subuh pun dia bangun.. Cuma perlu diperbetulkan lagi s0lat dia.. Apa-apa pun mak ayah perlu mulakan..

PERDENGARKAN AL-QURAN SEJAK AWAL KANDUNGAN

5650

1- Hampir semua sahabat-sahabat Mommy tahu Mommy lambat dapat Nur Madeena kan.. 5 tahun penantian baru dapat dia.. Berkat doa di Tanah Suci, sebulan balik dari Tanah Suci Allah hadirkan Nur Madeena dalam rahim Mommy..

Sebab tu namanya di beri sempena namanya MADINAH.. Mudahan dengan namanya Nur Madeena dijauhi dari fitnah Dajjak seperti mana haramnya Dajjal memasuki kota Madinah..

2- Seawal usianya dalam kandungan, Nur Madeena tak pernah sekali pun terlepas dari mendengar ayat-ayat suci Al-Quran.. Sebab setiap hari Mommy ajar mengaji jadi memang dari awal kandungan setiap hari Nur Madeena akan dengan orang mengaji..

Mommy pun akan mengaji setiap hari untuk dia.. Selama hampir 9bulan10hari Nur Madeena dalam kandungan, Mommy akan bangun tahajjud dan mengaji dengan Nur Madeena(janin dalam rahim)..

SEAWAL UMUR SEBULAN DIA SELALU PEGANG DAN BELEK AL-QURAN

5649

1- Lepas Nur Madeena lahir dan lepas Mommy habis pantang, pada usia sebulan Mommy biasakan dia dengan naskah Al-Quran.. Letakkan dia dengan Al-Quran.. Lepas habis pantang, Mommy pun start mengajar balik.. Jadi Nur Madeena duduk di tepi Mommy ja teman Mommy ngajar.. Letak Al-Quran kat dia satu..

2- Bila dia mula meniarap, bagi dia pegang Al-Quran, selak-selak Al-Quran tu.. Selalunya mak-mak mesti tak bagi pegang kan sebab t4kut dikoyakkan.. Takpa, biarkan je.. Biar dia biasa dengan tulisan Al-Quran..

3- Bila dia dah boleh duduk, Mommy letak satu meja dan Al-Quran atau buku Iqra kat dia.. Duduk sama-sama budak-budak ngaji.. Biarkan ja dia.. Kalau koyak jangan di marah tapi cakap, jaga baik-baik nah.. InsyaAllah Allah akan bagi kefahaman kat dia.

BIAR DIA DUDUK DENGAN BUDAK2 MENGAJI LAIN DAN MENGAJI IKUT CARA DIA

5648

1- Bila dah pandai bejalan, dah reti sikit berkawan Mommy biar dia mengaji dengan kawan-kawan ngaji.. Ikut cara suka dia ja dia bunyi. Dia ikut orang bunyi dia pun bunyi sambil tunjuk-tunjuk huruf kat buku Iqra.

2- Sambil-sambil tu Mommy ajar dia jugak tapi jangan p4ksa.. Ikut je dia.. Masa tu baru setahun lebih

MULA FOKUS AJAR IQRA PADA US1A 2 TAHUN 5 BULAN

5647 1

1- Bila dia dah biasa dengan suasana mengaji Mommy pun mula lah ajar dia iqra 1.. wahh sangat mencabar tau.. Bukan senang.. Yang penting jangan p4ksa.. Ikut mood dia, biar dia seronok mengaji, bukan terp4ksa mengaji..

2- Masa tu dia masih menyusu badan, jadi setiap kali nak menyusu Mommy akan cakap mengaji dulu baru susu.. Jadi kalau 5x menyusu, 5x la mengaji.. (masa ni bulan 5 2018)

3- Alhamdulillah lepas hampir 2 bulan dia dah habis iqra 1.. Tapi bukan senang tau.. Banyak dramanya.. Ya, Nur Madeena tak pelat jadi situ satu kelebihan untuk Mommy gunakan..

Kalau ada anak-anak pelat, jangan risau sebab insyaAllah ajar ngaji lama-lama dia takkan pelat.. Itu pengalaman Mommy ajar budak-budak ngaji..

4- Alhamdulillah sampai bulan 11 2018 Nur Madeena dah masuk iqra 3.. Ambik masa lama kan.. Sebab macam-maca, drama nak kena layan. Tapi kita layan je dia.

Tapi masa bulan 12 2018, budak-budak ngaji ramai cuti.. Jadi Nur Madeena pun ada jugak la skip mengaji.. Masuk bulan 1 2019 Nur Madeena dah banyak lupa. Allah.. Jadi Mommy kena ambik satu tindakan drastik..

5647

Kena ada target.. Bulan 1 2019 Mommy ulang balik iqra 2.. Lepas tu disiplinkan dia kena ngaji paling kurang 3x sehari.. Selalunya 4x sehari.. Pagi, lepas zohor, lepas asar dan lepas maghrib.. Setiap satu sesi 10minit je.. Jangan lama.. Ini cara Mommy.. sebab budak-budak boleh serap apa diajar lebih kurang 5-10minit saja.. Lebih dari itu ke laut. Kalau ada yang mampu sampai 15 minit itu bonus.

5- Yang penting disiplin dan reward. Contoh reward bagi satu hari cuti ngaji.. Nur Madeena dapat cuti pun kadang-kadang tanya lagi, hari ni nak ngaji pukul berapa?

Alhamdulillah dari bulan 1 sampai bulan 4 dia berjaya habiskan sampai iqra 4.. Ingat, anak-anak kena puji, kena belai.. Masa Nur Madeena ngaji Mommy banyakkan belai kepala dia tangan dia.. Anak kita kan, jadi belai je.. Sambil-sambil tu selawat.

6- Bulan 4 2019 Mommy sekeluarga dapat jemputan ke Tanah Suci. Ini pun berkat doa Nur Madeena sebab dia nak sangat mengaji depan Kaabah. Hari-hari doa.. Jadi Tok dia pun nak tunaikan impian dia, Tok dia dengar doa Nur Madeena..

Dapatlah Nur Madeena ngaji depan Kaabah.. Masa tu dia ngaji iqra 4 lagi.. Di sana dia banyak doa nak cepat baca Al-Quran nak cepat khatam..

7- Lepas balik sini, pertengahan bulan 5 masa tu bulan Ramadhan Alhamdulillah Nur Madeena dah masuk Al-Quran.. Semangat dia nak baca..

DISIPLlNKAN LAGI DIA DENGAN AL-QURAN

1- Sejak dia masuk Al-Quran Mommy suruh dia mengaji 1 hari 5 kali (wajib).. Kalau balik kampung atau bercuti bawak Al-Quran jugak dan mengaji sekurang-kurangnya 2x sehari.. Sekali mengaji 3muka surat..

2- Jangan p4ksa tapi cerita kenapa kena mengaji.. Mommy selalu ceritakan, dalam kvbur nanti Al-Quran akan teman kita, akan jadi lampu kita sebab dalam kubvr gelap.. Tanya dia sayang Allah dak, kalau sayang ngaji banyak-banyak sebab Allah nak bagi hadiah..

Dalam kubvr banyak uI4t, uI4r, c4cing.. Kalau tak ngaji nanti semua g1git-g1git dan makan badan kita.. Jadi bila cerita macam tu dia akan suka mengaji dan nak ngaji banyak.. Sampai kadang-kadang Mommy bagi cuti, dia akan tanya kenapa tak ngaji hari ni..

3- Dia mula hafal lepas masuk juzuk 2.. Masa tu bacaan dah lancar.. Mula hafal surah An-Nas.. Mommy rasa sus4h jugak nak suruh dia hafal sebab baru 3 tahun..

Nak suruh baca ulang-ulang bukan dia nak.. Jadi Mommy ajar dia baca sekali lalu surah tu.. Lepas 3,4 hari dia dah boleh hafal.. (bab hafazan kalau ada nak tahu kita share lain sebab panjang jugak)

4- Alhamdulillah pada umur 3tahun 10bulan pada bulan 10 2019 Nur Madeena dah selesai khatam untuk pertama kali. Allah, macam tak pecaya.. Dalam masa 5 bulan dia dah khatam.. Tok dan wan happy sangat depa pun buat kenduri besaran..

6- Alhamdulillah bulan 3 2020 Nur Madeena selesai khatam kali kedua pulak.. Dan dah hafal hampir satu juzuk dalam juzuk ke 30..

7- Jadual mengaji Nur Madeena, lepas s0lat subuh baca surah Al-Kahfi 1-10 & 100-110, lepas s0lat dhuha baca surah Al-Mulk, lepas s0lat zohor mengaji tempat dia mengaji, lepas s0lat asar mengaji tempat ngaji, lepas s0lat maghrib ngaji lagi.. Itulah rutin Nur Madeena.

AMALAN MOMMY UNTUK NUR MADEENA

1- Buat air penerang hati- Mommy buat air penerang hati untuk Nur Madeena setiap hari.. Setiap hari dia kena habiskan air tu (1botol mineral kecil)

2- Bacakan alfatihah, ayat qursi, surah taha 1-5, selawat tafrihiyyah (niatkan apa yang kita nak untuk dia) dan tiup pada ubun-ubun dia setiap kali dia tidur..

3- Banyakkan belai dan selawat pada ubun-ubun

4- Baca doa Nabi Muhammad kepada Ibnu Abbas r.a اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ (Allahumma faqqihhu/ha fiddin wa a’llimhu/ha ttakwil -hu bagi lelaki, ha bagi perempuan) Jangan pernah tinggal doa ni. Baca sebelum dia mula mengaji dan tiup pada ubun-ubun.

5- Bila suapkan makan pada anak doakan untuk dia sambil suap.. Selawat banyak-banyak

6- Selawat Tafrijiyyah jangan tinggal, amalkan setiap hari.. Setiap kali selawat niatkan apa yang kita hajatkan.. InsyaAllah Allah buka jalan untuk kita..

7- Jaga pemakanan anak-anak kita..

8- Selalu doakan dia jadi anak solehah luar biasa.. Dan selalu panggil dia “anak solehah luar biasa sayang mommy”

KAEDAH AIR PENERANG HATI

  • Selawat tafrijiyyah 3x
  • Baca Al-Fatihah 1x
  • Baca Ar-Rahman 1-6, Al-Qiyamah 16-19, Al-Buruj 21-22
  • Doa Rasulullah pada Ibnu Abbas
  • Niatkan hajat untuk anak dan tiupkan
  • Doa seorang ibu lebih hebat dari doa seorang wali.. Jadi ibu-ibu, mak-mak semua jom doa untuk anak-anak.. Ini saja pengalaman Mommy dengan Nur Madeena. InsyaAllah bila anak-anak boleh mengaji, anak-anak jugak cepat belajar yang lain. Percaya kalimah Allah itu keajaiban Allah untuk kita.

pengalaman Mommy ni hanya biasa-biasa saja. Kita doa, kita dapat, kita amal kita rasa.. Anak-anak kita, kita yang corakkan.

Kredit: Nurul Ismail

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

“Kami Sayang Cikgu Ishak…” — 10 Tahun Menabur Bakti, Akhirnya Tiba Masa Berpisah. Jasa Seorang Guru Tidak Akan Pernah Dilupakan

Published

on

“Kami Sayang Cikgu Ishak…” — 10 Tahun Menabur Bakti, Akhirnya Tiba Masa Berpisah. Jasa Seorang Guru Tidak Akan Pernah Dilupakan

“Kami Sayang Cikgu Ishak…” — 10 Tahun Menabur Bakti, Akhirnya Tiba Masa Berpisah. Jasa Seorang Guru Tidak Akan Pernah Dilupakan

Ada perpisahan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Bukan kerana tiada lagi kasih sayang, tetapi kerana terlalu banyak kenangan yang terpaksa ditinggalkan.

Itulah perasaan yang menyelubungi warga Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 (SKTM2) apabila seorang guru yang begitu dekat di hati murid-muridnya, Cikgu Ishak, bakal menamatkan perkhidmatan selepas lebih 10 tahun menabur bakti di sekolah berkenaan.

Tarikh 22 Oktober 2026 menjadi hari yang cukup bermakna buat insan yang telah banyak mencurahkan tenaga, masa dan kasih sayang demi anak-anak muridnya.

Namun, bagi murid-murid yang setiap pagi menantikan kehadirannya, hari persaraan itu bukan sekadar menandakan berakhirnya sebuah tugas. Sebaliknya, ia membawa satu kehilangan yang mungkin sukar untuk mereka ungkapkan dengan kata-kata.

Setiap pagi menanti, setiap hari menyambut dengan senyuman

Kisah menyentuh hati ini dikongsikan oleh seorang pengguna Threads menerusi akaun nayla_putri_official yang menceritakan keistimewaan Cikgu Ishak, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) di sekolah mereka.

Menurut perkongsian itu, Cikgu Ishak mempunyai satu kebiasaan yang cukup sederhana, tetapi meninggalkan kesan mendalam dalam hati murid-murid.

Setiap pagi, beliau akan menunggu di hadapan pintu sekolah untuk menyambut kedatangan mereka.

Bukan sekadar berdiri dan melihat murid-murid masuk, tetapi menyambut mereka dengan senyuman serta lambaian mesra.

Lebih menyentuh hati, ketika hujan turun sekalipun, beliau sanggup memayungkan murid-murid yang datang ke sekolah.

Bayangkan, ketika kebanyakan orang mungkin mahu segera berlindung daripada hujan, ada seorang guru yang memilih untuk memastikan anak-anak muridnya tiba dengan selamat.

Mungkin bagi Cikgu Ishak, perbuatan itu hanyalah sebahagian daripada tanggungjawab hariannya.

Namun, bagi murid-murid, itulah kenangan yang akan terus melekat dalam ingatan mereka.

Ada kalanya, kasih sayang tidak memerlukan hadiah yang mahal. Cukuplah dengan kehadiran seseorang yang membuatkan kita berasa dihargai, disambut dan disayangi.

860831271 18058830023645119 805520706557181320 n

Apabila orang yang selalu menyambut kita akhirnya tiada lagi di pintu sekolah

Dalam perkongsiannya, Nayla meluahkan rasa sedih kerana hari terakhir Cikgu Ishak berkhidmat di sekolah itu akhirnya tiba.

Selama ini, murid-murid sudah terbiasa melihat wajah yang sama setiap pagi.

Mereka mungkin tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti, pintu sekolah itu akan dibuka tanpa kelibat insan yang selama ini menyambut mereka dengan senyuman.

Tiada lagi lambaian yang biasa dilihat.

Tiada lagi insan yang sanggup berdiri menunggu ketika hujan.

Dan mungkin, pada pagi-pagi selepas ini, ada murid yang secara spontan akan mencari wajah Cikgu Ishak sebelum menyedari bahawa beliau sudah bersara.

Perasaan kehilangan seperti ini sukar difahami jika kita hanya melihat hubungan guru dan murid sebagai urusan mengajar serta belajar.

Hakikatnya, ada guru yang bukan sahaja mendidik, malah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan murid-muridnya.

Kehadirannya memberikan rasa selamat. Senyumannya menceriakan pagi. Perhatiannya membuatkan anak-anak berasa bahawa ada orang dewasa yang mengambil berat tentang mereka.

Apabila hubungan seperti itu terjalin selama bertahun-tahun, perpisahan pasti meninggalkan kesan yang mendalam.

Potret bersama murid menjadi kenangan yang cukup berharga

Dalam gambar yang turut dikongsikan, Cikgu Ishak dilihat bergambar bersama sekumpulan murid yang mengenakan pelbagai pakaian menarik.

Beliau berdiri di belakang mereka sambil mengangkat kedua-dua ibu jari, mempamerkan senyuman yang menggambarkan suasana mesra bersama anak-anak sekolah.

Gambar itu mungkin kelihatan seperti foto kenangan biasa.

Tetapi apabila dilihat semula pada masa hadapan, nilainya mungkin jauh lebih besar daripada yang disangka.

Bagi murid-murid berkenaan, gambar itu akan menjadi salah satu bukti bahawa mereka pernah mempunyai seorang guru yang begitu mengambil berat tentang mereka.

Mereka mungkin akan membesar, berpindah sekolah dan akhirnya melangkah ke alam dewasa.

Namun, kenangan tentang seorang guru yang menyambut mereka setiap pagi mungkin tetap tersimpan dalam hati.

Barangkali, bertahun-tahun dari sekarang, apabila mereka kembali melihat gambar tersebut, senyuman akan terukir di wajah sebelum mata mula berkaca.

Mereka akan teringat bahawa suatu ketika dahulu, ada seorang insan yang sanggup berdiri di pintu sekolah semata-mata untuk menyambut kedatangan mereka.

854187320 18058830041645119 4625012493503734890 n

Lebih 10 tahun berkhidmat, tetapi kasih sayang tidak berakhir di sini

Berdasarkan tarikh yang tertera pada poster penghargaan, Cikgu Ishak mula berkhidmat di SKTM2 pada 1 Jun 2016 dan menamatkan perkhidmatannya pada 22 Oktober 2026.

Lebih sedekad bukanlah tempoh yang singkat.

Dalam tempoh itu, pastinya banyak pengalaman dilalui, pelbagai cabaran ditempuhi dan ramai murid yang pernah menerima perhatian serta bimbingannya.

Ada murid yang mungkin sudah meninggalkan sekolah. Ada yang kini berada di sekolah menengah. Ada juga yang masih kecil dan baru mula memahami erti kasih sayang seorang guru.

Walaupun mereka berada pada peringkat kehidupan yang berbeza, satu perkara yang menyatukan mereka ialah kenangan terhadap insan yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan persekolahan mereka.

Dalam poster sanjungan yang dikongsikan, turut tertera ungkapan penghargaan yang menggambarkan betapa mendalamnya ikatan emosi terhadap sekolah tersebut.

“Jiwamu bersatu dengan jiwaku, rohaniku dan jasadku. Kau sentiasa dalam ingatanku.”

Ungkapan itu seolah-olah membawa maksud bahawa sesebuah sekolah bukan sekadar tempat untuk bekerja atau menuntut ilmu.

Bagi insan yang benar-benar mencintai tugasnya, sekolah boleh menjadi rumah kedua, manakala murid-murid pula menjadi sebahagian daripada keluarga yang membesar bersama masa.

Persaraan mungkin menamatkan rutin harian seseorang guru, tetapi tidak semestinya memadamkan hubungan yang telah dibina selama bertahun-tahun.

Guru mungkin lupa perkara kecil yang dilakukannya, tetapi murid akan terus mengingatinya

Ada satu perkara yang cukup menyentuh hati daripada kisah Cikgu Ishak.

Beliau mungkin tidak menyedari betapa besarnya makna setiap senyuman, lambaian dan payung yang dihulurkan ketika hujan.

Mungkin baginya, semua itu hanyalah perkara kecil yang dilakukan setiap hari.

Namun, itulah hakikat kasih sayang yang paling tulus. Kadangkala, orang yang memberi tidak menyedari betapa besar kesan perbuatannya kepada orang lain.

Seorang murid mungkin tidak mengingati semua perkara yang dipelajarinya di dalam kelas.

Tetapi dia mungkin akan mengingati guru yang selalu menyapanya ketika tiba di sekolah.

Dia mungkin lupa tarikh sesuatu peperiksaan, tetapi masih mengingati wajah insan yang membuatkannya berasa gembira untuk datang belajar.

Dan apabila dewasa nanti, kenangan itu mungkin menjadi sebab dia kembali mencari guru lamanya, sekadar untuk mengucapkan terima kasih.

Kerana pendidikan bukan hanya tentang buku, peperiksaan dan keputusan.

Pendidikan juga tentang bagaimana seorang manusia membuat manusia lain berasa dihargai.

Selamat bersara, Cikgu Ishak

Kisah yang dikongsikan Nayla ini mengingatkan kita bahawa di sebalik setiap sekolah, terdapat insan-insan yang bekerja dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan penghargaan besar.

Ada guru yang mengajar di dalam kelas. Ada yang memastikan kebajikan murid terjaga. Ada juga yang memilih untuk berdiri di pintu pagar setiap pagi, menyambut seorang demi seorang anak yang datang menuntut ilmu.

Mungkin perbuatan itu tidak pernah menjadi tajuk utama berita.

Namun, bagi murid-murid yang pernah merasai kebaikannya, itulah antara kenangan paling indah sepanjang zaman persekolahan mereka.

Selamat bersara, Cikgu Ishak.

Terima kasih kerana bukan sekadar menjalankan amanah, tetapi turut menghadiahkan rasa selamat, senyuman dan kasih sayang kepada anak-anak murid.

Selepas ini, mungkin tiada lagi rutin menyambut mereka di pintu sekolah seperti dahulu.

Namun, nama dan jasa cikgu akan terus hidup dalam ingatan mereka yang pernah merasai kebaikan itu.

Kerana seorang guru yang baik mungkin meninggalkan sekolah apabila tiba masa persaraan, tetapi kasih sayang yang ditanamnya akan terus tumbuh dalam hati murid-muridnya.

Dan mungkin, suatu hari nanti, apabila anak-anak itu sudah dewasa, mereka akan kembali bercerita kepada keluarga masing-masing:

“Dulu, masa saya sekolah, ada seorang cikgu yang setiap pagi tunggu kami di pintu pagar. Kalau hujan, dia payungkan kami.”

Pada saat itu, Cikgu Ishak akan tahu bahawa segala kebaikan kecil yang dilakukannya dahulu tidak pernah sia-sia.

Selamat bersara, Cikgu Ishak. Terima kasih atas segala jasa dan kasih sayang. Semoga cikgu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan bersama keluarga. ❤️

 

Video :

Continue Reading

Pendidikan

“Guru Fokus Mengajar, Warden Jaga Sahsiah” MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa Mulai Tahun Depan

Published

on

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

“Guru Fokus Mengajar, Warden Jaga Sahsiah” MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa Mulai Tahun Depan

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal melalui satu perubahan besar yang dilihat mampu memberi manfaat kepada guru dan pelajar apabila semua 58 buah MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa.

Apa yang menarik perhatian, warden-warden ini bukan lagi terdiri daripada guru, sebaliknya akan dipilih daripada bekas anggota beruniform yang melalui tapisan ketat serta latihan khas.

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah itu diambil bagi membolehkan guru memberi fokus sepenuhnya kepada tugas mengajar, mendidik dan membentuk kemenjadian pelajar.

“Bermula tahun depan semua 58 buah MRSM akan ada warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota beruniform dengan pemilihan yang ketat dan wajib melalui latihan untuk faham Falsafah Pendidikan MARA.

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

Menurut beliau, warden yang dipilih bukan sekadar menjaga disiplin atau rutin harian di asrama, tetapi memainkan peranan besar sebagai pendidik watak dan ibu bapa kedua kepada pelajar.

Mereka akan bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar terjamin, disiplin sentiasa terkawal serta membantu membentuk sahsiah, nilai kasih sayang dan keperibadian pelajar.

Dalam masa sama, pelaksanaan warden sepenuh masa ini juga memberi ruang kepada guru untuk lebih memberi perhatian terhadap kualiti pengajaran, pembangunan potensi pelajar dan aspek pembelajaran secara lebih mendalam.

Sebelum ini, dua MRSM iaitu MRSM Besut di Terengganu dan MRSM Balik Pulau di Pulau Pinang menjadi antara perintis kepada penggunaan warden daripada bekas anggota beruniform.

Warden yang dipilih perlu menjalani beberapa siri tapisan termasuk sesi temu duga komprehensif bagi memastikan mereka benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MARA.

Langkah ini dilihat sebagai satu usaha serius untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan pembangunan pelajar di asrama lebih terjaga tanpa membebankan guru.

Ramai melihat keputusan ini sebagai perubahan positif kerana guru boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan, manakala warden pula memainkan peranan lebih khusus dalam membimbing kehidupan pelajar di asrama.

Pendekatan MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa ini juga seiring dengan ketegasan MARA yang sebelum ini menegaskan tiada kompromi terhadap salah laku, namun tetap mengutamakan pendekatan mendidik, memulih dan berlaku adil kepada pelajar.

 

Sumber : FB

 

Baca lagi : Mohd Fadli Mencadangkan Sudah Masanya Mewujudkan Jawatan Khas Sebagai Warden Asrama Seperti Warden Penjara – Majalah Ilmu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

Pendidikan

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Published

on

RM60000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Impian seorang gadis muda Malaysia untuk menjadi doktor hampir berkubur, bukan kerana kegagalan akademik, tetapi kerana kekangan kewangan.

Selepas berjaya memperoleh tawaran ke Universiti Monash, masa depan gadis itu kelihatan cerah. Namun kegembiraan itu hanya bertahan seketika apabila yuran pendaftaran sebanyak RM60,000 perlu dijelaskan dalam tempoh yang singkat.

Bagi keluarganya, jumlah itu bukan kecil. Masa semakin suntuk, dan mereka terpaksa berkejar dengan waktu untuk mencari dana demi menyelamatkan impian anak mereka.

uncel 1

Ayah Berusaha, Namun Masih Kekurangan RM40,000

Dalam satu perkongsian di Facebook, Uncle Kentang mendedahkan bahawa bapa gadis tersebut mempunyai simpanan KWSP, namun hanya boleh dikeluarkan sepenuhnya selepas setahun.

Dengan usaha sendiri, beliau berjaya mengumpul RM20,000 melalui pelbagai cara. Namun, baki RM40,000 masih menjadi tembok besar yang menghalang.

Dalam keadaan terdesak, bapa itu memberanikan diri menghubungi Uncle Kentang, walaupun beliau sendiri merupakan ahli Jawatankuasa Pelawat Hospital Sungai Buloh serta seorang Rotarian.

Katanya, ini bukan soal maruah — ini soal masa depan anak.

uncel 2

Berani Bersuara Demi Impian

Bagi membantu orang ramai memahami situasi sebenar, Uncle Kentang meminta gadis itu merakam video rayuan.

Walaupun gementar, dia mengumpul keberanian untuk berkongsi kisahnya.

Menurut Uncle Kentang, ramai anak muda memilih untuk diam kerana takut dipandang rendah atau dikritik di media sosial.

Namun gadis ini memilih untuk bersuara, kerana dia tidak mahu melihat impiannya hilang begitu sahaja.

Sahabat 30 Tahun Tampil Membantu

Selepas usaha mendapatkan tajaan daripada seorang ahli perniagaan tidak berhasil, Uncle Kentang menghubungi sahabat lamanya selama 30 tahun, GS Lau.

Tanpa banyak soal, setelah mendengar kisah tersebut, GS Lau bersama keluarganya bersetuju memberi pinjaman mesra untuk menampung baki yang diperlukan.

Uncle Kentang menegaskan, bantuan tidak sepatutnya dinilai berdasarkan bangsa atau latar belakang.

“Jika impian itu benar dan layak diperjuangkan, kita wajib membantunya,” katanya.

Surat Terima Kasih yang Menyentuh Hati

Selepas menerima bantuan, gadis itu menulis sepucuk surat penuh emosi kepada mereka yang menghulurkan tangan ketika dia hampir berputus asa.

Dia secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Tuan dan Puan GS Lau serta keluarga, kerana mempercayai impiannya.

Mereka kemudian bertemu dalam satu makan tengah hari vegetarian, di mana proses penyerahan dana disempurnakan — bukan sekadar transaksi, tetapi simbol kepercayaan terhadap masa depan.

Bila Kebaikan Menyelamatkan Impian

Uncle Kentang menutup perkongsiannya dengan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Beliau mendoakan agar gadis tersebut berjaya dalam pengajian dan suatu hari nanti menjadi doktor yang memberi kembali kepada masyarakat.

Apa yang bermula sebagai krisis kewangan, kini menjadi kisah tentang harapan, kebaikan hati, dan kuasa komuniti.

Kerana kadang-kadang, satu tangan yang menghulur mampu mengubah seluruh masa depan seseorang.

Continue Reading

Trending