Connect with us

Pendidikan

“Kerjaya Sebagai Seorang Guru Adalah Merupakan Salah Satu ‘Ladang Pahala’, Perlu Ikhlas Dan Tekun Dalam Mengajar Pelajar” -Zailila

Avatar of majalahilmu

Published

on

Kerjaya Sebagai Seorang Guru Adalah Merupakan Salah Satu ‘Ladang Pahala Perlu Ikhlas Dan Tekun Dalam Mengajar Pelajar Zailila

“Kerjaya Sebagai Seorang Guru Adalah Merupakan Salah Satu ‘Ladang Pahala’, Perlu Ikhlas Dan Tekun Dalam Mengajar Pelajar” -Zailila

Disebabkan semangat yang kuat dalam membentuk anak-anak bangsa. Zailila Razali yang sudah lama dalam bidang seorang guru tidak pernah bosan memberi dan mencurahkan ilmu kepada generasi muda.

Zailila yang sudah 18 Tahun Bergelumang Dalam Dunia Pendidik

IMG 3211

Wanita yang berasal dari Pasoh 2, Negeri Sembilan ini akui beban tugas guru kini sangat berbeza berbanding ketika permulaan dirinya memulakan kerjaya mulia ini.

“Beban tugas guru sekarang sangat berbeza dengan mula-mula saya menjadi guru. Sekarang guru-guru perlu memikirkan bagaimana untuk menarik minat murid untuk belajar,” ungkap guru yang juga bekas graduan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Perakaunan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini bertuah kerana berjaya terpilih untuk menyambung pelajaran dalam KPLI (kursus perguruan lepasan ijazah) di Maktab Raja Melewar, Negeri Sembilan dan kemudian bergelar pendidik.

Bekas Anak Murid Datang Menziarah

7764dd38 76fb 4eed a554 480b91deb678

keranamu guru.1815 2

b36390b0 9a14 4b41 8b6d 2617cf0fb625

keranamu guru.1815 4

keranamu guru.1815 3

Ibu kepada tiga cahaya mata, kini bergelar Guru Disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 2.

“Selepas tamat kursus KPLI saya ditempatkan di Sekolah Sains Tuanku Jaafar (2002 hingga 2004) dan kemudiannya dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 2 pada tahun 2005 hingga sekarang. Kiranya saya sudah 18 tahun bergelar pendidik. Saya mengajar Matematik Moden Tingkatan 3,4,5 dan Prinsip Perakaunan tingkatan 4 dan 5.

“Sepanang mengajar sememangnya banyak pengalaman pahit dan manis. Paling manis apabila anak-anak murid yang dididik daripada mereka lemah subjek tersebut hingga mereka berjaya dalam SPM. Saya tumpang gembira apabila mereka berjaya. Sebab ini adalah untuk masa depan mereka.

“Selain itu saya juga turut terharu apabila, bekas anak murid masih mengingati saya walaupun mereka sudah menyambung pelajaran atau yang sudah bekerja tapi masih datang ke sekolah atau ke rumah menziarahi saya. Pernah bekas anak murid dari Sekolah Sains Tuanku Jaafar yang bekerja di Arab Saudi balik ke Malaysia datang mencari saya semula,” ungkap guru yang pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali oleh pentadbir.

keranamu guru.1815 5

keranamu guru.1815 8

Anggap Anak Murid Sebagai Rakan

Akur Zailila dia sangat bahagia kerana dikelilingi rakan sekerja yang baik walaupun kadang kala kerja sebagai guru ini banyak cabarannya. Bercerita tentang kenangan pahit yang pernah dilalui sepanjang lapangan kerjayanya apabila menerima surat daripada ibu bapa pelajar.

“Ada ibu bapa yang hantar surat kepada pengetua apabila saya menegur anak mereka. Tapi alhamdulillah pengetua memahami,” kata Zailila yang pernah mendapat surat ucapan terima kasih daripada pelajar kerana rotan mereka hingga berjaya dlm SPM.

Menyambung perbualan mengenai hubungan dirinya dengan pelajar-pelajarnya, guru yang tegas ini punya gaya tersendiri dalam menambat hati pelajar.

“Anak-anak murid sangat ramai membantu. Walaupun saya sangat garang di dalam kelas, tetapi di luar saya anggap mereka seperti kawan. Ramai anak murid yang sudi kongsi atau bercerita masalah mereka pada saya. Saya boleh bantu memberikan nasihat dan kata-kata motivasi kepada mereka untuk berjaya. Anak murid ini datang daripada pelbagai latar belakang keluarga.

“Paling istimewa apabila saya menerima ucapan “terima kasih cikgu” dari anak murid dan bekas anak murid. Itu dah cukup berharga dan istimewa buat saya. Ada hadiah yang diberi oleh murid dan ibu bapa murid juga,” sambungnya.

Dari Kecil Dipanggil Cikgu

Zailila yang cukup peramah akui kerjaya ini amat disayangi.

“Saya amat suka dengan kerjaya ini sebab kerjaya sebagai guru ini adalah “ladang pahala” yang boleh guru-guru perolehi. Mengajar perlu kan ketekunan dan keikhlasan.

“Sebenarnya kerjaya guru ini sudah saya lihat semenjak kecil. Sebenarnya ibu saya merupakan tukang kebun sekolah. Waktu kecil suka ikut ibu pergi bekerja. Bila cikgu-cikgu kat sekolah ibu tanya nak jadi apa? Saya cakap nak jadi cikgu. Jadi dari kecil orang panggil saya cikgu. Berkat akhir nya saya jadi cikgu juga,” akhiri anak kepada peneroka Felda ini lagi.

Majalah ilmu: Kepada semua guru semoga terus semangat dan tabah dalam mendidik dan membentuk jati diri anak generasi muda. Walau kadang terasa hati dengan gelagat perangai anak-anak muda ini namun tanpa jasa anda bagaimanalah keadaan negara pada masa akan datang. Terus kuat dengan menghadapi bermacam cabaran semoga jasa anda akan mendapat ganjaran yang lebih oleh Allah SWT nanti. Aamiin.

Sumber: Koleksi Peribadi Zailila / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.