Kisah
Kisah, Istimewanya jɛnazah seorang Guru Agama

Kisah , Istimewanya jɛnazah seorang Guru Agama
Sebaik mendapat panggilan seorang sahabat yang mengatakan Atuk Talib telah meningg4l dunia. “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” itulah kata-kata yang mampu saya ucapkan.
Tanpa berlengah lagi, selepas subuh pagi Ramadan tahun 1998 itu, saya terus bergegas ke rumah Atuk Talib yang terletak di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
Sambil memandu timbul perasan sedikit terkilan dalam hati saya. Sudah hampir tiga bulan saya tidak menziarahinya. Entah mengapa, setiap kali berniat hendak melawat arw4h, pasti ada saja urusan yang menyekat hajat saya itu. Sebelum ini hampir setiap minggu saya akan menziarahinya.
Ketika tiba di rumah arwah Atuk Talib, rumahnya sudah dipenuhi penduduk kampung. Ketika itu jen4zah sedang dimandikan. Disebabkan terlewat tiba, hajat saya untuk memandikan allahyarham juga tak kesampaian.
Saya berjumpa dengan isteri allahyarham yang saya panggil nenek. Waktu itu, nenek sedang duduk di penjuru rumah. Saya hampiri nenek dan bertanya tentang kem4tian Atuk Talib.
Baru saya tahu Atuk Talib meningg4l sewaktu tidur dalam keadaan mengereng ke kanan dan menghadap kiblat. Ketika isterinya mahu mengejutkan solat Subuh, baru nenek tahu suaminya telah meningg4l dunia.
Kata nenek lagi, seminggu sebelum itu, dia sudah perasan perubahan sikap Atuk Talib itu. Bila waktu berbuka puasa, arw4h makan tak banyak seperti sebelumnya. Arw4h makan sikit saja sebagai alas perut. Arw4h lebih banyak minum air. Arw4h juga banyak berpesan supaya nenek jaga diri. Bagi saya sikap arw4h yang tak banyak makan tadi mungkin dia nak bersihkan diri supaya bila meningg4l, tak sukar nak uruskan jen4zahnya. Arw4h sudah mengetahui aj4lnya sudah dekat.
Ketika sedang bersembang itu, tiba-tiba kami dihampiri seorang lelaki dan wajahnya sedikit resah.
“Nenek…saya nak bagi tau ni, kami tak tahu arw4h ni tinggi. Masa mandi tadi baru perasan. Masa letak arw4h atas tempat mandi kami perasan kakinya terlebih. Maknanya arwah ni memang tinggi. Kain k4pan pula kami dah p0tong awal-awal ikut ukuran biasa. Kalau ikut ukuran tadi, kami rasa kain k4pan ni memang tak cukup untuk arw4h. Pendek, macam kena beli baru,” beritahu lelaki tadi panjang lebar tentang masalah dihadapinya.
Mendengar masalah tadi nenek terus berkata, “ Tak apa lah…, apa yang ada pakailah,” jawab nenek bersahaja.
Lelaki tadi terus diam dan berlalu pergi. Saya pula hanya mendengar saja masalah mereka. Memang saya akui, semua orang termasuk saya sendiri sukar mengagak ketinggian arw4h.
Disebabkan usianya yang sudah lanjut, ketika berdiri atau berjalan, badan arwah bongkok. Bongkoknya pula macam orang rukuk. Jadi disebabkan itu saya sendiri tak dapat mengagak ketinggian arw4h.
Oleh kerana tiada pilihan, kain k4pan tadi terpaksa digunakan juga. Selesai jen4zah dimandikan, urusan k4pan dimulakan. Sebaik kain k4pan diletakkan pada badan jen4zah, mereka terkejut. Kain kapan yang didakwa pendek, cukup-cukup saja untuk kap4nkan arw4h. Kain itu tak kurang dan tak terlebih. Lelaki yang mengadu masalah tadi juga berasa hairan.
“Pelik, kalau tengok tadi memang tak cukup. Tapi ni cukup-cukup pula,” terdengar salah seorang daripada mereka berkata begitu.
Selepas arw4h selamat dik4pan dan disembahyangkan di rumahnya, jen4zah dibawa ke tanah perkųburan. Saya yang sampai awal sedikit terus meninjau-ninjau kųbur arw4h.
Sebaik melihat lubang kųbur. Kali ini saya nampak kųbur arwah berlainan benar dari kųbur-kųbur yang pernah saya lihat. Kųbur arwah cantik, dinding kųbur ditarah begitu licin, kemas hingga berkilat. Licinnya dinding kųbur tersebut seperti mereka gunakan marmar.
Tiba-tiba sekali lagi saya dengar suara kecoh ketika jen4zah arw4h tiba. Bila dengar betul-betul, rupanya penggali kųbur sedang membebel pada lelaki yang memandikan jen4zah tadi.
“Kenapa tak bagitahu awal-awal jen4zah ni tinggi. Kita gali liang biasa saja. Kalau tengok jen4zah ni memang tak muat nak masukkan. Liang ni pendek,” bebel penggali kųbur tersebut.
“Nenek..kita tak boleh bawa turun lagi. Kena panjangkan liang dulu,” beritahu salah seorang lagi penggali kųbur pada isteri arw4h yang sedang berdiri di sisi keranda.
Mendengarnya nenek geleng-geleng kepala. “ Yang mana ada sajalah. Tak perlu gali lagi,” kata nenek dan minta penggali kųbur turunkan saja jen4zah suaminya.
Mereka semua akur, jen4zah arw4h diangkat dan diturunkan perlahan-lahan. Sebaik jen4zah dibawa masuk ke dalam lubang kubųr, semua terkejut. Jen4zah arw4h muat-muat saja dengan liang lahad. Ukuran panjang liang lahad sama panjang dengan jen4zah. Tak terlebih dan tak kurang.
Kalau ikut logik akal, memang tak muat. Sebabnya sebelum diturunkan, semua orang perasan yang panjang jen4zah dengan panjang liang lahad tak sama. Liang lahad lebih pendek, kalau dimasukkan juga mesti tersangkut. Tapi dengan kuasa Allah SWT, jen4zah boleh dimasukkan dan semuanya jadi luar biasa. Alhamdulillah selepas diperlihatkan beberapa perkara aneh tersebut, arw4h selamat dikebum1kan dengan sempurna.
SIAPA SEBENARNYA ATUK TALIB.
Sebenarnya Atuk Talib ini ialah guru saya dan saya ini anak muridnya. Saya jadi anak muridnya baru tiga tahun selepas diperkenalkan seorang rakan. Pada mulanya rakan saya itu mahu berguru dengan Atuk Talib. Tapi disebabkan tiada kesabaran, dia gagal.
Walaupun saya anak muridnya, tapi saya tidak mengetahui sangat latar belakang ar4h. Nama penuh pun saya tak tahu sebab arw4h jarang bercerita. Apa yang saya tahu, usianya lebih 100 tahun. Arw4h pernah bercerita, katanya ketika residen pertama tanah Melayu iaitu J.W.W Birch dibųnuh, dia sudah ada dan masih kanak-kanak.
Kalau ikutkan perkiraan, J.W.W Birch dibųnuh pada tahun 1875. Atuk Talib pula meningg4l pada tahun 1998. Ini bermakna usianya ketika itu lebih 123 tahun.
Selain cerita daripada arw4h, persoalan usia sebenarnya dikukuhkan lagi bila saya berjumpa dengan seorang lelaki tua di tanah perkųburan.
Lelaki tua tersebut sedang duduk termenung di bawah sebatang pokok. Selepas bertegur sapa, saya tanyalah apa kena mengena orang tua itu dengan arw4h?
“Aku ni cucu arwah,” jawab lelaki tua tadi.
Mendengarnya saya terkejut. Serta-merta saya tanya umur lelaki tua tadi. Dia menjawab, usianya 73 tahun. Memang saya terperanjat. Saya fikir, kalau cucunya saja sudah berumur 73 tahun, berapa pula umur arw4h? Jadi benarlah umur arw4h sudah lebih 100 tahun.
Setahu saya juga, nenek bukanlah isteri pertama arw4h tetapi isteri keenam. Mereka berkahwin baru lima tahun setelah kelima-lima isteri arwah meningg4l dunia terlebih dahulu.
Selain memiliki umur yang panjang, arw4h juga seorang yang luar biasa dan tinggi ilmu agamanya. Bukan niat untuk memuji guru sendiri tapi inilah kejadian yang saya saksikan.
Saya masih ingat, suatu hari saya ke rumahnya. Sedang kami berbual perihal agama, tiba-tiba seekor burung merbah terbang laju masuk ke dalam rumah dan terus l4nggar dinding papan.
Dummm!!! Burung tadi terus j4tuh ke atas lantai. Bila saya periksa burung tadi tak bergerak. Kepalanya terkulai lembik macam ayam mati kena sembel1h.
“Atuk burung ni dah m4ti,” kata saya sambil bawa burung tadi pada arw4h.
“Aj4l m4ut semuanya di tangan Tuhan,” jawab Atuk Talib. Kemudian dia minta burung merbah yang saya pegang tadi. Arw4h terus belek-belek burung itu dan badan burung itu disuap-usapnya.
“Kita berdoa saja. Kalau ada nyawa lagi, dengan izin Allah SWT hiduplah dia,” kata Atuk Talib sambil mulutnya membaca sesuatu.
Saya pula hanya memerhati penuh minat. Selepas dia membaca sesuatu, saya tengok arw4h singkap ekor burung tersebut dan meniup di bahagian punggųng.
Selepas dia buat begitu dan letak atas lantai, burung merbah tadi serta-merta bergerak dan terus terbang. Saya yang tengok terus terpegun. Macam silap mata, burung yang sudah terkulai layu tidak bergerak itu dengan tiba-tiba terbang semula.
Ada lagi satu kejadian pelik, tapi kejadian ini bukan saya saksikan, ia diceritakan oleh nenek. Sebab arw4h jarang bercerita, jadi banyaklah yang saya korek dari nenek.
Cerita nenek, suatu hari ada seorang lelaki datang jumpa atuk. Lelaki itu mengadu tentang masalah kewangan dan minta arw4h tolong. Lelaki itu memang terdesak nak guna duit. Jadi dia minta arw4h berdoa agar dia dapat jalan untuk dapat duit segera.
Tidak lama selepas itu, nenek tengok arw4h suruh lelaki tadi ambil jubah putih yang tergantung di belakang pintu. Bila lelaki tadi ambil, arw4h suruh lelaki itu seluk dalam poket jubah.
Bila lelaki itu bawa keluar, nenek sendiri terkejut. Dalam poket jubah itu ada sejumlah duit. Bila dikira jumlahnya, cukup-cukup untuk keperluan lelaki tadi. Jumlahnya tiga ribu ringgit.
“Atuk memang simpan duit dalam jubah ke?” soal saya yang mula tertarik mendengar cerita nenek itu.
“Nenek pun tak tahu atuk simpan duit kat mana. Yang nenek tahu atuk engkau tu bukannya berduit. Tapi hari itu macam mana boleh ada pun aku tak tahu,” cerita nenek serius.
Lebih menghairankan nenek, setiap hari selepas solat, neneklah yang sangkut jubah itu di belakang pintu termasuk hari tersebut. Tapi masa pegang, nenek kata, dia tak pula rasa berat macam ada duit atau sesuatu.
Cerita nenek lagi, kejadian pelik begini bukanlah kali pertama dia saksikan. Banyak lagi. Tapi bila saya minta nenek ceritakan, nenek hanya geleng kepala. Nenek tak mahu bercerita.
Jadi bila saya lihat kejadian-kejadian pelik ketika kem4tian arw4h dan semasa hidupnya, yakinlah saya Atuk Talib bukan orang sembarangan. Arw4h seorang yang hebat dari segi ilmu agama, jadi tak mustahil, perkara aneh yang saya ceritakan tadi boleh berlaku.
Sumber Dr. Jamaluddin A. Jalal
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.