Kisah
Akibat Kongsi Akaun Bank Dengan Bekas Kekasih, Wanita Menangis Duit Simpanan ‘Licin’ Dikebas Bekas Kekasih

Akibat Kongsi Akaun Bank Dengan Bekas Kekasih, Wanita Menangis Duit Simpanan ‘Licin’ Dikebas Bekas Kekasih
Segelintir individu sanggup menyerahkan segalanya kepada pasangan demi kasih sayang berterusan tanpa memikirkan kesan pada masa hadapan.
Kisah percintaan yang dilalui seorang wanita ini hanya indah khabar daripada rupa apabila mendakwa bekas teman lelaki bertindak ‘mencuri’ wang simpanan miliknya di dalam akaun bank.
Kisah malang wanita itu dikongsi seorang pengguna laman Twitter, @twtbiy yang menasihati golongan wanita lain supaya tidak berkongsi hal peribadi seperti akaun bank bersama pasangan terutama ketika bercinta.
Jangan sesekali kongsi akaun dengan teman lelaki atau wanita!
Menerusi penceritaan dalam video TikTok, wanita tersebut tidak menyangka bekas teman lelakinya sanggup bertindak mengambil duit hasil ‘review’ dan bisnes dilakukan selama ini sebagai pempengaruh media sosial.
“Aku periksa duit dalam akaun, kosong. Tu semua duit aku kerja. Sebelum ni aku bercinta dengan seorang lelaki. Bank Islam ni ada online transfer tapi TAC ke nombor semua pakai nombor dia,” katanya sambil menangis.
Menurut wanita itu lagi, dia menghubungi kakak kepada lelaki terbabit sebelum mendapat tahu mengenai ‘punca’ wang miliknya habis lesap diambil tanpa rela.
Difahamkan, lelaki berkenaan bertindak demikian sebagai alasan untuk menuntut ganti rugi setelah membeli pelbagai barangan sewaktu mereka bercinta dahulu.
“Kakak dia cakap dia ambil duit tu sebab sebagai balasan aku tinggalkan dia. Barang-barang yang dia belikan sebelum ni, aku kena bayar balik. Dia cakap dia ada hak kat duit tu sebab dah habiskan banyak duit kat aku,” ujarnya.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan ‘kejam’ lelaki tersebut namun dalam masa sama, mereka bersimpati terhadap wanita itu yang kehilangan duit simpanan akibat terlalu meletakkan kepercayaan sebelum ini.
Sampai licin dia ambil
Dah kahwin pun curi duit bagi anak bini makan?
Kesian, nasib baik tak kahwin dengan dia…
Belum ada ikatan lagi, tolong la jangan kongsi
Sumber: Twitter @twtbiy
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.