Kisah
Kisah Inspirasi Penternak Lembu Yang Kini Seorang Jutawan
Kisah Inspirasi Penternak Lembu Yang Kini Seorang Jutawan
Pada tragedi tujuh tahun lepas, isteri En Nazir telah terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan anak yang berusia 8 bulan dalam kandungannya.
Tidak ingin terus meratapi kehilangan anaknya, Nazir mengambil keputusan memelihara seorang bayi angkat perempuan. Keluarganya sekali lagi ‘diuji’ apabila doktor mengesahkan bayi itu menghidap austisme pula.
Walaupun terdapat cabaran untuk membesarkan anak syurga itu bukan mudah, namun Nazir perasan seperti ada semacam satu ‘anugerah’ lain yang hadir tanpa diduga dalam dirinya.
Pada usia semuda 16 tahun, di saat kawan-kawan lain bersuka-ria menikmati waktu remaja mereka, Nazir terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dan bertungkus-lumus dengan pisau, bau hamis darah di pasar tersebut sebagai penjual daging.
Pada suatu hari seorang lelaki berketurunan India menemuinya di pasar dan mencadangkan agar beliau menjadi penternak. Bukan saja itu, dia juga memberi Nazir 500 ekor kambing dan 150 ekor lembu sebagai ‘modal permulaan’ bila beliau menyatakan bahawa beliau tidak ada wang untuk berbuat demikian. Namun, lelaki india itu, cuma cakap bayar, bila dia rasa sudah mampu.
Berkat dan rezeki beliau memelihara ‘anak syurga’ ini, dalam tempoh 10 tahun ternakannya bertambah berkali-kali ganda. Kini, di ladang beliau saja ada 3,000 ekor kambing dan lebih 500 ekor lembu. Jualan syarikat juga mencecah RM25 juta!
Selain ladang, Nazir juga membuka pejabat dan pasaraya sejuk bekunya sendiri di Taman Mutiara, Karangan. Beliau berkata bahawa adik beradik, isteri dan keluarga adalah tulang belakang di sebalik kejayaan beliau selama ini. Di samping itu, pengalaman menjadi penjual daging sejak remaja dan kesanggupan untuk belajar benda baru juga pemangkin pada pencapaian tersebut.
Ditanya mengenai prospek dunia penternakan haiwan di negara ini, Nazir memberitahu ia mempunyai masa depan yang cerah tetapi tak ramai yang mampu bertahan. Paling dikesali ramai yang mahu untung cepat dan tak memperlengkapkan ilmu pengetahuan yang cukup bila menceburi bidang penternakan ini.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.