Kisah
Kalau rajin, Pendatang Dari Indonesia Pun Boleh Kaya

Kalau rajin, Pendatang Dari Indonesia Pun Boleh Kaya
Ada seorang aku kenal. Dia tinggal dikampung aku. Aku kenal dia dari aku kecil. Dia kawan ar’wah abah. Dia pernah kerja dengan abah. Dia seorang pendatang dari bumi indonesia.
.
Aku kenal dia ni dari dia muda. Aku kenal dia dari aku mula ingat dan kenal orang sebab dia banyak tolong abah di kebun.
.
Masa dia muda, masa tu dia bujang. Dia seorang yang sangat rajin berkerja. Dia buat semua orang kampung suruh dia. Zaman 70-80 an dulu kat kampung saya orang muda suka kumpul-kumpul dalam kebun sawit.
.
Buang masa main terup. main terup macam tak sa1ah masa tu. orang muda main- orang tua pun main. Masa tu aku tak tahu mereka berju’di. Sesekali polis dari bawa trak masuk kampung, suku pemudanya kena angkut masuk trak pergi balai. Aku budak kecil, aku tukang beli teh ais kat kedai masa tu pada mereka dapat upah 20 sen. Mana aku tahu benda tu sa1ah. Sampai abah ma’rah aku…aku dah tak pergi dah.
.
Abang indon ni tak macam pemuda kat kampung aku tu. DIa tahu dia pendatang. Dia kerja dan kerja. Mula-mula dia kat sini, dia ikut kontrak angkat buah sawit, umurnya baru belasan tahun. Tapi lebih setahun dia kerja, tapi majikan tak bayar. Dia lari tanpa pasport dan terjumpa abah. Abah tolong beri kerja dan aturkan kerja dengan kekawan dia yang ada ladang tebu dan ladang sawit.
.
Aku pergi sekolah asrama. Aku dengar dia kahwin dengan gadis tempatan. Sesekali aku jumpa dia kat masjid atau surau kat kampung. Dari dulu surau memang tak tinggal. Dia dihormati dan disenangi pun kerana dia ahli surau.
.
Aku dengar dia beli kebun.
Aku dengar dia buat projek tanam pisang
Aku dengar dia bela lembu dan kambing.
Aku dengar dia beli banyak lagi kebun
Aku dengar dia buat rumah.
Aku dengar anak dia pandai-pandai dan sentiasa dapat nombor satu da1am kelas.
.
Aku sebenarnya banyak belajar dengan dia. Dalam diam aku belajar dengan ketekunan dia dan kerajinan dia. Dia his,ap rokok ‘gudang garam’. Sejam belum tentu habis,masih dibibir. yang itu aku tak ikut.
.
Baru ni aku jumpa dia lagi. Anak di semua masuk U. Ada yang setahun lagi dah jadi doktor. Dia senang. Rumah dia besar. Tapi sampai sekarang dia masih low-profile. Dia selalu menyumbang dan tolong orang kampung. Sampai sekarang naik motor bu’ruk dan tak pandai pandu kereta.
.
Saya juga jumpa kekawan dia pemuda yang dulu malas kerja. Mereka tak pergi mana. Masih suka sembang di kedai kopi. Bila dapat duit BR1M seminggu tak kelaut. Kais pagi makan petang. Tetap sa1ahkan orang lain.
.
Itu je cerita aku. yg lain ko fikirlah sendiri.
Sumber : Fb coach bahar
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.