Kisah
Pernah Dulu Kelilingi Dunia, Kini Buka Bisnes Sendiri Jual Ayam Gara-Gara PKP. Hidup Lelaki Ini Cetus Inspirasi

Pernah Dulu Kelilingi Dunia, Kini Buka Bisnes Sendiri Jual Ayam Gara-Gara PKP. Hidup Lelaki Ini Cetus Inspirasi
Beberapa tahun berlalu, jutaan penduduk dunia menerima tempias di sebalik penularan virus Covid-19.
Virus berbahaya terbabit telah membuatkan landskap kehidupan sesetengah daripada kita berubah sekelip mata.
Transisi itu sangat dirasai oleh Nik Mohd Heezrad Nik Ibrahim, 35, dan isterinya, Nur Izzati Mohamed Zuldin, 33.
Bayangkan, selepas enam tahun mengemudi sebuah agensi pelancongan, Ezigo Holiday Sdn Bhd, bisnes pasangan itu jatuh merundum ekoran sekatan perjalanan yang dikuat kuasa oleh banyak negara.
Beritahu Nik Mohd Heezrad, ketika negara mula dilanda pandemik itu, beliau sekeluarga sedang menunaikan umrah. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di tanah air, Malaysia mengumumkan larangan ke luar negara serta-merta, ujarnya.
“Hal tersebut membuatkan kami terpaksa memulangkan semula semua duit deposit pelanggan yang sudah menempah pakej pelancongan. Ada sesetengah pelanggan yang tidak dapat menerima keadaan itu.
“Boleh dikatakan banyak juga kerugian yang terpaksa ditanggung. Bukan itu sahaja, cabaran paling besar apabila kami tiada pendapatan.
“Saya mula cuak kerana saya perlu membayar gaji pekerja dan memastikan bayaran (gaji) tak dipotong. Mereka juga seperti saya, ada keluarga yang perlu ditanggung,“ katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Cerita Orang Kita bertajuk Kisah CEO & Ayam yang disiarkan melalui platform media sosial SinarPlus.
Langkah drastik
Selepas merenung sejenak dan membuat perkiraan sewajarnya, lelaki cekal berkenaan mencuba nasib dalam bidang perusahaan ayam yang sangat berbeza dengan bisnes terdahulunya.
Idea itu tercetus selepas Nik Mohd Heezrad mencuba nasib sebagai penghantar barangan basah. Baginya, ayam antara yang paling dicari pelanggan.
“Ketika itu saya terfikir, bagus juga jual ayam segar ini. Hari-hari ada orang beli. Saya dan isteri pun nekad, berbekalkan modal yang ada, kami membeli peralatan dan ajak kakitangan (dari agensi pelancongan) untuk membantu.
“Saya mula gerakkan bisnes pada Jun tahun lalu. Mula-mula nampak macam senang, tetapi rupa-rupanya susah. Dalam tempoh dua minggu, pelbagai masalah timbul seperti pelanggan mengamuk ayam busuk, salah potong dan sebagainya,“ katanya yang juga bekas kakitangan Malaysia Airlines.
Pun demikian, anak kelahiran Kelantan itu tidak mudah melatah.
Berbekalkan ilmu yang dipelajari di pasar borong selama lebih dua minggu, beliau memperbaiki apa yang patut.
Selepas beberapa ketika, Nik Mohd Heezrad gembira apabila bilangan pelanggan sekitar kawasan Salak Tinggi dan Sepang, Selangor termasuk di Nilai, Negeri Sembilan semakin bertambah.
Cerita usahawan itu lagi, selain berdepan dengan cabaran mengurus bisnes baharu, beliau juga tidak terlepas dihambat kata-kata negatif yang hampir membuatkan semangatnya longlai.
Imbaunya, dirinya pernah diusik lantaran penghijrahannya daripada seorang pemilik syarikat yang mampu mengelilingi dunia dengan pendapatan mencecah RM80,000 sebulan, tetapi kini terpaksa bermandi keringat dengan menjual ayam.
“Kebanyakan kawan-kawan memperlekehkan bidang baharu yang kami cuba, namun saya tidak ambil hati, bahkan ia menjadi penguat semangat kepada kami.
“Saya dan beberapa kakitangan syarikat agensi pelancongan yang masih bersama beriltizam untuk buktikan perusahaan ayam ini boleh berjaya dan berkembang maju berkat kerjasama semua walaupun penat,“ katanya yang turut merancang untuk membuka kilang pemprosesan ayam segar dalam masa terdekat.
Justeru, pesan kepada Nik Mohd Heezrad kepada orang ramai yang terjejas pendapatan, jangan cepat berputus asa.
“Percayalah, jika niat kita baik dan mahu bantu orang, ALLAH akan bukakan jalan dan semuanya akan dipermudahkan. Jatuh bangun dalam bidang perniagaan memang sudah jadi lumrah.
“Cuma saya nasihatkan, jangan terus bersedih dan fikirkanlah anak dan isteri. Sebagai bapa, kita perlu terus ke hadapan dan mencari kerja halal walaupun hanya sebagai penghantar barang,“ tuturnya.
Majalah ilmu: Bak kata pepatah “dimana ada kemahuan disitu ada jalan”. Jangan putus asa teruskan berdoa dan usaha. Rezeki sudah Allah tentukan. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT. Aamiin
Sumber: Sinarplus
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.