Ketahui kelebihan 8 jenis surah ini, Amalan harian Dibaca pada setiap Hari Jumaat

Ketahui kelebihan 8 jenis surah ini, Amalan harian Dibaca pada setiap Hari Jumaat

Antara amalan-amalan sunnah yang dianjurkan oleh para ulama untuk dilakukan pada hari Jumaat adalah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Memanfaatkan nikmat masa yang dilalui pada hari Jumaat dengan membaca Al-Quran, kita akan dapat banyak manfaat dan fadhilat.

Disamping itu, Al Quran juga merupakan kurniaan yang terbesar untuk kita.

Dari sayyidina Ali bin Abi Tholib memberikan nasihat kepada kita:

“Sesiapa yang duduk membaca Al-Quran, nescaya dia akan berdiri darinya dengan tambahan atau kekurangan, iaitu bertambah dalam mendapatkan petunjuk, atau berkurang dalam kese satan.”

Beliau juga memberikan nasihat kepada kita:

“Minta dari Allah swt segala kebaikan dengan mengikuti Al-Quran. Mendekatlah kepada Allah swt dengan mencintai Al-Quran. Janganlah memperalatnya demi mendapatkan sesuatu dari hamba-hamba Allah dengannya. Tiada sesuatu sebaik Al-Quran yang dapat dibawa seseorang ketika menghadapkan diri kepada Allah SWT. “

Diantara surah-surah dalam Al-Quran yang dianjurkan untuk dibaca khusus pada Malam atau Hari Jumaat :

  • Surah Al-An’am
  • Surah Al-Kahfi
  • Surah Toha
  • Surah Yaasin
  • Surah Ad-Dukhan
  • Surah As-Sajadah
  • Surah Al-Mulk
  • Surah Al-Insan

Antara fadhilat untuk 8 surah diatas ialah :

1. Surah Kahfi

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”.

2. Surah Al An’am

Dikatakan bahawa barangsiapa yang banyak membaca surah Al-An’am pada malam Jumaat atau pada siang hari Jumaat maka Allah swt akan sentiasa

  • Memelihara kualiti agamanya
  • Memperbaiki rezeki untuknya
  • Menjaga kualiti hidupnya selama di dunia mahupun di akhirat kelak.

3. Surah Yaasin

  • Allah swt akan mengukuhkan agamanya.
  • Mempermudah keluarkan roh ketika saka ratul ma ut.
  • Membaca Surah Yasin sama dengan membaca Al-Quran 10 kali.
  • Dapat memberi syafaat bagi pembacanya.
  • Dimudahkan hajatnya.
  • Meringankan sek saan ku bur.
  • Menolak keja hatan.
  • Jika sedang ketakutan, Allah akan menghilangkan rasa takutnya itu.

4. Surah Toha

  • Hatinya terpelihara untuk cenderung mendirikan solat malam.
  • Senang berbuat kebaikan dan suka berkumpul dengan para ulama.

5. Surah Ad Dukhan

Hadis Rasulullah saw pernah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada malam Jumaat atau pada siang harinya, maka Allah swt akan membina sebuah rumah untuknya di syurga.”

6. Surah As Sajdah

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata: “Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar”.

7. Surah Al Mulk

Allah akan melimpahkan kebaikan di dunia mahupun di akhirat kelak.
Memperbanyak pemilikan untuknya serta menambah keberkatannya.

8. Surah Al Insan

Sabda Rasulullah S.A.W.

“Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan khusyu’), maka balasannya ialah syurga Harir”

Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa.
Jika ditulis surah ini, kemudian dihapuskan dengan air yang suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah untuk membaca, InsyaAllah, dipermudahkan oleh Allah

Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang kor ban yang disem belih pada hariraya kor ban dengan menggunakan dakwat atau pen orang-orang alim, kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air. Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala ba la dan gangguan jin dan manusia.

sumber tvceramah via myinfomaya

Semoga kita semua beroleh keberkatan. Jangan lupa kongsikan kepada kaum muslimin yang lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*