AGAMA
Kaedah Mendirikan Solat Hajat Agar Doa makbul dengan izin Allah.
Kaedah Mendirikan Solat Hajat Agar Doa makbul dengan izin Allah.
Solat Hajat adalah solat yang didirikan untuk memohon sesuatu hajat daripada Allah s.w.t. Solat ini dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah s.w.t dalam meminta sesuatu yang dihajati atau menolak sesuatu yang tidak diingini.
Bilakah Masa Yang Lebih Afdal?
Solat sunat Hajat boleh dilakukan bila-bila masa, pada siang hari ataupun pada waktu malam.
Lebih afdal sekiranya solat bersendirian sewaktu suasana sunyi pada sepertiga malam, kerana lebih khusyuk dan waktu yang mudah dimakbulkan doa oleh Allah s.w.t.
Sekiranya mahu didirikan selepas dari tidur pada waktu malam, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu, kemudian berwuduk dan pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
Namun, lebih baik lagi jika didirikan solat sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan solat sunat Hajat.
Didirikan Secara Berjemaah Atau Sendirian?
Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah. Iaitu didirikan secara bersendirian dengan niat dan mendoakan hajat yang didingini, ataupun secara berjemaah jika mempunyai niat yang sama.
Solat Sunat Hajat Ada Berapa Rakaat?
Jumlah rakaat yang dilakukan adalah antara 2 secara minimumnya, dan maksimumnya adalah 12 rakaat. Namun terpulang kepada diri masing-masing untuk mendirikannya sebanyak beberapa pun pada satu-satu masa.
Bagaimana Cara Melakukan Solat Hajat?
1. Niat
- Contoh lafaz niat bagi solat sunat hajat adalah seperti berikut;
“Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.”
- Rakaat Pertama: Baca surah al-Fatihah (satu kali), diikuti surah al-Kafirun atau ayat Kursi (satu atau 10 kali)
- Rakaat kedua: Baca surah al-Fatihah (satu kali), diikuti surah al-Ikhlas (satu kali atau 10 kali).
- Selepas memberi salam, bacalah doa solat hajat.
- Pohonlah apa yang dihajati.
- Akhiri dengan selawat dan zikir.
Kelebihan Mendirikan Solat Hajat
- Mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
- Menambah pengharapan pada Allah.
- Menenangkan hati.
- Menambah sifat ikhlas dengan ketentuan Allah.
- Doa dimakbulkan Allah s.w.t.
Sumber : myinfomaya
Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah