AGAMA
Kentut anda berbau, tak jadi masalah. lelaki ini cipta formula kentut berbau wangi.
Kentut anda berbau, tak jadi masalah. lelaki ini cipta formula kentut berbau wangi.
Pernahkah anda terfikir anda boleh menghasilkan kentut berbau wangi? Tentu anda rasa lawak kan? Tapi hal ini adalah benar! Seorang saintis yang berasal dari Perancis, berjaya mencipta sejenis pil yang mampu mengubah bau kentut manusia menjadi wangi.
Portal berita mirror.com melaporkan, Christian Poincheval, 65, mendakwa pil tersebut bukan sahaja memudahkan penghadaman, tetapi mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros. Jelas beliau, pil itu sangat sesuai untuk hadiah Hari Krismas.
Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan itu. Katanya, sebotol pil kentut itu dijual pada harga $7.90 hingga $9.99 (RM52.14-RM89.50) dan menawarkan beberapa manfaat lain seperti mengurangkan angin dan baik untuk perut kembung.
Poincheval berkata, dia mula menjual pil itu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi melalui laman webnya, pilulepet.com pada tahun 2006 dan mendakwa jualan pil tersebut sangat menggalakkan.
“Ada yang membelinya kerana masalah perut kembung dan ada juga sebahagian mereka membelinya sebagai jenaka untuk dihantar kepada rakan-rakan. Setiap kali Hari Krismas, jumlah jualan sentiasa meningkat.
Tambahan admin majalah ilmu, admin rasa anda semua boleh la beli pil ne pada musim raya ne. yang mana makan bnyak kuih raya tu boleh la beli.. kentut ang busuk nauww.. apa pun admin majalah ilmu just gurau.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.