Connect with us

Kisah

Kenapa Orang Cina membakar mercun dan memakai pakaian merah semasa menyambut Tahun Baru Cina?

Avatar of kidin

Published

on

Kenapa Orang Cina membakar mercun dan memakai pakaian merah semasa menyambut Tahun Baru Cina?

Kisah lagenda dari China yang kemudian menjadi asal-usul sambutan tahun baru mereka, iaitu kisah raksasa malapetaka bernama Nian.

Nian atau nián shòu (年獸) ialah raksasa yang tinggal di dalam lautan atau gunung-ganang. Maksud Nian sendiri ialah ‘tahun’ atau ‘tahun baru’. Menurut sumber bertulis terawal, kisah Nian telah dicatatkan pada awal abad ke-20 Masihi. Masih tidak jelas lagi sama ada raksasa Nian adalah sebahagian dari dunia mitologi China atau kisah dogeng masyarakat awal abad ke-20 Masihi.

Setiap kali apabila sambut tahun baru oleh warga China, Nian akan muncul dari tempat persembunyian untuk memakan manusia dan haiwan. Biasanya raksasa ini menyerang pada musim sejuk di mana sumber makanan sangat sukar diperoleh. Maka, Nian menyerang kampung-kampung berdekatan, memakan stok makanan serta memakan manusia terutamanya kanan-kanak.

Terdapat beberapa sumber berkenaan rupa bentuk raksasa Nian ini. Sesetengah sumber menyatakan Nian mempunyai rupa singa dan berbadan seperti anjing. Saiz Nian dikatakan melebihi saiz gajah dan mempunyai gigi yang tajam.

Nian juga mempunyai kelemahannya iaitu sensitif kepada bunyi bising, takut akan api dan warna merah. Sesetengah kisah lagenda tempatan menyatakan terdapat perkaitan antara tarian singa dengan raksasa Nian ini.

Untuk menghalau Nian dari mengganas, penduduk kampung memasang tanglung merah dan mengikat kain merah pada tingkap dan pintu. Mereka juga tinggalkan makanan di luar pintu sebagai ‘habuan’ kepada Nian untuk tidak memakan manusia.

Tambahan lagi, penduduk kampung membuat bising dengan membakar mercun dan mengetuk drum, pinggan, dan mangkuk. Dikatakan apabila Nian ketakutan, sami Taoisme bernama Hongjun Laozu menangkapnya dan dijadikan sebagai haiwan peliharaannya.

Jika merujuk kepada manuskrip-manuskrip yang mengaitkan kisah raksasa Nian ini. Tidak ada satu catatan pun tentang raksasa ini. Dalam kamus tertua China bernama Erya, nama karakter nian (年) direkodkan dan maksudnya ialah tahun sejak dinasti Zhou. Manakala rekod Shuowen Jiezi mencatatkan karakter nian bermaksud ‘bijiran yang dikupas) dengan gabungkan karakter ‘he’ (禾 ) dan ‘qian’ (千).

Ketakutan Nian terhadap bunyi dan letupan sebenarnya berkait dengan kisah makhluk berupa beruk di hutan bernama shanxiao (山魈) yang juga takutkan mercun, menurut manuskrip Shanhaijing yang merekodkan makhluk-makhluk mitos China.

Kisah raksasa Nian menjadi menjadi sebati dalam pengamalan budaya membakar mercun dan memakai pakaian merah semasa menyambut Tahun Baru Cina.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.