Connect with us

AGAMA

Kenapa Doa Tak Makbul? Ini Jawapannya

Published

on

Kenapa Doa Tak Makbul? Ini Jawapannya

Anak aku yang baru 6 tahun tu datang, Tanya soalan. Dia cakap,

‘Ayah, kenapa doa sue tak jalan?’

Doa tak jalan.. dia ingat doa tu macam dia on kipas, tekan je terus jalan.

Aku cakap, ‘Meh sini nak bagitau, ayah nak cerita macam mana doa tu jalan..’

Tuhan kita bagitau doalah kepadaku nescaya akan Aku akan jawab.

Allah سبحانه و تعالى‎ berfirman :

‎وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Dan Rabb-mu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.”

Maksudnya Dia kata kalau awak doa Dia mesti akan terus jawab.

Tapi jawab tu maksudnya macam mana?

Ok macam ni, doa yang selalu kita buat tu macam permintaan yang kita hantar kepada Tuhan. Tuhan kita akan dengar dan jawab dengan 3 cara.

CARA PERTAMA

Dia perkenankan, makbulkan apa yang hamba-Nya minta secepat mungkin

CARA KEDUA

Dia tidak perkenan, tak bagi apa yang manusia nak tetapi Dia halāng benda yang burūk atau pun benda tak best yang patutnya kena dekat manusia tu.

CARA KETIGA

Doa itu ditukarkan menjadi satu ganjaran yang besar pada hari kīamat nanti

Maksudnya, tiada satu pun doa yang sīa-sīa. Macam manapun Tuhan kita akan dengar doa kita. Dan dia mesti akan jawab dengan kita cara tadi.

Percayalah yang Tuhan kita akan bagi yang paling sesuai dan yang paling baik untuk kita dan Dia itu sangat pemurah. Dia suka awak doa banyak-banyak, bersungguh-sungguh minta dengan Dia, bukan macam apabila kita minta dengan orang ..asyik minta je, orang itu akan melūat.

Sebab apa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda

‎الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

sebab kalau awak doa maksudnya awak mengaku yang Dia itu Tuhan awak dan awak perlukan Dia dan awak mengaku yang Dia boleh dengar dan Dia ada kuasa buat semua benda. Awak mengaku semua ini bila awak berdoa.

Tetapi kena ingat, ada juga benda-benda yang boleh halang daripada doa itu didengar dan ada juga benda-benda yang boleh confrimkan doa-doa tu mesti dijawab.

Benda-benda yang boleh halang doa itu contohnya duit kita dari sumber harām, bukan curī je.. rība ke, faedah ke, macam-macam. Atau pun kita minta benda yang dōsa atau pun kita minta benda-benda putūskan sedara māra. Ataupun kita terlalu tergēsa-gēsa nak jawapan.

Maksud tergesa-gesa tu macam taknak kah doa Tuhan tak jawab pun

Ada juga benda-benda yang boleh confrimkan doa kita. Banyak macam sumber harta kita halal, atau waktu doa itu kita selawat ke, ataupun kita doa pada waktu-waktu yang digalakkan ke, atau pun doa yang bersungguh-sungguh merayū-rayū di dalam doa.

Bahkan ada doa yang lagi power. Doa geng-geng kayangan. Maksudnya doa yang paling cepat sampai pada Tuhan kita. Macam doa orang yang dibuat zalīm, atau doa mak kepada anak-anak dia, atau kalau kita doakan orang lain senyap-senyap tanpa kita bagitau dia hah nanti aku doakan kat engkau.

Jadi kalau awak ada benda yang awak teringīn ke, awak ada benda-benda dunīa ke, benda akhīrat ke, benda yang awak nak ke atau benda sedīh ke, atau sūsah ke, awak nak mengadū.. orang lain takkan boleh bagi semua sekali minta dengan Tuhan terus. Angkat tangan bagitau semua benda yang awak nak cakap.

Macam cam mana pun kitalah yang untung. Cer korang tulis kat komen apa contoh doa yang korang suka doa ataupun pengalaman doa pasal korang ni.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!