SEMASA
Manusia Bakal Berdepan Inflasi Global, Bank Dunia Beri Amaran Siap Sedia Kemelesetan Ekonomi 2023 Yang Kritikal

Manusia Bakal Berdepan Inflasi Global, Bank Dunia Beri Amaran Siap Sedia Kemelesetan Ekonomi 2023 Yang Kritikal
Jika ada perasan, sedikit demi sedikit kesan ekonomi yang semakin membimbangkan ini akan beralih ke masalah inflasi global yang ditakuti ramai manusia. Kenaikan OPR di Malaysia yang menyebabkan masyarakat mulai bising ini bukanlah sahaja berlaku di negara kita tetapi juga bank-bank pusat di seluruh dunia. Ini ditambah kenyataan terkini dari Bank Dunia tentang kemelesetan ekonomi 2023 yang lebih kritikal.
Trend kenaikan faedah, ancaman diambang kemelesetan ekonomi 2023
Menurut kajian daripada Bank Dunia, rentetan dari krisis kewangan dalam pasaran baru dan ekonomi membangun akan memberikan kesan negatif yang berpanjangan. Tambahan lagi, kadar faedah yang mengalami peningkatan “mengila” ini tidak pernah berlaku sedrastik ini sejak lima dekat lalu. Trend peningkatan ini tidak akan berhenti atau menurun sebaliknya berterusan sehingga tahun depan menyebabkan kemelesetan ekonomi 2023 yang membimbangkan.
Pelabur turut memberi gambaran awal bahawa bank pusat berkemungkinan besar akan meningkatkan kadar polisi monetari global kepada 4% menjelang tahun 2023 nanti. Ini jelas berlaku peningkatan 2 mata peratusan berbanding purata pada tahun 2021.
Masalah ini akan menjadi lebih teruk, sekiranya berlaku ganguan atau penangguhan bekalan dan tekanan buruh-pasaran seperti peperangan Ukraine-Rusia hari ini. Kadar faedah yang meningkat sedikit demi sedikit akan menjadikan kadar inflasi teras global tidak termasuk tenaga mencecah kenaikan 5% pada tahun 2023 kira-kira dua kali ganda daripada nilai purata lima tahun sebelum wabak pandemik.
Pertumbuhan global semakin perlahan, negara jatuh ke dalam kemelesetan
“Pertumbuhan global menjadi semakin perlahan dan ketara, dengan kemungkinan lebih perlahan apabila lebih banyak negara jatuh ke dalam kemelesetan. Kebimbingan terbesar saya adalah trend ini akan berterusan, dengan memberikan implikasi yang berpanjangan terhadap orang ramai dalam kemunculan pasaran baru dan ekonomi membangun,” ujar kenyataan Presiden Bank Dunia, David Malpass.
Tambahannya lagi, “untuk mencapai kadar inflasi yang rendah, kestabilan mata wang dan pertumbuhan yang lebih pantas, pembuat dasar boleh mengalihkan tumpuan mereka daripada mengurangkan penggunaan kepada meningkatkan pengeluaran. Dasar yang dibina haruslah disifatkan berusaha untuk menjana pelaburan tambahan dan meningkatkan produktiviti dan peruntukan modal, yang penting untuk pertumbuhan dan pengurangan kemiskinan.”
Dari kenyataan ini, fahamlah kita bahawa kenaikan nilai faedah ini tidak lain tidak bukan untuk mengurangkan kadar inflasi global agar sentiasa konsisten. Malah apa keadaan ekonomi yang berlaku sekarang ini tidak menolak berpunca juga daripada kesan ekonomi lampau sejak 1970.
Amerika Syarikat & China saling berlawan ekonomi
Jika tiga ekonomi terbesar dunia seperti Amerika Syarikat, China dan kawasan yang menggunakan mata wang Euro pun boleh menjadi perlahan ekonominya, bayangkan negara Malaysia ini yang baru bertatih untuk membangun dan keluar dari kemelut pandemik dua tahun lalu?
Belajar dari pengalaman tahun 1970, tindak balas dasar terhadap kemelesetan global 1975, tempoh stagflasi, dan kemelesetan global tahun 1982, semuanya telah memberikan kita gambaran sedikit tentang inflasi tinggi. Pertumbuhan ekonoomi dunia akan kekal perlahan dan sukar naik mendadak kembali.
Oleh itu, lihatlah Malaysia hari ini. Saban hari, mata wang ringgit sering menjunam tidak konsisten nilainya berbanding dollar. Harga barang juga tidak menentu ada kala sama, ada kalanya naik tiba-tiba. Barang yang dijual di pasaran ada kalanya cukup, ada kalanya tidak mampu menampung keperluan masyarakat seperti peristiwa tepung gandum, roti, dan minyak beberapa bulan lalu.
Kesimpulannya, kemerosotan ekonomi 2023 bukanlah satu andaian kosong yang hanya mahu menakut-nakutkan masyarakat dunia. Dengan apa yang berlaku hari ini, ianya pasti tidak mustahil. Ekonomi semakin tenat, dan bakal membawa kesan lebih kritikal kepada kehidupan dunia. Sebagai masyarakat yang prihatin, apa yang perlu kita lakukan adalah kawal perbelanjaaan kita, rancang kewangan dengan lebih baik, dan elakkan berhutang.
Hanya beberapa bulan lagi kita akan berganjak ke tahun 2023. Semoga Allah SWT melindungi diri kita, keluarga kita, dan negara Malaysia ini daripada sebarang bentuk musibah. Diharapkan pembaca memperoleh manfaat dan ilmu pengetahuan daripada artikel yang dikongsikan pada kali ini.
Sumber: Bank Dunia
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
















