Connect with us

Petua

Bagaimana Kemas Bilik Stor Supaya Tersusun & Mudah Cari Barang? Guna Konsep Ini Berkesan Boleh Bantu Anda Kemas Di Hujung Minggu

Avatar of hannani juhari

Published

on

kemas bilik stor

Bagaimana Kemas Bilik Stor Supaya Tersusun & Mudah Cari Barang? Guna Konsep Ini Berkesan Boleh Bantu Anda Kemas Di Hujung Minggu

Jika boleh mengemas rumah adalah rutin rumah tangga yang diletakkan di kedudukan paling bawah sekali untuk dilakukan. Apatah lagi tugas kemas bilik stor bawah tangga yang paling bersepah dan sangat mencabar sekali untuk dibuat. Jangan risau, yang paling penting ada tips berkesan ini untuk bantu anda sekeluarga kemas rumah di hujung minggu.

Untuk apa kemas bilik stor di rumah?

Ramai orang terlepas pandang, kata mereka  kemas bilik stor bukanlah satu keperluan yang penting dan mendesak. Bahkan dalam senarai ruang atau bilik yang perlu dikemas seperti dapur, bilik tidur, ruang tamu, bilk air, dan halaman rumah yang selalunya menjadi tempat yang meriah dibersihkan.

Bilik stor penting sebagai fungsinya untuk menyimpan segala keperluan yang jarang digunakan atau tidak digunakan lagi.

Jika ia tidak dibersihkan dan dikemas dengan betul, maka bilik akan menjadi kotor dan tempat pembiakan haiwan perosak, bakteria, dan sarang haiwan berbisa.

Gunakan pendekatan susun atur secara sistematik

Berkongsi seorang ibu, Neena Zaidi menceritakan bagaimana dia boleh menggunakan pendekatan susun atur secara sistematik untuk diaplikasikan semasa kemas bilik stor rumahnya. Cara ini katanya, amat mudah untuk mencari barang dan sudah tentu sedap juga mata yang memandang.

Dia yang mempunyai bilik stor bersaiz kecil dengan ukuran 6 kaki x 7.5 kaki (180 cm x 230 cm) mendapati kerja mengemas ini bukanlah mudah untuk dilakukan.

kemas bilik stor

Pada mulanya, kemas bilik stor bukanlah sesuatu yang sukar semasa barang tidak terlalu banyak. Tetapi sekarang apabila barang yang disimpan di dalamnya semakin serabut dan bersepah, menyentuhnya pun mungkin tidak mahu.

Ada ketika apabila ditanya soalan mengapa dia kemas stor sedangkan pintu stor sentiasa tertutup dan tidak mungkin orang luar boleh nampak. Jawapannya mudah sahaja, kemas bilik stor kerana untuk kepuasan sendiri. Disebabkan setiap kali mahu mencari barang pasti susah untuk jumpa juga merupakan satu masalah bagi keluarga ini.

Bahkan bilik stor yang tidak dikemas bukanlah bilik yang mempunyai fungsi dalam sesebuah rumah melainkan ianya tidak ubah seperti tempat pelupusan sampah sarap.

kemas bilik stor

Jika kita perhatikan bilik stor Neena Zaidi ini kelihatan banyak barang yang diletakkan tidak mengikut tempatnya. Bahkan ada juga yang dicampur tanpa mengira jenis dan kegunaan. Perkara seperti ini boleh memberi risiko kepada kita sebagai penghuni rumah yang masuk ke dalam stor untuk mencari barang.

Cuba bayangkan alatan tajam yang diletakkan di bahagian longgokan baju lama misalnya boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada kita tanpa sengaja.

Bagaimana untuk memaksimakan penggunaan ruang bilik stor sepenuhnya

Kecik atau besar, luas atau sempat sesuatu ruangan itu bukanlah soalnya. Hal ini kerana bilik yang kecil boleh kelihatan besar apabila kita pandai memaksimakan penggunaannya. Begitu juga sebaliknya dengan bilik yang luas juga akan kelihatan sempit apabila kita biarkan barang-barang bersepah sembarangan.

Neena Zaidi menggunakan susun atur yang sistematik dalam bilik stornya untuk kelihatan lebih kemas dan teratur. Inilah hasilnya dengan cadangan yang dibuat tadi.

Bahagian bawah:

  • Luggage
  • Beg bowling
  • Stroller

Rak 3 kaki (1):

  • Edifier
  • Baldi mop + baldi dan besen
  • Workout mat + dumbell + plank

Rak 3 kaki (2):

  • BBQ set
  • Tool boxes
  • Pesticides dan insect repellants
  • Shopping bags
  • Plugs + extensions
  • Vacuum

Sangkut dinding:

  • Kuali
  • Medals

Tepi tangga:

  • Tangga
  • Eisle
  • Karpet

69L 12: 

  • Hardware
  • Decoration
  • Electricals & electronics
  • Paints
  • Barang bayi
  • Pakaian kanak-kanak
  • Kotak
  • Barang perhiasan dan parti
  • Junks
  • Outdoor stuffs
  • Parts
  • Travel

42 L x 4:

  • Barang pejabat
  • Germax
  • Beg kertas
  • Barang-barang kerja

kemas bilik stor

Untuk cadangkan lain, anda boleh memaksimakan penggunaan ruang seperti:

  1. Merancang sebelum memulakan urusan menyusun atur semula.
  2. Senaraikan barang dalam stor ikut kategori.
  3. Ukur keluasan bilik.
  4. Buat pre-plan kedudukan rak dalam bilik.
  5. Cari saiz boltless rak yang sesuai dengan saiz bilik.
  6. Cari storage bin yang bersesuaian dari segi saiz dan kuantiti yang mencukupi untuk setiap kategori barang.

Hasil daripada proses pre-planning yang betul, ukuran baru diperoleh iaitu lebar 6 kaki, kedalaman rak kiri 2 kaki, manakala kedalaman rak kanan 1 kaki. Ada lebih kurang 3 kaki ruang di bahagian tengah untuk berjalan dan ambil barang tanpa sebarang halangan.

“Setiap barang diletakkan dan disusun sekata mengikut bentuk.”

kemas bilik stor

“Ruang tengah yang lebih luas untuk berjalan mencari barang.”

kemas bilik stor

“Barang disimpan dalam bekas simpanan yang dilabel dan rak yang teratur mengikut fungsinya.”

kemas bilik stor

“Tiada lagi barang yang bersepah di lantai.”

kemas bilik stor

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda kemas rumah dengan lebih teratur dan cepat. Selamat mencuba!

Sumber: Neena Zaidi

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.