Connect with us

Petua

Buat Inai Sendiri Dengan 3 Bahan Saja? Gadis Ini Tunjuk Cara Moden Yang Paling Mudah Boleh Jimat Bajet Tak Sampai RM3!

Avatar of hannani juhari

Published

on

inai buat sendiri

Buat Inai Sendiri Dengan 3 Bahan Saja? Gadis Ini Tunjuk Cara Moden Yang Paling Mudah Boleh Jimat Bajet Tak Sampai RM3!

Ramai kita lihat hari ini influencer dan artis sedang hangat mempromosikan produk inai jenama mereka. Sana buat promosi gila-gila, sini pun sama. Kadang-kadang harga tidaklah murah sangat, ada juga yang agak mahal dari biasa. Tetapi sebenarnya boleh sahaja inai buat sendiri di rumah dengan bahan alami yang kita yakin.

Inai buat sendiri homemade dari 3 bahan

Dekat pasaran inai berpuluh-puluh ringgit dijual. Sedangkan inai buat sendiri ini lebih banyak kelebihannya antara yang paling utama kita tidak perlu was-was untuk bawa solat sebab tahu apa sahaja bahan yang digunakan.

Berkongsi cara buat inai sendiri oleh Rosdiana Dian, yang didapatkan dari seorang rakannya. Ikuti bahan-bahan dan langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Bahan-bahannya:

  • Kapur sireh/kapur makan (setengah sudu makan)

inai buat sendiri

  • Sabun mandi jenis buku (sukatan 2cm persegi. Jika menggunakan sabun axion sukatan 1 sudu besar. Sabun perlu diparut halus untuk memudahkan ia larut.

inai buat sendiri

  • Pewarna makanan warna ceri merah jenis cecair

inai buat sendiri

Cara-caranya;

  1. Kesemua tiga bahan asas dicampur ke dalam mangkuk dan diadun sehingga sebati. Boleh diubah kelikatan dan kecairannya ikut kesukaan anda. Tetapi tidak perlu dicampur air.
  2. Kemudian, sapu rata dikuku menggunakan putik kapas yang bersaiz kecil.
  3. Biarkan ia selama 20 – 30 minit untuk kering.
  4. Selepas itu, cuci sehingga bersih.
inai buat sendiri

Bahan yang digual sehingga rata

inai buat sendiri

Siap dibancuh boleh dapat satu bekas kecil

inai buat sendiri

Tangan kanan dan kiri yang dipakaikan inai

“Hasilnya, memang sangat cantik!”

inai buat sendiri

Inai yang dibuat sendiri atau inai yang dibeli di kedai kedua-duanya tidak akan tahan lama. Untuk jangka masa dalam beberapa bulan sahaja, warnanya akan mulai pudar dan tidak terang lagi. Jadi anda jangan frust pula kalau inai dekat jari nanti sudah tidak menawan.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk kaum hawa di luar sana yang sangat suka pakai inai di jari. Cantik memang cantik tetapi soal sah atau tidak untuk dibawa solat itu perkara yang perlu diambil serius. Jangan sembarangan beli inai di kedai, sebelum anda yakin ia boleh dibawa solat.

Sumber: Facebook Rosdiana Dian

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.