Connect with us

Petua

DIY Penyidai Tuala Bertingkat Sendiri Lebih Jimat Ruang & Kemas, Hanya 2 Bahan Utama Yang Diperlukan

Avatar of hannani juhari

Published

on

penyidai tuala bertingkat

DIY Penyidai Tuala Bertingkat Sendiri Lebih Jimat Ruang & Kemas, Hanya 2 Bahan Utama Yang Diperlukan

Kebersihan diri memang sangat penting bagi memastikan kesihatan kita juga terjaga khususnya ketika penularan banyak virus penyakit yang mudah berjangkit antara satu sama lain ini. Salah satu kategori dalam kebersihan diri adalah kebersihan tuala. Tuala yang tidak bersih, akan mudah menjadi sarang bakteria. Tips ini untuk bantu anda buat sendiri penyidai tuala bertingkat di rumah yang lebih jimat ruang dan kemas.

Mengapa perlu jaga kebersihan tuala mandi?

penyidai tuala bertingkat

Tuala adalah sejenis fabrik penyerap atau kertas yang digunakan untuk mengelap atau mengeringkan. Ia berfungsi untuk menyahkan kelembapan melalui sentuhan dengan gerakan memedap atau menyapu.

Memang wajib ada tuala ketika kita mahu mandi untuk mengeringkan seluruh badan. Oleh kerana tuala selalunya sering dalam keadaan lembap selepas digunakan, ia perlu disidai atau dijemur untuk elak dari mengundang masalah kesihatan kulit.

Pastikan tuala kembali dalam keadaan kering setelah digunakan agar tiada kulat yang melekat padanya. Jemur tuala di tempat yang kering dan terkena sinar matahari. Oleh yang demikian, penggunaan penyidai tuala bertingkat memang sangat efektif dan berkesan dalam askpek penjagaan kebersihan diri ini. Ikuti perkongsian dari seorang pengguna Facebook Tan Sri Dato Mexon tentang petuanya.

Petua buat penyidai tuala bertingkat dari kayu terpakai

Tips yang dikongsikan oleh Tan Sri Dato Mexon ini dari ideanya sendiri memandangkan dia mempunyai 4 beranak di rumah yang agak sempit. Jadi idea ini terhasil setelah memikirkan masalah untuk menjimatkan ruang yang kecil.

Penyidai tuala bertingkat memang lebih jimat ruang di rumah dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Selain jimat ruang, ia juga jimat kos kerana hanya menggunakan bahan asas dari kayu terpakai  di rumah serta rod besi chrome di kedai hardware yang berharga tidak sampai RM50.

  • Pakai kayu terpakai yang ada di rumah pun boleh guna. Kemudian, untuk besi chrome pula boleh beli sahaja di kedai besi atau hardware memang ada dijual.
  • Beza antara selisih boleh ikut kemahuan masing-masing. Dia memilih ukuran 1 1/12 inci seperti dalam gambar. Namun untuk kelihatan lebih cantik, disarankan saiz atau ukuran yang tepat adalah 2 inci.

penyidai tuala bertingkat

  • Kayu untuk letak di dinding, ditebuk dengan menggunakan mesin drill. Cukup sekadarnya, tidak perlu berlubang pun sampai bawah. Manakala untuk kayu letak rod ia perlu dipahatkan dan dimasukkan ke dalam lubang tersebut.

 

penyidai tuala bertingkat

  • Untuk memastikan kayu lebih kukuh dan kuat, and boleh pilih sama ada untuk letak gam atau skru lagi.
  • Langkah seterusnya, proses filler menggunakan wood filler akan berlaku sebelum proses cat semula. Jika anda nak pahat atau tebuk juga boleh ikut kreativiti masing-masing tetapi pastikan terlebih dahulu ia benar-benar kukuh.

penyidai tuala bertingkat

  • Tebuk menggunakan router. Dalam masa yang sama rod besi tersebut boleh diisikan kayu sama padat. Cara ini untuk tebuk lubang dan skru agar rod tidak bergerak.

penyidai tuala bertingkat

Begitulah cara-cara dan tipsnya. Memang mudah sebenarnya tetapi perlu sabar dan setidak-tidaknya memerlukan sedikit pengetahuan dalam ilmu bertukang supaya anda tidak kekok semasa memegang alatan tukang. Namun jika nak cepat dan tidak susah payah berfikir sama ada idea anda berhasil atau sebaliknya, boleh sahaja beli penyidai tuala stainless steel yang dijual di pasaran. Lebih mudah dan tidak perlu berpenat lelah.

Semoga perkongsian ini memberikan anda manfaat untuk menghias rumah agar lebih cantik, kemas, dan praktikal!

Sumber: Facebook Tan Sri Dato Mexon

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.