Petua
Cara Simpan Daging Korban Yang Betul, 5 Tips Untuk Sentiasa Segar & Mampu Tahan Setahun
Cara Simpan Daging Korban Yang Betul, 5 Tips Untuk Sentiasa Segar & Mampu Tahan Setahun
Hari Raya Aidiladha atau Raya Korban ini pastinya ramai yang dapat berkongsi daging korban dari agihan mereka yang berkorban. Kadang-kadang dalam satu-satu masa boleh dapat lebih daripada 2 kilogram daging sekaligus. Untuk masak dan makan semua agak mustahil. Ikuti cara simpan daging korban ini untuk pastikan ia tahan lama.
Ibadah korban amalan umat Islam seluruh dunia
Ibadah korban menjadi amalan yang sangat banyak dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tempoh masanya pada beberapa waktu seperti:
- Pada Hari Nahar (10 Zulhijah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13. Korban tidak sah dilakukan pada malam sebelum Hari Raya (10 Zulhijah). Ia juga tidak sah dilakukan pada malam 14 Zulhijah.
- Dilakukan apabila berlalu masa dua rakaat solat sunat Hari Raya Adha serta bacaan khutbah. Sebagai contoh: Masa yang ditetapkan untuk solat sunat Hari Raya pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 9.30 pagi. Maka waktu berkorban bermula pada jam 9.30 pagi.
- Selepas tempoh tersebut, sama ada imam menunaikan solat atau tidak, sama ada orang berqurban menunaikan solat atau tidak, sama ada imam menyembelih haiwan korban atau tidak, hukumnya adalah sah.
- Waktu penyembelihan korban berterusan siang dan malam (tetapi makruh dilakukan pada waktu malam) sehingga Hari Tasyrik yang terakhir (13 Zulhijjah) sebelum terbenamnya matahari. Bagi penyembelihan korban yang dilakukan sebelum terbit fajar, maka hukumnya adalah tidak sah.
- Dilakukan selepas terbit matahari dan sebelum waktu solat sunat Hari Raya Adha adalah tidak mendapat pahala sunat dan tidak dikira sebagai ibadah.
Antara kelebihan ibadah korban ialah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya:
“Tidak ada amalan anak Adam daripada amal di hari Raya Udhiyah yang lebih disukai oleh Allah daripada mengalirkan darah binatang korban. Sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya dan rambutnya serta kuku-kukunya dan sesungguhnya darah korban akan diterima oleh Allah sebelum daripada menitisnya darah korban di bumi.” – (Hadis Riwayat At Tarmidzi)
Cara simpan daging korban supaya kekal segar
Cara simpan daging korban yang salah boleh menyebabkan ianya cepat busuk dan rosak. Berikut adalah perkongsiaan oleh seorang pengguna Facebook MB Johari Haji Ismail yang berkongsi ilmu dari Chef Mawi, Art of Butchery Inovasi Evolusi tentang tips yang berguna ini.
1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan
Daging korban yang mahu disimpan elakkan daripada dicuci terlebih dahulu. Hal ini kerana, apabila dicuci dengan air paip kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging tersebut sekaligus merosakkan kualiti daging. Namun begitu, anda boleh mencuci daging tetapi pastikan ia terus dimasak atau pun dimasak pada keesokan harinya.
2. Jangan simpan daging dalam kuantiti yang banyak ke dalam freezer
Sekiranya daging terlalu banyak, elakkan disimpan daging keseluruhan 2 hingga 4 kilogram dalam freezer. Apa yang perlu anda buat adalah potong daging dengan ukuran kecil, kemudian simpan dalam plastik berukuran 1/2 kilogram atau 1 kilogram.
Bila anda hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja manakala yang lain dibiarkan beku di dalam freezer.
3. Jangan terus simpan daging ke dalam ruang sejuk beku/freezer
Tips ini yang tidak ramai orang tahu. Daging sebelum disimpan dalam freezer perlu disimpan terlebih dahulu di dalam peti ais ruangan biasa selama 4 hingga 5 jam. Setelah daging menjadi sejuk, baru dimasukkan ke dalam ruangan freezer.
4. Jangan cairkan daging beku dengan menggunakan air panas.
Kita selalu buat kalau hendak cepat mencairkan daging yang beku, gunakan air panas. Sebenarnya inilah pantang larangnya untuk tidak mencairkan ais dalam daging atau daging beku dengan menggunakan air panas.
5. Jangan pakai beg plastik hitam
Akhir sekali, untuk cara simpan daging korban yang baik adalah elakkan dari memakai plastik warna hitam. Plastik hitam dipercayai dari sumber kitar semula dan mengandungi karsinogen yang mampu mengaktifkan sel kanser. Guna sahaja sarung plastik putih atau plastik lutsinar berseal.
Semoga tips cara simpan daging korban di atas dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin pada Hari Raya Haji ini. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, semoga amal kita diterima oleh Allah SWT.
Sumber: MB Johari Haji Ismail
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah