Petua
Bawang Putih & Minyak Zaitun Boleh Hilangkan Batuk Anak? Cuba Buat 12 Petua Ini Untuk Melegakannya Anak Pasti Boleh Tidur Selesa

Bawang Putih & Minyak Zaitun Boleh Hilangkan Batuk Anak? Cuba Buat 10 Petua Ini Untuk Melegakannya Anak Pasti Boleh Tidur Selesa
Untuk mencari rawatan atau ubat menyembuhkan kanak-kanak yang batuk memang satu cabaran. Beza kanak-kanak dengan orang dewasa yang sakit kerana mereka tidak boleh menerangkan keadaannya. Sebagai ibu bapa kita mungkin hanya mampu lihat anak batuk tetapi dari segi dalaman kita tidak mampu untuk mengagak bagaimana batuk tersebut boleh memberi impak kepada kesihatannya. Ini adalah 12 petua hilangkan batuk anak yang boleh anda cuba lakukan di rumah tanpa ubat-ubatan medikal.
Apakah punca batuk dan selsema sehingga susah hilangkan batuk anak
Kementerian Kesihatan mengatakan penyebab utama gejala selesema dan batuk adalah disebabkan virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring.
Dikatakan ada lebih 100 jenis virus yang menjadi punca pada jangkitan batuk, dan virus Rhinovirus dan Coronavirus kerap menyebabkan jangkitan. Bagi anak, mereka diserang selsema dan batuk berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian, bulu haiwan, cuaca yang tidak menentu, dan sistem imun yang rendah.
Tiga fasa dalam batuk
Terdapat beberapa peringkat seseorang kanak-kanak itu dijangkiti batuk. Antaranya seperti:
- Penyedutan (dalam sistem pernafasan)
- Peningkatan tekana di tekak dan paru-paru dengan kord vokal ditutup
- Pelepasan udara apabila kord vokal terbuka, sehingga memberikan batuk mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri
Petua untuk hilangkan batuk anak dengan cara yang mudah
Terdapar banyak petua untuk hilangkan batuk anak yang boleh kita lakukan di rumah. Antaranya adalah seperti:
1. Menggunakan madu asli
Madu terkenal dengan nutrisi dan antimikrobial. Ia terbukti dalam segi perubatan dan saintifiknya. Rawatan untuk batuk dan selesema juga amat banyak digunakan untuk menyembuhkan kanak-kanak.
2. Guna penyembur ubat titis hidung
Ubat titis hidung diperlukan untuk memudahkan anak anda menghembus mukus atau hingus yang tersekat di dalam hidung mereka. Ia boleh sahaja dibeli di farmasi atau hanya membuatnya di rumah.
3. Lakukan rawatan wap air
Rawatan wap air adalah salah satu kaedah yang disarankan oleh para doktor. Caranya dengan memanaskan air yang telah dicampur dengan balsem dan tempatkan ke muka anak. Biarkan anak menghidu wap tersebut untuk beberapa minit.
4. Pengambilan air yang mencukupi
Air diyakini sebagai keadah untuk hilangkan batuk anak kerana ia membantu menipiskan mukus, sekaligus memulihkan masalah hidung berair, dan melegakan sakit tekak.
5. Ubah posisi kepala semasa tidur pada kedudukan yang tinggi
Disarankan untuk anda letakkan beberapa bantal di belakang, bahu dan kepala anak ketika tidur agar mendapatkan kedudukan yang sedikit menegak. Cara ini membolehkan mereka bernafas dengan mudah.
6. Pastikan mendapat rehat yang cukup
Anak sakit patutnya mendapat rehat yang cukup dan elakkan dari terlalu letih. Jika boleh elakkan juga dibawa ke tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam atau pun kenduri dalam masa proses penyembukan sehinggalah mereka sembuh seperti sedia kala.
Hal ini kerana, apabila kita mendedahkan mereka kepada tempat awam akan mudah virus tersebar dari kawasan tersebut.
7. Campuran madu, lemon, dan halia
Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.
8. Kerap bersihkan bilik tidur, perkakas, dan pakaian
Anak yang batuk dan selesama mungkin boleh disebabkan oleh asma atau alahan. Oleh itu, rajin-rajinkanlah diri bersihkan bilik, perkakas, dan pakaian di rumah agar sentiasa bersih dari kuman dan bakteria.
9. Guna bawang putih dan minyak zaitun
Campuran bawang putih dan minyak zaitun boleh lakukan dengan dua kaedah sama ada menggunakna wap daripada semburan mandian panas di bilik air atau masak air panas lalu masukkan air tersebut ke dalam mangkuk besar.
Cara ini dikatakan dapat melancarkan pernafasan anak dengan mengeringkan selesema dan melegakan batuk dengan cepat.
10. Kaedah tepuk percussion
Keadah tepuk percussion dilakukan dengan cara menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung.
11. Lakukan urutan pada bayi
Urut bayi setiap kali selepas mandi. Bahkan kajian turut menunjukkan bahawa bayi yang selalu diurut akan mendapatkan keselesaan yang lebih baik, mudah dijaga, dan jarang meragam atau menangis.
12. Sentiasa bersama dengan anak
Berikan anak masa bersama yang lebih ketika mereka sakit. Dakap mereka dengan sentuhan dan pelukan. Jangan lupa pantau perkembangannya dan bawa berjumpa doktor jika keadaan bertambah buruk.
Sumber: Zayan
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.