KESIHATAN
Kehilangan Gigi Akibat Dicabut Menyebabkan Kepadatan Tulang Rahang Merosot Menyebabakan Seseorng Kelihatan Lebih Tua Dari Usia Sebebarnya
Kehilangan Gigi Akibat Dicabut Menyebabkan Kepadatan Tulang Rahang Merosot Menyebabakan Seseorng Kelihatan Lebih Tua Dari Usia Sebebarnya
Pernakah anda melihat seseorang yang wajahnya kelihatan lebih tua berbanding usia sebenarnya
Selain kedutan, kehilangan gigi akibat dicabut atau kerosakan gigi yang teruk juga memainkan peranan untuk menjadikan wajah seseorang kelihatan lebih tua daripada usia sebenarnya.Bagaimana ini berlaku?
Secara umum, tulang memerlukan rangsangan secara berterusan untuk mengekalkan bentuk dan kepadatannya.
Khusus untuk tulang rahang, rangsangan tersebut datangnya daripada pergerakan dan sentuhan terhadap permukaan gigi terutama ketika mengunyah ataupun sentuhan di antara gigi atas dan gigi bawah semasa beroklusi.
Daya sentuhan yang dihasilkan ini akan dihantar ke tulang rahang, dan mendorong sel-sel tulang untuk terus menjalankan proses regenerasi secara berterusan.
Apabila seseorang mengalami kehilangan gigi, secara tidak langsung, rangsangan yang diberikan ke atas tulang rahang juga akan turut hilang.
Dianggarkan sekitar 25% daripada kepadatan tulang akan berkurang dalam tahun pertama kehilangan gigi, menjadikan lebar tulang rahang turut mengalami penurunan.
Jika semakin banyak gigi yang hilang, maka kepadatan dan kehilangan tulang juga akan turut berlaku secara berterusan.
Ini akan mengakibatkan jarak dari hidung ke dagu menjadi semakin berkurangan dan bahagian bawah muka akan kelihatan semakin pendek.
Akibatnya, sudut bibir akan kelihatan semakin mengendur dan menjadikan wajah seseorang kelihatan lebih berusia daripada umur sebenar.
Selain itu, kehilangan kepadatan tulang yang berlebihan juga boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami masalah patah tulang rahang!
Oleh itu, jagalah gigi anda dengan baik bagi mengelakkan kerosakan gigi daripada berlaku.
Sekiranya anda mengalami kehilangan gigi, maka sebaiknya gantikan gigi tersebut dengan gigi palsu bagi mencegah keadaan ini daripada berlaku.
sumber dari : Dr Mohd Khairul Izwan,
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah