KESIHATAN
Rasulullah Ajar Keadah Perubatan Untuk Sembuhkan Demam Panas, Ini Caranya
Rasulullah Ajar Keadah Perubatan Untuk Sembuhkan Demam Panas, Ini Caranya
Demam ialah gejala dimana badan bekerja dengan lebih kuat memerangi jangkitan samada kuman bakteria ataupun virus. Ia juga boleh terjadi apabila badan bertindak balas terhadap masalah yang berlaku pada badan seperti strok haba akibat terdedah kepada cuaca yang terlalu panas dan keradangan organ dalam badan.
Bagaimana kaeadah perubatan orang zaman dahulu kala yang tidak mempunyai klinik dan sebagainya. Bagaimana mereka meredakan suhu panas badan dialami?
Dalam beberapa hadis, Nabi Muhammad SAW ada mengajarkan teknik pengubatan Nabawi dalam meredakan segera suhu badan yang tinggi akibat demam. Baginda mengajarkan kita kaedah paling mudah iaitu hanya perlu mandi air sejuk untuk menurunkan panas demam.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan Aisyah r.a bahawa Nabi bersabda, “Demam adalah bahagian dari keluasan jahanam (neraka). Kerana itu dinginkan ia dengan air. Malah saat akhir sebelum Nabi Muhammad mengalami demam yang mengakibatkan Rasullullah wafat, Baginda meminta agar tubuhnya disriram dengan air sebanyak tujuh kali.
Satu lagi hadis mengenai demam turut dinyatakan.
“Apabila salah seorang daripada kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah dia mandi selepas fajar Subuh dan sebelum terbit matahari. Hendaklah dia mengucapkan yang bermaksud “Dengan Namamu Ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu dan benarkan bimbingan RasulMu (Riwayat At Tirmidzi).
Tetapi hari ini kemajuan sains telah mengambil alih keadah ini di mana apabila sakit kita bertemu doktor dan diberikan antibiotik. Dari sudut sains, demam yang menyerang manusia memiliki beberapa kebaikan. Hal ini terbukti secara ilmiah dan sesuai dengan hadis Nabi. Saat seeorang diserang demam, maka kadar zat endorphin di dalam tubuhnya akan bertambah.
Zat endorfin ini dihasilkan oleh sel darah putih. Ia dapat membunuh virus atau bakteria yang menyerang tubuh. Endorfin boleh membentuk antibodi melindungi tubuh. Ia tidak hanya menyelamatkan tubuh dari virus dan bakteria tetapi menambah daya tahan dan kekebalan tubuh dari pelbagai penyakit serta membantu menghilangkan sel-sel kanser. Dengan itu, demam dapat mencegah timbulnya sel-sel kanser berpotensi seseorang terkena penyakit kanser.
Bahkan tentang demam juga, saat seseorang demam dia mencaci maki dan Baginda telah bersabda, “Jangan kau mengumpatnya. karena ia dapat menghilangkan dosa, sebagaimana api dapat melembutkan besi yang keras,” (HR. Ahmad).
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah