AGAMA
Kehadiran Makhluk Halus Tumpang Bangunan Kediaman, Bilik Penginapan Yang Ditinggalkan Dalam Tempoh Yang Lama
Kehadiran Makhluk Halus Tumpang Bangunan Kediaman, Bilik Penginapan Yang Ditinggalkan Dalam Tempoh Yang Lama
Bangunan kediaman atau bilik penginapan yang tidak berpenghuni atau ditinggalkan dalam tempoh yang lama boleh mengundang kehadiran makhluk halus.
Keberadaan ‘penghuni baharu’ itu dikhuatiri akan mengganggu ketenteraman manusia yang dianggap sebagai penceroboh lokasi persinggahan mereka.
Pengamal perubatan Islam, Mohd. Romei Ngah berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wujud entiti halus di bangunan atau premis terutama rumah dan bilik penginapan yang ditinggalkan biarpun dalam tempoh sementara.
MOHD. ROMEI
Menurutnya, dari sudut mistik, terdapat pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan kehadiran ‘penghuni baharu’ termasuk penginapan yang terletak di pinggir hutan atau berdekatan semak.
“Mereka yang meninggalkan rumah dalam tempoh lama berikutan larangan rentas negeri disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan diingatkan agar lebih berhati-hati.
“Mereka yang berhasrat pergi bercuti juga harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana penginapan yang ditempah mungkin menjadi lokasi persinggahan ‘penghuni baharu’.
“Kita tidak boleh nampak makhluk halus kecuali mereka yang mempunyai gangguan sihir atau saka. Apatah lagi jika lokasinya terletak di tepi hutan, jadi memang mudah untuk masuk atau singgah,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Tambah beliau, bagi yang beragama Islam, ucapan salam perlu diberikan sebelum masuk ke dalam rumah atau lokasi penginapan diikuti laungan azan dan bacaan ayat Kursi sebagai pendinding bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah