SEMASA
Keadaan kesihatan Bob Lokman kini kurang baik apabila jantungnya lem4h dan sakit perut sejak lebih seminggu lalu, beliau mohon doakan kesihatannya baik-baik saja
Keadaan kesihatan Bob Lokman kini kurang baik apabila jantungnya lem4h dan sakit perut sejak lebih seminggu lalu, beliau mohon doakan kesihatannya baik-baik saja
Keadaan kesihatan Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 58, seorang pelakon dan penulis lirik, kini kurang baik apabila jantungnya lem4h dan sakit perut sejak lebih seminggu lalu. Beliau berkata, dia sekarang lebih banyak berehat di atas katil dan berjalan di dalam rumah saja kerana cepat penat dan sukar bernafas.
“Keadaan kesihatan saya sekarang memang tidak menentu. Sejak lebih seminggu lalu terasa agak t3ruk sedikit sebab jantung lem4h dan sakit perut. Sekarang pun, perut saya keras dan sukar membuang air. Saya pun tak tahulah apa sebenarnya sakit ini sebab belum jumpa doktor lagi untuk pemeriksaan lanjut. Temujanji saya dengan doktor di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 27 Mac ini,” katanya kepada Harian Metro.
Bob yang menetap di Kelantan berkata, buat masa ini dia duduk di rumah sehingga ke tarikh itu memandangkan ubat yang dibekalkan pihak hospital masih ada. Menurut Bob, dia sebenarnya trauma untuk ke hospital selepas menjalani rawatan laser di jantungnya, pada 3 Oktober tahun lalu yang didakwanya sangat meny4kitkan.
Ia sedikit-sebanyak membuatkan Bob fobia dan tidak mahu melaluinya lagi. “Saya juga dah lama sangat s4kit. Walaupun semangat nak sihat itu ada, tetapi dari segi psikologi terganggu juga. Macam-macam yang saya fikirkan. Saya juga tidak boleh memandu lagi sekarang. Jika hendak ke mana-mana, anak yang akan bawakan. Saya mohon doakan kesihatan saya baik-baik saja,” katanya yang turut memaklumkan isteri, Relawati Daud dan anak kini mengurus perniagaan bubur daging dan serunding daging sejak dua tahun lalu.
Terdahulu, Bob pernah dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah pada 1 Oktober tahun lalu berikutan jantungnya pada bahagian atas tidak berfungsi dengan baik. Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama itu turut menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu ‘Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di hospital berkenaan pada awal Disember 2020 lalu
Sumber: https://www.hmetro.com.my
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.