Connect with us

SEMASA

Tokoh ulama Perak, Tuan Guru Syeikh Ismail Alang Muhammad al-Kholidi telah kembali ke rahmatullah di Kuala Kangsar Pada Usia 97 Tahun

Published

on

dwverb

Tokoh ulama Perak, Tuan Guru Syeikh Ismail Alang Muhammad al-Kholidi telah kembali ke rahmatullah di Kuala Kangsar Pada Usia 97 Tahun

Tokoh ulama Perak, Tuan Guru Syeikh Ismail Alang Muhammad al-Kholidi telah kembali ke rahmatullah di Kuala Kangsar. Nama sebenar beliau, Syeikh Ismail Bin Alang Muhammad dilahirkan sekitar tahun 1925/1926 dan mendapat pendidikan awal dari datuknya sendiri, Mufti Haji Ismail Hamzah dalam asas ilmu agama. Ketika di usia muda beliau giat mempelajari ilmu agama disekitar Perak dengan berguru dengan beberapa para alim ulama terkenal seperti Syeikh Abdullah Fahim. Allahyarham meninggal dunia pada usia 97 tahun.

IMG 20220309 091944 1020x1024 1

“Moga Allah Taala menerima segala amal kebajikan, jasa baktinya terhadap agama dan penat lelah Allahyarham dalam mendidik masyarakat. Moga Allah Taala menempatkan Allahyarham di kalangan mereka yang mendapat Syurga ilahi. Amin”

BIOGRAFI SHEIKH ISMAIL ALANG

Biografi Syeikh Ismail Alang Muhammad al kholidi Mursyid ke 37 tariqat nasyabandi al kholidi. Diberi nafas baru dengan menggunakan nama Tarikat Amirul Mukminin Abu Bakar As-Siddiq.

Tuan guru Syiekh Ismail Alang Muhammad Al Kholidiah (umur 89 tahun) mursyid ke 37 wasilah nasyabandi mendapat tauliah mengajar kelas khas pertama dalam pengajian Al-Quran dalam bahagian tauhid, fekah, tasawuf, makna(tafsir) bacaan dan tajwid oleh Raja Muda Musa selaku ketua agama pada tahun 1947 (sebelum merdeka). (Sijil yg ditanda tangani oleh raja muda musa masih tersimpan dirumahnya)

Mendapat pendidikan awal dari datuknya sendiri, syiekh haji ismail yg merupakan mufti perak ketika itu. Ketika usia muda beliau giat mempelajari ilmu agama disekitar perak diantaranya :

1. Syeikh Abdul Rahman Al kholidi Gunung Panjang (Wasilah mursyid yg ke 36)

2. Syeikh Abdullah Fahim (ilmu falaq) Datuk kepada Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Abdullah ahmad Badawi

3. Syiekh Fakeh Osman

4. Syeikh Haji Bidin – Menantu kepada Syiekh Ahmad Yatim -murid kepada Syiekh Abdul Wahab Rokan.

5. Hj Ismail – Bekas Mufti Perak (Datuk)

6. Hj Saaya – Bekas mufti/Khadi Perak

7. Syeikh Tahir – Ahli falaq Ulama Perak

8. Tuan Syiekh Pikwi (Guru yang rapat)

9. Hj Arsyad Karai (ulama perak)

IMG 20220309 091917 653x1024 1

Tuan guru adalah anak saudara kepada ulama mahsyur Syeikh Idris Al Merbawi sedikit sebanyak telah mempengaruhi beliau dalam bidang tafsiran bahasa Al-Quran. Mula bersuluk dgn syiekh abdul rahman al kholidi gunung panjang ketika berumur 19 tahun.

Menurut beliau sememangnya dari kecil menjadi kebiasaan dididik oleh datuknya untuk sentiasa membersihkan diri sebagai hamba allah dengan bersuluk. Diantara tempat suluk yang biasa dihadiri oleh datuk beliau adalah di Istana kuning Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak dipimpin oleh Sultan Alang Iskandar dikenali juga Sultan Alim.

Diantara yang selalu turut serta bersuluk disini adalah datuk kepada Bekas Perdana menteri malaysia Tun Abdullah Badawi. Semasa bersuluk dengan Syiekh Abdul Rahman al kholidi (mursyid nasyabandi yg ke 36) selama 40 hari, beliau dilantik menggantikan mursyid pada hari yang ke 4 suluk dgn disaksikan beberapa khalifah diantaranya Syiekh Fakeh Osman, Syiekh Haji bidin dan Tuan guru Syeikh Abdul Rahman sendiri.

Namun selepas perlantikan menjadi mursyid pada ketika itu berumur 22 tahun, beliau telah ber’uzlah’ menjauhkan diri dari masyarakat kerana berpendapat tidak layak menyampaikan kerana terasa diri masih muda. Selang beberapa tahun akhirnya setelah dibuka hati untuk menyampaikan semula, pada umur 40 tahun, beliau kembali kepada masyarakat untuk menyampaikan.

Dengan berkat kesabaran serta ketekunan juga sifat yang bersederhana dalam menyampaikan pengetahuan Al-Quran, kepada guru-guru pondok sekitar tahun 1940-1970an dinegeri2 sekitar perak, kedah, selangor dan negeri sembilan. beliau telah melahirkan beberapa ulama yg terkenal dizamannya.

IMG 20220309 091927 654x1024 1

Diantara ulama-ulama dan ilmuan yang pernah mengambil baiah amal syahadah dengan/bersama beliau ialah :

1. Syeikh Mahmud Gunung Besar, kedah (ketua ulama pondok kedah) -Murid

2. Syeikh Abdul samad (padang rengas) – Murid

3. Syeikh Mat Saman Kati – Guru kepada Sultan Idris Syah. – Penasihat dan satu perguruan dalam nasyabandi ( Syiekh Abdul Rahman Gunung Panjang)

4. Syeikh Idris Changkat Lobak (ulamak pondok Kelantan/Mekah) – Murid

5. Syeikh Haji Ibrahim Kampar (Guru darul ulum, Mekah) – Khalifah dalam nasyabdani (Syeikh Abdul Rahman Gunung Panjang) Rakan Seperguruan.

6. Syeikh Mohd Arif

7. Syiekh Abdul Latif Gerik (Pakteh) – murid. Yg menuntut ilmu dengan beliau lebih dari 3 tahun

8. Syeikh Abdul Ghani – Pengarah UKM Bangi – Murid yang mendapat darjat Mursyid tetapi sudah meningg4l.

9. Haji Azid – Ketua perpustakaan UM Kuala Lumpur – Sahabat

10. Tuan Haji abdullah affandi (ayahnya Haji Majid Kholidi) – Sahabat

11. Tuan Haji Zakaria (sahabat)

12. Tan Sri Dr Harussani zakaria (mufti perak) – Murid. Bertemu ketika Tan Sri keuzuran ketika itu sebelum anaknya meninggal di Mesir.

13. Syeikh Haji Maarof lenggeng – Sahabat. Gurunya seperguruan dengan Tuan Guru Sulaiman Zuhdi jabal kobais, Mekah beserta Syeikh abdul Wahab Rokan.

14. Ustaz Samad Noh

15. Hj Ghazali – Murid. (bekas mufti Selangor dan Perak)

16. Dr Mohd Yusof – Bekas Mufti Wilayah – Asal Kuala Kangsar, anak saudara Dr Burhanuddin Helmi.

17. Tuan Junus – Malim Nawar – Sahabat

18. Tuan Junid – Padang Rengas – Sahabat

19 Haji Abdul Wahab Jelutong

20. Dr Burhanuddin Helmi – Sahabat

21. Haji Abd Latif Mohd Nor -Bagan Serai (khalifah) seperguruan ketika menuntut dengan Syeikh Abdul Rahman. Sebelum pemergian beliau menasihatkan anak2 murid beliau terus menuntut dengan Syeikh Ismail Alang Muhammad.

Menurut beliau pada masa itu pengajian bahasa arab dan pengajian alquran adalah dalam aliran berbeza. Pengajian alquran merupakan peringkat tertinggi dibahagikan kepada pengajian bacaan alquran, tajwid, makna(maksud), tauhid, fekah, tasawuf dan lagu alquran. Beliau salah seorang daripada empat orang pelajar seluruh perak yang dianugerahkan sijil khas pelajaran Kerajaan Perak oleh Raja Muda Musa.

IMG 20220309 091849 1024x751 1

Tuan guru juga pernah membuka beberapa sekolah pondok bagi membolehkan beliau menyampaikan ilmu-ilmu agama kepada pelajar-pelajar yg ingin mendalami kelas fardhu ain, beserta mengajar pengesahan amalan iaitu mengenal martabat nafsu didalam diri bermula dengan amalan syahadat.

Diantara sekolah pondok yang beliau dirikan adalah sekolah agama rakyat di Jamuan, kuala kangsar, (1947) Pondok Riadah Solihin (1986) dan Pondok Riadah Solihin Kg Tiong, Kati (2012). Berpengalaman dalam menyampaikan ilmu agama serta ilmu amalan melebihi 60 tahun.

Pada tahun 2013 setelah melihat banyak aliran tarikat nasyabandi yg membawa maksud membersihkan kritik-kritik sy4itan dihati yang menyeleweng amalannya dari tariqat asal, maka beliau telah menamakan jalan yang dipimpinnya dengan nama Tariqat Amirul Mukminin Abu Bakar Assidiq.

Beliau pernah bersama memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu bersama2 dengan UMNO yang beliau dijelaskan adalah sebenarnya dari singkatan perkataan arab AMANU (perjuangan kaum beriman)…setelah kemerdekaan beliau berjuang bersama-sama sahabatnya Dr Burhanuddin Helmi menubuhkan Parti Islam Semalaysia..

Tuan guru seringkali dilantik mengetuai muzakarah ilmu oleh rakan seperjuangan kerana dikurniakan penerangan hati yang terang dalam menafsirkan Al-Quran. Pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa mesyuarat besar ulama’ ketika menentang Malayan Union yang dibuat di istana iskandariah pada tahun 1947.

Sumber : sk/Amalan Syahadah via https://ondeondepetang.com

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending