SEMASA
Dua Jurugambar Akhbar Tempatan Berjaya Menyelamatkan Seorang Wanita Yang Mahu Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang
Dua Jurugambar Akhbar Tempatan Berjaya Menyelamatkan Seorang Wanita Yang Mahu Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang
Dua orang jurugambar akhbar tempatan The Star dan The Sun berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai mahu terjun dari Jambatan Pulau Pinang kira-kira jam 12.30 tengahari.
Ketika kejadian, jurugambar The Star, Ahmad Zhafaran Nasib, 38, dan jurugambar The Sun, Masry Che Ani, 48, dalam perjalanan dari Butterworth menuju ke Georgetown .
Sebaik melalui kawasan tersebut, mereka melihat seorang wanita berada dalam keadaan mencurigakan di atas tembok jambatan berkenaan.
Menurut Masri, dia memberanikan diri mendekati wanita bertopi keledar itu yang duduk di atas tembok jambatan.
“Selalunya kami bertugas merakam gambar pasukan penyelamat yang melakukan operasi menyelamat, namun tak sangka ia berlaku di depan mata.
“Mahu tidak mahu kami terpaksa mengambil risiko kerana bimbangkan keadaan wanita tersebut, syukur semuanya selamat” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu Ahmad Zhafaran berkata, dia mengambil masa kira-kira 40 minit untuk memujuk wanita itu sementara menunggu ketibaan pihak berkuasa yang tiba ke lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.
Sumber; AlHijrah Online
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.