SEMASA
Kanak-Kanak Cepat Mengira Bagaikan Kalkulator, Tak Sampai 5 Saat Selesai Jawab Soalan Matematik Spontan
Kanak-Kanak Cepat Mengira Bagaikan Kalkulator, Tak Sampai 5 Saat Selesai Jawab Soalan Matematik Spontan
Kanak-kanak pintar adalah aset dalam sesebuah negara. Kecerdasan kanak-kanak yang ditakrifkan sebagai bijak boleh dikenal pasti dari tahap kecerdasan (intelligence quotient – IQ) yang tinggi. Mereka yang dianggap pintar dan cerdas akan memiliki tahap kecerdasan di atas 130. Walau bagaimanapun, kebolehan luar biasa ini terbahagi kepada beberapa aspek seperti intelektual, akademik, verbal, kemahiran sosial, muzik, kemahiran fizikal dan kecerdasan emosi. Ini adalah kisah kanak-kanak cepat mengira yang ada rahsia tersendiri.
Hentakkan jari berkali-kali di atas meja, kanak-kanak cepat mengira viral di media sosial
Tidak bernama, juga tidak tahu berapa umurnya, seorang kanak-kanak bertudung yang berasal dari Indonesia menunjukkan kecerdasannya luar biasa dalam mengira soalan-soalan matematik secara spontan. “Kanak-kanak cepat mengira” itu adalah istilah yang tepat untuk mengelarnya. Kecepatannya sama seperti seseorang yang menggunakan kalkulator untuk menyelesaikan rumus matematik.
Dia yang dalam lingkungan umur sembilan ke sebelas tahun ini dirakamkan oleh seseorang semasa sedang mengira.
Penyoal: 29 x 5 + 21 – 45 + 20 + 11. Jadi?
Kanak-kanak: 152 !
Penyoal: 6x 22 + 2 + 65 – 28 + 42 + 25. Berapa?
Kanak-kanak: 238 !
Apa itu jarimatika?
Jika anda perasan ketika sedang mengira, kanak-kanak perempuan tadi akan menghentak-hentakkan jari-jemarinya untuk mengira. Kaedah mengira dengan memggunakan jari ini dikenali sebagai jarimatika yang diasaskan tekniknya oleh Puan Septi Peni Wulandani beberapa tahun lalu.
Dengan cara ini, anak-anak sekolah rendah khususnya akan terbiasa untuk menghitung operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi. Tanpa pensil, atau kertas, dengan jarimatika kanak-kanak atau sesiapa sahaja boleh menyelesaikan rumus matematik yang rumit dari kepala.
Kaedah belajar jarimatika
Sebelum seseorang menguasai atau mendalami ilmu jarimatika, perkara asas yang dia perlu tahu adalah kedudukan jari dan maksudnya.
- Ibu jari kanak = 5, sedangkan jari kanan yang lainnya adalah angka satu.
- Ibu jari kiri + 50, sedangkan jari kiri lainnya adalah angka puluhan.
Contohnya, jika anda mahu membentuk angka 8 dengan jari kanan. Anda perlu keluarkan ibu jari kanan (=5) dan 3 jari lainnya (=3).
Bagi tangan kiri pula, untuk membentuk angka 50. Hanya keluarkan ibu jari kiri (=50). Misalnya, untuk membentuk angka 62 dengan tangan kanan dan kiri.
Anda perlu keluarkan ibu jari kiri (=50), 1 jari kiri (=10) dan 2 jari kanan (=2). Mudah bukan?
Kelincahan dan kepantasan kanak-kanak perempuan yang viral ini memberikan dia keistimewaan yang luar biasa sebaris dengan nama kanak-kanak lain yang terkenal di sana seperti Petra Jheremy, dan Ilham Akhyar dengan panggilan “kanak-kanak kalkulator”.
Matematik adalah satu cabang ilmu yang sangat bermanfaat dan berguna bukan sahaja dalam pembelajaran bahkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Ilmu matematik ibarat “ratu” kepada ilmu sains, dan ia saling berkait antara satu sama lain. Mendedahkan kanak-kanak dari usia muda untuk mencintai dan menguasai ilmu ini adalah sangat penting bagi mengasah otak dan kemahiran lain.
Sumber: Tribun Pontianak
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah