Connect with us

SEMASA

Disebalik Cuti Umum Hari Malaysia, Ada Sejarahnya Yang Perlu Rakyat Malaysia tahu dan Ajarkan Kepada Generasi Sekarang

Published

on

hari malaysia

Disebalik Cuti Umum Hari Malaysia, Ada Sejarahnya Yang Perlu Rakyat Malaysia tahu dan Ajarkan Kepada Generasi Sekarang

16 hari selepas Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan Negara, ada lagi satu peristiwa yang cukup memberikan makna kepada masyarakat iaitu Hari Malaysia. Setiap tahun cuti umum Hari Malaysia terselit pada tarikh 16 September. Namun cuti ini bukan sekadar cuti biasa kerana ada sejarah yang berharga perlu dipelajari.

Makna disebalik Hari Malaysia

hari malaysia

Tahun 1963 tanggal 16 September kira-kira enam tahun menjadi tarikh keramat bagi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak. Pada hari tersebut, berlakunya pembentukan, pengistyitiharan penubuhan Malaysia menjadi sebuah negara baharu.

Bermula hari hasrat Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Malaysia, kemudian hanya sehingga Oktober 2009 Bekas Perdana Menteri keenam berjaya merealisasikan keinginan tersebut menjadi cuti umum untuk diperingati. Dewan Rakyat gamat dengan sorokan sejurus pengumuman pengisytiharan persekutuan Malaysia berlaku diikuti penyertaan Sabah dan Sarawak.

Bagaimana Malaysia boleh terbentuk?

“Keluarga Malaysia, Teguh Bersama” adalah tema yang menjadi kebangaan Hari Malaysia 2022. Dalam kehangatan menyambut peristiwa ini pastinya, ada yang tertanya-tanya tentang kronologi sejarah pembentukan tersebut berlaku.

1. Hasrat Tunku Abdul Rahman

hari malaysia

  • Bantu membebaskan Sabah, Sarawak, dan Singapura daripada penaklukan komunis.
  • Mahu menyatukan Tanah Melayu bersama tiga lagi wilayah tersebut untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.

2. Tempoh genting 1957 hingga 1963

Tahun 1957, Tanah Melayu sudah mencapai kemerdekaannya tetapi belum lagi wujudnya nama Malaysia. Bahkan penyatuan wilayah berdekatan Tanah Melayu seperti Sabah, Sarawak, dan Singapura juga belum berjaya bagi mewujudkan gerakan ekonomi dan sosial yang serupa.

3. Cadangan disuarakan

Tanggal 27 Mei 1961 bertepatan di Hotel Adelphi, Singapura, Tunku Abdul Rahman menyuarakan hasrat dan ideanya mengenai pembentukan Malaysia.

4. Reaksi Sabah dengan pembentukan Malaysia

Pada mulanya, idea itu diterima dengan sangat baik oleh Perdana Menteri Singapura dan pihak British. Namun ia ditentang keras oleh Sabah dan Sarawak. Suasana yang penuh dramatik berlaku satu persatu serta melibatkan campur tangan luar serta suara ramai.

Malah, Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (JPPK) diketuai oleh Donald Stephen bertugas nenerangkan kepada orang ramai tentang Gagasan Malaysia serta mengumpul pandangan dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.

5. Pembentukan Suruhanjaya Cobbold

Tekanan demi tekanan berlaku, namun tidak sesekali mematahkan usaha pembentukan Malaysia. Lagi sekali, Pembentukan Suruhanjaya Cobbold dibentuk bertujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang penubuhan Malaysia, membuat penilaian, dan mengemukakkan cadangan.

hari malaysia

6. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia

Hasil kata sepakat, maka termeterailah Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia yang telah ditandatangani oleh wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura, di London demi membentuk gagasan pembentukan Malaysia.

7. Penubuhan Malaysia

Tarikh bersejarah 16 September 1963 di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman disaksikan oleh 30,000 rakyat hadir menyaksikan upacara berkenaan. Laungan “Merdeka” dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman menandakan semua negara yang baru.

Ia turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja Melayu, dan Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, dan Singapura.

Mengapa Brunei dan Singapura keluar Malaysia?

Pasti anda tertanya-tanya, mengapa Brunei tidak termasuk dalam wilayah Malaysia, dan Singapura pula yang sudah terlebih dahulu menandatangani Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia boleh keluar begitu sahaja?

1. Brunei menolak bergabung kerana beberapa alasan

hari malaysia

Sultan Brunei ke-28, Sultan Omar Ali Saifuddien III menolak mentah-mentah idea gabungan ini kerana berpendapat Brunei mampu untuk berdiri sendiri tanpa bantuan British atau tangan luar lain. Bahkan beliau mengemukakan beberapa alasan munasabah berkenaan:

  • Hasil minyak yang perlu dikongsi.
  • Keinginan untuk menguasai dan mengawal secara kekal hasil bumi dan semua pendapatan minyak.
  • Ekonomi Brunei akan tergugat bila mana pendapatan hasil minyak perlu diberikan kepada persekutuan 10 tahun selepas Brunei ke dalam Malaysia.
  • Kedudukan kesultanan Brunei yang tergugat di bawah pemerintahan.

2. Singapura duri dalam daging

hari malaysia

Singapura bertindak untuk keluar dari Malaysia kerana masalah ekonomi, politik, dan isu perkauman dari konsep “Malaysia Malaysia”.

  • Isu ekonomi – disebabkan pemungutan hasil cukai dibahagikan 60% kepada Singapura dan 40% kepada kerajaan persekutuan.
  • Isu politik – PAP yang pada mulanya tidak mahu terlibat dalam pilihan raya Tanah Melayu kemudian, memungkiri janji dan menyertai Pilihan Raya 1964.
  • Isu perkauman – masyarakat Melayu Singapura rasa terabai di Singapura.
  • Isu konsep – “Malaysia Malaysia” menafikan institusi Kesultanan Melayu dan mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Akhirnya, Singapura keluar Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan tidak menjadi satu negara sama denga Malaysia.

Semangat perpaduan 31 Ogos & 16 September yang sama

Sama ada Hari Malaysia atau Hari Kemerdekaan Negara, kedua-duanya mempunyai maksud dan sejarah yang berbeza tetapi ada kaitan antara satu sama lain. Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 hanya hari pembebasan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa British.

hari malaysia

Berbeza dengan Hari Malaysia, di mana ia bertujuan menyatukan kesemua wilayah berhampiran bagi membebaskan Sabah, Sarawak dan Singapura daripada pengaruh Komunis yang sangat kejam ketika itu.

Oleh yang demikian, semangat perpaduan dan sifat patriotisme, bagi kedua-dua peristiwa ini perlulah diraikan dengan penuh kemeriahan dan semangat perjuangan yang tinggi kerana setiap nikmat yang generasi kita rasai hari ini ada jerih-payah dan darah pahlawan yang gugur mempertahankan kita.

Sumber: Harian Post

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending