Kisah
Kanak-kanak Baru Berusia Sembilan Tahun Meminta Izin Ibunya Untuk Peluk Islam, Siapa Sangka, Ibunya Merestui Dengan Keputusan Anaknya
Kanak-kanak Baru Berusia Sembilan Tahun Meminta Izin Ibunya Untuk Peluk Islam, Siapa Sangka, Ibunya Merestui Dengan Keputusan Anaknya
Tanpa mengira latarbelakang, sejarah silam mahupun usia seseorang, jika Allah berkehendak, sekali gus individu tersebut boleh berubah 360 darjah. Hidayah itu milik Allah. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam (Surah Al-An’aam: 125).
Begitulah dengan kisah kanak-kanak ini yang dikongsi oleh seorang lelaki bernama Muhammad Bilal, menerusi laman Instagram miliknya.
Baru-baru ini, Bilal memuat naik sebuah posting berupa rakaman video memaparkan kanak-kanak berusia berusia sembilan itu tahun mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya. Malah, dia mengikuti setiap bacaan kalimah dengan lancar sekali.
Menurut lelaki itu, kanak-kanak tersebut dan ibunya sering menyertai program ‘Homeless Feeds’ bersama Bilal untuk memberi makan kepada golongan gelandangan dan tertarik dengan Islam.
Bagaimanapun sebelum mengucap dua kalimah syahadah, Bilal menyuruh kanak-kanak itu supaya meminta izin ibunya terlebih dahulu.
KLIK DI SINI UNTUK VIDEO INSTAGRAM
Namun, jawapan ibunya sangat mengejutkan! Walaupun berlainan agama, siapa sangka ibunya merestui dan berkata bahawa dia gembira dengan apa jua keputusan anak kecilnya itu dan akan sentiasa menyayangi serta menyokongnya.
“Tak semua ibu menyokong anaknya memeluk agama lain seperti ibu ini, Ma Shaa Allah. Moga Allah merahmatinya dengan cahaya Iman,” tulis Bilal menerusi sebuah perkongsian lain.
Kanak-kanak itu kini telah menukar namanya daripada ‘Rudy’ kepada nama Islam iaitu Muhammad Muzammil dan mula menghadiri solat Jumaat buat pertama kali pada minggu lepas.
Hari ini, Bilal memuat naik sebuah lagi posting menunjukkan Muzammil bersama ibunya memberi bantuan kepada seorang warga emas dengan cara menghantar bekalan makanan kepadanya.
Baik sungguh hati Muzammil dan ibunya, suka membantu orang lain dalam kesusahan. Sungguh Bertuah, kecil-kecil lagi Allah sudah diberi hidayah untuk memeluk agama Islam.
Sumber: Instagram @qaribilal786
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.