Kisah
Kanak-kanak baru berusia 7 tahun ini sudah mahir menebar roti canai dalam membantu keluarganya di gerai makan mendapat perhatian pelbagai pihak selepas tular di media sosial
Kanak-kanak baru berusia 7 tahun ini sudah mahir menebar roti canai dalam membantu keluarganya di gerai makan mendapat perhatian pelbagai pihak selepas tular di media sosial
Kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun sudah mahir menebar roti canai. Bukan satu malah 50-60 keping roti canai ditebar setiap hari hasil daripada tunjuk ajar ibu dan ayahnya , Ruslin Meli, 45, dan Yuwita Shuib, 35, kira-kira tiga bulan lalu.
Kesungguhan dan kerajinan murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tunjong, Kangar, Perlis, yang dikenali sebagai Yusra Asna Ruslin, dalam membantu keluarganya di gerai makan telah mendapat perhatian pelbagai pihak selepas tular di media sosial, baru-baru ini.
Memetik berita yang dilaporkan di Sinar Plus, kanak-kanak ini bukan sahaja rajin dan sanggup bangun seawal jam 4 pagi sepanjang cuti persekolahan yang lalu, tetapi kepandaian dan bakat dalam menebar roti canai itu adalah antara faktor utama murid ini tular.
Belajar Kerana Minat
Menurut Yusra Asna, dia belajar menebar roti canai daripada ibu bapanya, Ruslin Meli, 45, dan Yuwita Shuib, 35, kira-kira tiga bulan lalu.
Katanya, dia kini sudah mampu menebar antara 50 hingga 60 keping roti canai sehari.
“Saya memang minat tebar roti canai sebab selalu lihat ayah dan mak buat roti canai di kedai makan kami.
“Sebab itu saya belajar daripada mereka dan akhirnya mampu menebar puluhan roti canai sehari,” katanya yang memasang impian membuka restoran makanan apabila dewasa kelak.
Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, proses menebar roti canai agak sukar, tetapi lama-kelamaan ia menjadi mudah.
“Ia ada beberapa peringkat dalam proses menebar roti canai ini. Saya ikut satu persatu apa yang diajar oleh ayah dan ibu, akhirnya saya dapat buat,” ujarnya.
Video Tular, Gerai Semakin Dikunjungi Ramai
Sementara itu, bapanya, Ruslin berkata, Yusra Asna merupakan seorang anak perempuan yang suka belajar dan mudah faham dengan apa yang diajar.
“Di awal-awal dulu, banyak juga roti canai yang rosak, namun lama kelamaan Yusra Asna mampu menebar dengan sempurna,” jelasnya.
Kedai makan keluarga Yusra Asna dibuka seawal pukul 5.30 sehingga 11 pagi dan dikunjungi orang ramai lebih daripada biasa sejak Jumaat lalu selepas video Yusna Asna menebar roti canai dikongsi dalam Facebooknya tular.
Selain masyarakat setempat, guru sekolah dan rakan-rakan Yusra Asna juga tidak ketinggalan datang menikmati roti canai dan memberi sokongan kepada murid berkenaan.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang turut singgah di kedai makan tersebut bagi menikmati roti canai yang ditebar Yusra Asna berkata, Yusra Asna mampu menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan.
“Dengan pendedahan dalam dunia perniagaan oleh ibu bapanya sejak dari kecil lagi, saya yakin bahawa dia akan berjaya dalam bidang yang diminatinya itu,” katanya.
Sumber:Keluarga
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah