Connect with us

Kisah

Kambing Bermata Satu Yang Lahir Di Kampar, Riau, Indonesia Menggemparkan Orang Ramai

Published

on

iobhgres9iph

Kambing Bermata Satu Yang Lahir Di Kampar, Riau, Indonesia Menggemparkan Orang Ramai

Seekor kambing bermata satu yang lahir di Kampar, Riau, Indonesia menggemparkan orang ramai. Anak kambing tersebut dilahirkan dengan hanya mempunyai satu mata manakala badannya normal, sama seperti kambing-kambing lain. Netizen mengaitkan kej4dian itu dengan kemunculan d4jal, iaitu m4khluk yang menyesatkan manusia.

Video anak kambing itu dikongsi menerusi akaun Instagram @seputarkampar.

Menerusi video berdurasi 27 saat itu, dapat dilihat bahawa mata anak kambing itu berada di atas mulutnya.

“Baru-baru ini, seekor anak kambing dilahirkan dengan hanya memiliki satu mata, berbeza dengan kambing-kambing lain,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama video itu.

Berdasarkan maklumat akaun Instagram itu, kambing bermata satu itu milik seorang penduduk kampung Palung Raya Danau Bingkuang di Kampar.

Namun, tarikh kelahiran anak kambing itu tidak dapat dipastikan.

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian dengan netizen meninggalkan pelbagai komen.

“Dajal telah kembali,” tulis seorang netizen.

“Tanda-tanda dajal mahu turun,” komen seorang netizen lain.

Sehingga kini, pemilik dan keadaan kesihatan kambing aneh itu tidak dapat dipastikan.

Sumber: – K! ONLINE

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.