AGAMA
kalau Nak Masuk Ke Hutan Bacalah Doa Ini, “Jangan Cakap Tok Nek Anak Cucu Tumpang Lalu”!

kalau Nak Masuk Ke Hutan Bacalah Doa Ini, “Jangan Cakap Tok Nek Anak Cucu Tumpang Lalu”!
Agama dan adat adalah hal yang berbeza. Agama merupakan sesuatu yang bersumber dari Tuhan, sedangkan adat merupakan sesuatu yang dicipta oleh manusia. Sesekali kita terkeliru kerana menyangka adat itu ada di dalam Islam sedangkan ia hanya satu adat atau budaya sahaja. Contohnya berinai, memberi hantaran dan banyak lagi yang dianggap sebagai sebahagian darinya.
Orang Melayu penuh dengan adat. Dan itulah yang membentuk jati diri orang Melayu hingga kini. Namun ada beberapa perkara tidak harus menjadi wajib seolah-olah ianya ajaran Islam.
Bacalah satu perkonsian mengenai masuk ke hutan di mana ramai di antara kita sering mengungkapkan perkataan Tok Nek Anak Cucu Tumpang Lalu. Buat mereka yang beragama Islam, hati-hati dengan perkataan diucapkan kerana boleh jadi syirik.
Perkongsian ilmu terutamanya yang beragama Islam
DI dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutamanya “Jin Kafir”.
JANGAN sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini:-
“TOK, Cucu Tumpang Masuk Hutan Ye, Tolong Jangan Kacau!!”..
TOLONG Jangan Sekali-kali!! SYIRIK Hukumnya..!!
AMALKAN ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali..
Sebelum melangkah masuk ke hutan, bacalah doa ini:
“SALAMUN a’la sulaiman fil a’lamin” – MAKSUDNYA : “SALAM Sejahtera Ke Atas Nabi Sulaiman..”
SESUNGGUHNYA Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. AMALKAN ayat itu, InsyAllah dengan izin ALLAH, tidak akan ada sebarang gangguan ke atas diri anda.
AMALAN doa yang ini juga sangat-sangatlah di galakkan dibaca terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam hutan.
بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim.
“DENGAN nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..”
BARANG siapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad):
MARILAH sama-sama kita mengamalkannya. SENTIASA mulakan dengan bacaaan doa, bukan hilai ketawa sebelum masuk hutan!!
DOA tambahan untuk mengelakkan dari haiwan buas atau binatang berbisa.
“SALAMUN a’la nuhin fil a’lamin” – MAKSUDNYA : “SALAM Sejahtera Ke Atas Nabi Sulaiman..”
SEMOGA kita sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T tidak kira dimana jua anda berada. Aamiin.
Semoga Bermanfaat.
Sumber : Amirul Iskandar
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.